Bab 2

41 2 0
                                    











Hye gais macam mana puasa harini..okey ke tak? Btw saya takde idea beb😌maaf la kalau part ni tak best and pendek😢
























PUNGGUNG dilabuhkan atas kerusi. Dia meraup muka dengan kasar. Mata di pejam bagi merehatkan minda yang penat bekerja seharian di restoran. Dia mencelik mata kembali, kemudian dia mengambil telefon yang berada di atas meja bersebelahan kerusi yang didudukinya itu.

Dia membuka panggilan lalu menekan nombor telefon yang tertera nama "Fiq" di screen.

"Nak apa bos" soal Fiq setelah menjawab panggilan.

"Aku nak kau datang bilik aku sekarang"

Tanpa menunggu jawapan daripada Fiq, dia terus menutup panggilan lalu memasukkan telefon ke dalam poket seluar. Malas nak cakap banyak.

Setelah lama menunggu, akhirnya Fiq sudah pun terpacak di hadapan bilik.

Dia memandang Fiq yang masuk ke dalam bilik itu dengan selamba lalu berdiri di hadapannya.

"Ada apa bos?" Fiq menyoal.

Dia menggeleng tanda tidak berkenan dengan cara lelaki itu yang sesuka hati masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang kebenaran.

Dia mengeluarkan telefon dari poket seluar lalu menghulurkan gambar di dalam telefon ke arah Fiq.

"Aku nak kau siasat perempuan ni" dia menyilangkan kaki kanan ke atas.

Dia sempat mengambil gambar secara senyap-senyap ketika gadis itu sedang menuju ke meja makan. Nasib nampak muka.

"Baik bos" ujar Fiq sambil melihat gambar wanita itu. Cantik.

"Kalau boleh aku nak secepat yang mungkin"

Fiq menjungkit kening sebelah. "Bila bos nak?"

"Minggu depan.."

"Boek bos. Benda ni senang kacang je" Fiq tersengih.

"Good..sekarang ni kau boleh keluar" dia membuat gaya menghalau.

"Amboi bos halau saya ya" usik Fiq.

Fiq yang perasan pandangan tajam bos nya itu segera melangkah keluar daripada bilik. Takut lettew!

Dia yang melihat Fiq keluar daripada bilik itu termenung.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Dia tidak tahu apa yang dia sedang lakukan sekarang ini. Tiba-tiba saja hatinya tergerak mahu mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.

Selama ini, tidak pernah lagi hati nya merasa begini. Dia tidak pernah berkenan dengan mana-mana perempuan walaupun umurnya sudah menginjak 28 tahun.

Mama dan papa sering memaksa nya berkahwin. Kata mereka, umur pada waktu begini sudah layak mempunyai seorang isteri.

Tetapi dia tidak suka berkahwin pada umur yang sebegini. Bagi nya, pada umur 30 ke atas baru lah sesuai untuk dia berkahwin. Dia tidak suka orang memaksa nya.

Bunyi deringan telefon menyentakkan dia yang sedang mengelamun jauh. Dia mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.

"Nak apa" dingin dia menjawab.

"Amboi garangnya anak mama" usik orang di sebelah sana.

Dia yang mendengar suara tersebut terus tersentak. Dia kemudian menjauhkan telefon daripada telinga lalu melihat nama pemanggil.

Bad Girl Where stories live. Discover now