Bab 2

56 5 1
                                    

Hanis's POV

Aku bukak mata dan pandangan aku gelap segelap-gelapnya. Kegelapan tersebut perlahan-lahan bertukar kepada sebuah padang. Terdapat sepasang suami isteri bersama tiga orang anak mereka sedang berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang.

"Mama, mama. Cuba tengok apa Hanis jumpa. Cantik kan, Ma?" Kata seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun sambil memegang seekor pepatung. "Cantik. Tapi lepaskan dia ya sayang." Mulut kanak-kanak tersebut memuncung menandakan dia tidak puas hati dengan kata-kata ibunya.

"Tapi Hanis nak simpan dia. Dia cantik." Seorang lelaki muncul di belakang kanak-kanak tersebut dan memeluknya. "Betul, cantik. Tapi sayang, pepatung tu pun nak hidup bebas. Macam Hanis sekarang. Bebas nak ke mana-mana je." Kanak-kanak tersebut meletakkan pepatung itu di atas tapak tangannya dan meniup pepatung itu pergi.

Dalam mereka sedang bergelak ketawa dan bergurau senda, anak perempuan sulung keluarga tersebut yang berumur 9 tahun perlahan-lahan menjadi pudar dan makin lama makin menghilang. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun tadi kelihatan sedang cuba untuk mencari kakaknya tetapi tidak berjaya.

"Mama!! Papa!!" Kedengaran suara seorang budak lelaki menjerit. Kanak-kanak perempuan tersebut terus berpusing memandang ke arah jeritan tersebut. Kelihatan kanak-kanak lelaki tersebut sedang menjerit ketakutan. Pandangan aku tiba-tiba bertukar dari sebuah padang ke sebuah bilik dengan ibu bapa aku terbaring berlumuran darah. Tiba-tiba sebutir peluru menembusi perut aku.

"Ahh!" Aku raba perut aku untuk periksa kalau-kalau ada kecederaan. Aku mengeluh lega lepas aku yakin yang aku tidak cedera. Just a dream. It's just a dream, Hanis. Selepas nafas aku kembali stabil, aku turun dari katil dan keluar menuju ke dapur untuk memasak sarapan. Setelah selesai memasak, aku mandi dan bersiap memakai t-shirt dengan jaket kulit dan seluar jeans. Aku cuba untuk keluar perlahan-lahan supaya Hanif tak terbangun.

"Ehem. Kau nak pergi mana?" Perlahan-lahan aku pusing ke arah Hanif. "Keluar." Kataku tanpa memandang Hanif. "Kau asyik keluar je, Hanis. Dari pagi sampai malam pulak tu. Kau pergi mana je?" "Aku keluar lepak je. Kau rilek boleh tak?" "Rilek? Kau keluar pun lepak dengan lelaki dua orang tu kan? Sebab diorang jugakla kau kena buang sekolah kan?" Suara Hanif meninggi. "Diorang jugakla yang ada dengan aku. Diorang ya-"

"Kejap. Kau nak cakap yang selama ni aku tak ada dengan kau ke? Dari dulu sampai sekarang, Hanis? Aku tak ada ke dengan kau? Aku siapa je bagi kau? Just a stranger that you live with?" Aik. Koyak pulak budak ni. "Aku tak maksudkan macam tu, Nif. Maksud ak-"

"Dah la, Nis. Kau pergi la mana-mana kau nak pergi pun." Dia terus naik tangga, menghilang dari pandangan aku. Aku pandang jam di tangan. Haih, dah lambat ni. Nanti-nanti lah aku pujuk. Aku keluar menuju ke motor Ducati Panigale V4R aku dan terus memulakan perjalanan aku ke SMKBTHO.

Dari jauh lagi aku boleh nampak Rul dengan Jai yang tengah berborak di atas motor. Aku park motor aku sebelah motor Jai dan menanggalkan helmet dari kepala lalu mengikat rambut merah aku. Nasib la sekolah ni bagi warna rambut dan pakai contact lense. Tiba-tiba Rul bersuara sambil mengemaskan rambut perangnya.

"Lambat kau hari ni. Kenapa?" Aku mengeluh. "Tak ada apa-apa la. Dah jom cepat masuk. Kang kena denda, aku tak nak tolong." Kataku sambil berjalan menuju pintu pagar sekolah. Baru beberapa langkah kami masuk ke dalam sekolah, loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah bermula.

Memandangkan malam tadi hujan, perhimpunan pagi dibatalkan, jadi aku terus berjalan ke tandas untuk tukar baju ke baju sekolah. Cara terbaik untuk elak daripada Hanif tahu tempat 'lepak' aku. Setelah siap, kami bertiga terus berjalan ke kelas.

Setelah sampai ke kelas, aku duduk di tempat aku, di belakang sekali. Tempat Rul dengan Jai pulak di depan aku. "Naz. Kau dah buat belum apa yang aku suruh?" "Dah. Aku yakin, nanti cikgu masuk dengan budak tu." Jai jawab dengan selamba. Kenapa aku panggil dia Naz? Kitorang kan kena buang sekolah. Kena la buat identiti baru kalau nak cari Iffah tu.

Rul jadi Muhamad Firdaus, Jai jadi Nazmi Amir dan aku jadi Nur Alisha. Selepas beberapa minit, cikgu mata pelajaran Geografi kelas 3 Dinamik masuk dengan seorang budak perempuan. "Baiklah, kelas. Mulai hari ni kelas kita akan ada murid baru. Sila perkenalkan diri."

"Hai. Nama saya Irene. Saya dari Perlis. Selamat berkenalan." Aku ketap gigi aku sambil memandang Irene. Walaupun dah lama tak berjumpa, aku masih dapat cam suara dia. Aku nampak Cikgu Katrina memandang seisi kelas untuk mencari tempat kosong. Tapi aku dan dia tahu yang hanya ada satu je tempat kosong dalam kelas ni iaitu di sebelah aku. Cikgu tu mengeluh.

"Irene, kamu boleh duduk di sebelah Alisha." Aku senyum ke arah Irene dan memindahkan beg aku yang asalnya berada di kerusi sebelah aku ke kerusi aku. Irene berjalan ke arah aku dan duduk di sebelah aku.

"Okay, kelas. Cikgu ada meeting. Buat kerja sendiri dan jangan bising. Dan paling penting sekali, jangan buli Irene." Mata cikgu tepat ke arah aku pada pesanan dia yang terakhir sebelum keluar kelas dan aku hanya tersenyum.

Hilang je cikgu dari pandangan, Rul dengan Jai terus pusing belakang dan memandang Irene. "Hai. Aku Nur Alisha. Boleh panggil Isha." Kataku dengan muka innocent. "Aku Firdaus. Panggil Fir." "Aku Nazmi. Panggil Naz." "Hai. Nama aku Nur Iffah Irene. Boleh panggil Rene."

Iffah yang aku kenal dah berubah. Dulu lembut je cakap awak saya. Aku angkat bahu dan keluarkan buku nota aku dan menyambung lukisan aku sebelum ni. Aku dapat rasakan pandangan Irene ke arah lukisan aku.

Lukisan aku menunjukkan taman permainan yang kitorang selalu pergi waktu kecil. Selepas merenung lukisan aku untuk beberapa saat, Irene mengalihkan pandangannya lalu mengeluarkan buku teks Geografi dan mula membuat nota. Kening aku terangkat. Nerd much? Oh, this is gonna be so much fun.

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now