Bab 25

5 1 0
                                    

Irene's POV

Selepas beberapa jam berlalu, Kayla menghantar aku pulang ke rumah. Aku mengeluh lega apabila aku dapat baring di atas katil aku tanpa perlu berasa risau tentang Frank. Jam di dinding aku menunjukkan sudah pukul 1 pagi.

Aku mengeluh apabila teringat yang aku perlu bersiap untuk ke sekolah lima jam dari sekarang. Dah beberapa minit berlalu dan mata aku masih terbuka luas. Fikiran aku asyik berputar kepada kejadian di rumah Frank.

Apabila aku cuba untuk melupakan tentang Frank, aku akan teringat kepada pandangan Agent MA selepas dia selamatkan aku. Mata dia yang merenung tepat ke dalam mata aku membuatkan aku menggigil.

Warna hazel dalam iris mata dia membuatkan aku terpesona. Warna hijau mendominasi hampir keseluruhan iris matanya sehinggakan warna coklat hampir sahaja tenggelam di dalam kehijauan matanya.

Aku tersenyum apabila teringat tentang pandangan risau Knight. Keluhan perlahan kedengaran keluar dari mulut aku. Diri aku terasa seperti di dalam dilema. Hati aku mengatakan yang Knight ialah orang yang dia mahukan tetapi otak aku asyik mengingatkan aku kepada Azrif.

Kening aku berkerut apabila aku sedar mereka berdua ada banyak persamaan. Dua-dua rambut hitam, mata warna hazel dan tinggi diorang dua pun nak dekat sama. Aku tersentak dari fikiran aku apabila alarm aku berbunyi.

Perlahan-lahan aku menggosok mata untuk menghilangkan rasa mengantuk. Alarm yang masih memekak aku matikan. Walaupun minda aku berasa tidak sedia untuk keluar daripada rumah, aku memaksa diri sendiri untuk bangun dan bersiap.

Setelah selesai bersarapan, aku memecut keluar lalu masuk ke dalam kereta. Aku sampai di sekolah agak awal jadi aku ambil peluang tersebut untuk tidur sebentar.

"Rene, bangun. Cikgu dah sampai." Aku mengangkat kepala aku lalu bangun dengan perlahan-lahan. Memandangkan bab sebelumnya sudah habis belajar, cikgu memulakan bab baharu. Penjelasan demi penjelasan diterangkan kepada seluruh kelas.

Suara guru mata pelajaran Sains yang mendayu-dayu bagaikan mendodoi aku. Mata aku dari tadi lagi terkelip-kelip menahan ngantuk. Kepala aku tersengguk apabila aku tertidur untuk beberapa saat. Secara tiba-tiba sahaja, sebiji gula-gula dihulur di hadapan aku.

Aku memandang Isha yang masih terlentok di atas meja dengan tangannya yang terbuka. Sekeping kertas yang berada berdekatan dengan tangan Isha aku buka.

Makan ni. Kurang sikit ngantuk. Jangan tunjuk sangat kau makan. Cikgu Halimah benci orang makan dalam kelas dia.

Aku tersenyum lalu mengambil gula-gula tersebut. Perlahan-lahan tangan Isha kembali ke bawah kepalanya. Pensel tekan aku jatuhkan dengan sengaja lalu memasukkan gula-gula tersebut ke dalam mulut ketika aku menunduk untuk mengambil pensel tersebut.

"Kamu! Berani kamu makan dalam kelas saya!" Badan aku tersentak membuatkan kepala aku tersentak pada bucu meja. Isha juga terbangun apabila terdengar pekikan Cikgu Halimah.

~~~~~~~~~~

Kepala aku yang terhantuk tadi berdenyut-denyut membuatkan aku sedikit pening. Aku berjalan ke arah kantin dengan mata yang masih separuh tutup.

Tanpa disedari, aku dah berjalan ke kawasan bangunan yang sedang diubah suai. Belum sempat aku berpatah balik ke kantin, badan aku basah lencun apabila sebaldi air dicurahkan dari arah kiri aku.

Hanis's POV

Aku yang sedang berperang mulut dengan Adam terhenti apabila aku nampak Irene berjalan ke arah bangunan ni. Dari jauh lagi dah boleh nampak yang dia tengah mamai. Dia berpusing ke belakang ke arah kantin semula apabila sedar yang ni bukan kantin.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now