Bab 34

23 1 2
                                    

Irene's POV

3 hari kemudian

Aku mendesis perlahan apabila cahaya lampu yang terlalu silau terasa seperti mencucuk-cucuk mata aku. Apabila mata aku dah terbiasa dengan cahaya tersebut, aku melihat sekeliling. Percubaan aku untuk mengangkat tangan kiri terbantut apabila rasa sakit menjalar di seluruh lengan aku.

Mata aku mula memerhatikan balutan-balutan di badan aku. Lengan kanan aku dibalut dari bahu hingga ke siku. Terasa seperti bahu kiri aku juga dibalut. Tangan kanan aku gerakkan perlahan-lahan dan menyelak selimut ke kanan.

Paha kiri dan betis kanan aku juga di dalam balutan. Perlahan-lahan tangan aku mengusap muka aku yang ditampal kain pembalut di pipi kanan. Dagu aku pula terdapat handiplast yang menutup luka di situ.

Pandangan aku meliar ke sekeliling dan aku nampak Kak Tiara dan Mak Esah yang tertidur di sofa. Kepenatan mula menyelubungi aku. Perlahan-lahan mata aku tertutup semula.

~~~~~~~~~~

Suara Kak Tiara yang sedang berbual membuatkan aku terbangun. Mata dia terbeliak lalu berlari ke sisi aku. "Cik Irene. Cik Irene okay? Nak apa-apa?" Aku menggeleng perlahan. "Irene okay. Terima kasih."

Pandangan aku beralih kepada Kayla yang sedang bersandar di dinding. Dia berjalan ke arah aku lalu mengusap kepala aku dengan lembut. "Sakit lagi ke?" Senyuman lemah terukir di bibir aku. "Tak sangat. Dah okay sikit."

Kayla mengangguk lalu memandang jam di dinding sekilas. "Aku nak kena balik ni. Ada kerja." Aku yang memikirkan kata-kata Kayla dituju kepada aku terkejut apabila melihat pandangan Kayla dihala kepada Kak Tiara.

Pandangan Kayla beralih kepada aku dan dia mengusap kepala aku sekali lagi. "Take care. Sihat cepat sikit." Nasihat yang kedengaran seperti arahan daripada Kayla aku balas dengan anggukan. Dia berjalan menuju ke pintu dan terus keluar.

Pandangan aku beralih kepada Kak Tiara. Dahi aku berkerut apabila fokus dia masih pada pintu yang sudah tertutup. "Kak Tiara." Kak Tiara tersedar dari lamunannya lalu memandang aku. "Kak Tiara kenal Kayla ke?"

Dia mengangguk lalu tersenyum. "Mungkin ni masanya untuk Cik Irene tahu siapa akak. Kak Tiara agent TSA, sama dengan Irene. Kayla hantar akak untuk jaga Irene. Nampaknya akak tak berapa bagus dalam kerja akak."

Otak aku memproses maklumat tersebut dan aku hanya mengangguk. Mata aku meliar untuk mencari mana ayah aku. "Kak. Mana Papa?" Soalan aku membuatkan Kak Tiara tersentak. Dia memandang aku dengan simpati.

"Maafkan akak, ya. Papa Irene dah kena tangkap. Rakaman yang Hanis Khairina simpan tu merupakan bukti yang cukup untuk tangkap Papa Irene." Dahi aku berkerut. Diri aku menafikan yang ayah aku pembunuh. Tak mungkin.

"Tapi rakaman tu kan perbualan dua orang dan bunyi tembakan je. Bukti tu tak cukup." Percubaan aku untuk menyelamatkan ayah aku tak berjaya. "Sorry, Irene. Rakaman penuh tu ada suara Papa Irene sebut nama dia. Bukti tu cukup kuat."

Air mata aku mula mengalir. Dalam masa yang sama, Mizan Azrif dan Adam Mikhail masuk ke dalam wad aku. Muka diorang ialah muka terakhir aku nampak sebelum pengsan dalam bangunan tu. Dioranglah Agent MA dan Agent AM yang mengetuai misi tangkap pasukan Crimson Killer.

Kemarahan dalam diri aku meletus bila nampak muka diorang. "Ni semua salah korang! Kalau bukan sebab korang, ayah aku tak akan masuk penjara. Semua salah kau!" Aku yang cuba bangun dan menyerang mereka berdua ditahan oleh Kak Tiara.

Kesakitan yang menjalar di seluruh badan tak aku pedulikan. Suara aku juga menjadi makin serak disebabkan menjerit untuk masa yang lama. Jururawat yang datang cuba untuk menahan aku. Tetapi, aku yang bergelut sekuat hati menyukarkan kerja mereka. Akhirnya, salah satu jururawat berjaya menyuntik aku dan perlahan-lahan badan aku menjadi lemah.

Hanis's POV

Sekali lagi aku bangun di hospital yang sama. Hari ni merupakan hari ketiga aku bangun di dalam wad ni. Pandangan aku beralih kepada pegawai polis yang berkawal di luar dan di dalam wad aku. Muka dia yang kekal tiada emosi membuatkan aku tersenyum.

Setelah hari ketiga di hospital ni, aku dah mengalah untuk cuba melepaskan diri. Percubaan aku akan berakhir dengan suntikan pelali. Senyuman aku yang dilemparkan pada pegawai polis tadi jelas mengubah riak wajahnya.

Melihatkan riak wajah tidak selesanya, aku melebarkan lagi senyuman aku. "Hey, officer." Lambaian aku terhenti separuh jalan apabila gari di tangan aku menghalang aku. Sapaan aku hanya diabaikan tanpa balasan.

Muka aku berubah sedih. "Are you gonna ignore me for the whole day?" Sekali lagi tiada jawapan. Mata aku mula tertutup apabila perasaan bosan mula menyelubungi. Tiba-tiba satu idea muncul dalam kepala aku.

"Officer? I think there's something wrong." Ayat aku berjaya menarik perhatian pegawai tersebut. Aku berpura-pura hampir muntah. Pegawai tersebut serta-merta berlari ke arah aku sambil membawa sebuah baldi.

Setelah beberapa kali melihat aku muntah angin, pegawai tersebut menunduk lalu menggosok belakang aku. Peluang ini aku ambil untuk meregangkan kepala aku dan cuba untuk menggigit hidung pegawai yang memakai tag nama 'Det. Erina' tersebut.

Refleksnya yang cepat membuatkan sasaran aku terlepas. "You're fast." Mata detektif tersebut penuh dengan pelbagai emosi. Salah satunya ialah keinginan untuk menembak aku. Komen aku tentang refleksnya menambah lagi keinginannya.

Ketawa aku meletus apabila kelihatan rasa takut di dalam matanya. "Are you scared of me, Detektive....Erina?" Baldi di tangannya dilepaskan lalu dia berjalan semula ke pintu. Keluhan perlahan keluar dari mulut aku.

"You're boring. Play with me. Please." Rayuan aku diiringi dengan muka minta simpati. Malangnya, aku masih lagi tidak dihiraukan. Memandangkan aku akan berada di sini agak lama, lebih baik aku buat kawan.

"I'm sorry, Detective. I promise I won't do it anymore." Tangan kanan aku digenggam dengan jari kelingking dikeluarkan. Dia hanya memandang aku dengan simpati untuk beberapa saat lalu kembali kepada wajah beku.

Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi pintu terbuka. Aku yang baru nak rasa gembira kerana berjaya menjengkelkan detektif tersebut, berubah sedih apabila melihat seorang jururawat lelaki masuk sambil membawa troli makanan.

Belum sempat aku nak protes, mata aku bertembung dengan mata jururawat yang berwarna hitam. Senyuman aku melebar. Detektif tersebut mendehem kecil dan berpura-pura seperti tiada apa berlaku. Pandangan aku beralih kepada detektif tersebut lalu tersenyum dengan lebih lebar.

Deheman tadi boleh ditafsir sebagai dua maksud. Satu, dia menyuruh aku berkelakuan baik. Dua, dia memberitahu yang aku dan jururawat ni dah merenung satu sama lain buat terlalu lama. Tanpa mempedulikan pandangan Detektif Erina, aku terus memandang jururawat tersebut dengan harapan.

Jururawat tersebut terus menyediakan makanan lalu mula menyuap aku. Makanan yang tidak berapa sedap tersebut hampir membuat aku menjelingkan mata aku. Tetapi, pandangan tajam detektif tersebut menghentikan tindakan aku.

Setelah beberapa minit berlalu, aku selesai makan dan jururawat tersebut mengemas barangnya. Kami berdua saling senyum di antara satu sama lain. Jururawat tersebut keluar dan meninggalkan aku dan Detektif Erina. Aku senyum ke arah Detektif Erina lalu merenung ke luar tingkap. Mungkin masih ada harapan untuk aku bebaskan diri dari sini. Senyuman aku melebar apabila terlihat figura seorang lelaki yang merenung aku dari bawah.

Lelaki tersebut melambai aku dan aku membalas dengan kenyitan mata. Bilik aku yang berada di tingkat dua membuatkan kelibat lelaki itu lebih jelas dengan matanya yang berwarna kelabu bersinar. Walaupun rambutnya sudah bertukar warna, aku masih cam wajahnya. Dia kemudiannya beredar bersama-sama jururawat bermata hitam tadi setelah jururawat tersebut melambai aku.

Wait for me.















~The End~

Not So Sweet Of A RevengeWhere stories live. Discover now