واحيد

32 4 0
                                    

  Seperti hari yang biasa, terdapat 5 remaja perempuan sedang menghabiskan masa rehat mereka di meja bulat.
 
   Kelihatan Hanani ralit bermain dengan telefon pintar seludupnya manakala Nafeesa,Adellia dan Sabreen sedang rancak  berbual. Waiza yang tidak minat dengan topik perbualan mereka sibuk membaca novel Harry Potter yang dipinjamnya dari perpusatakaan.

  Suasana di meja bulat itu sering menjadi tumpuan ramai pelajar yang lalu lalang disitu. Maklumlah hanya kumpulan pelajar yang berpengaruh sahaja a.k.a The Chaos dapat duduk di  meja bulat itu.
 
  'The Chaos' nama diberi oleh pelajar senior mereka kerana kumpulan mereka terdiri daripada pelajar yang bukan kaleng-kaleng hebatnya dan sering ditakuti ramai.
   
  "Wei, petang semalam aku ada sembang dengan sorang junior ni. Kesian.. dia kata kawan kawan dia semua tk support dia bila dia tunjuk lukisan dia siap kutuk lagi ."
Adellia memulakan perbualan.
   
"Ala biasela tu bebudak"
jawab Nafeesa tidak endah.
   
" Tapi aku kesian la kat dia. Aku ingat nak bagi lukisan aku kat dia supaya dia semangat sikit. Yoosshh!!"  Adellia membuat gaya terlebih ber semangatnya sampai mengganggu tumpuan Waiza  sedang membaca.

" Kau ni baik sangat la Adell. Aaa suka hatila kau nk buat ape asal kau happy ye mek" respon Hanani yang dari tadi sibuk dengan telefon 'haram' nya.

Beberapa minit sebelum waktu rehat tamat,muncul lah ahli ke-6 The Chaos.

" Weh Isyi, kau pergi mana do? Dari tadi aku cari kau nak ajak rehat sama." Soal Waiza.

" Takdela Ija, tadi aku jumpa cikgu Hafsa sebab dia tk habis habis pujuk aku suruh join Kuiz Matematik peringkat Antarabangsa tu. Malas aku." Terang Aishiya Amanda.

" Hahah comel la korang" Sabreen tergeleng geleng kepala. Memang kenal sangat dh perangai Aishiya yang jenis degil dan keras kepala. Itulah Aishiya, walaupun peribadinya nampak seperti selamba tentang semua perkara namun dialah yang paling dihormati kerana sifatnya yang tegas dan sangat memahami sahabat sahabatnya.

Ni aku nak bagitau ,minggu depan aku tkde kat sekolah au"  umum Aishiya.

" Asal?" Serentak semua yang ada dimeja bulat itu memandang Asihiya. Yela, jarang Ishi tk datang sekolah ni.

" Aah.. aku rasa aku kena join ah Kuiz Matematik tu. Kesian aku tengok cikgu Hafsa. Nanti tk pasal pasal dia merajuksemalas malas Ishi, sayang jugak dia dengan cikgunya.

" Alaa..(T▽T) nanti tk bestla..."
KrInGgGgG!! Loceng rehat memberhentikan percakapan Waiza menandakan mereka perlu masuk ke kelas untuk menyambung mata pelajaran seterusnya.

Mereka berlima berganjak ke kelas 3 Mawar kecuali Nafeesa yang ditempatkan si kelas 3 Ros.

The ChaosWhere stories live. Discover now