18

571 16 2
                                    

RAF

Aku hanya memakai kemeja putih dan seluar slack hitam(gmbr di atas). Aku mencapai kunci kereta aku dan berlalu keluar dari bilik. Di ruang tamu terlihat izz yang tengah bermain phone. Dia hanya memakai baju T-Shirt kelabu dan dipadankan dengan Kot hitam serta seluar slack hitam.

"Dah siap ke? Kalau dah jom arh gerak. Nanti lambat pulak dah pukul berapa dah ni" bebel ku

Izz hanya mengikut aku ke arah kereta selepas mengunci pintu rumah.

__________

Sesampai saja di rumah kediaman prof , aku terus memarkir kereta di tempat yang di khas kan untuk tetamu. Izz di sebelah aku dah ternganga mulut.

"bapak sial! Ni rumah ka istana" kata izz sedikit terkejut sebelum melangkah keluar dari kereta

"biasa lah orang kaya kan. Kau ni macam tak biasa pulak" balas ku sambil membetul kan baju aku yang dah berkedut. 'asal lah aku pilih baju nih'

"walaupun aku nih eh bukan, bapak aku nih kaya aku tak pernah jejak kat istana nih duh"

"dah kau tak payah drama sangat, rumah kau pun tak kurang mewah oi izz" kata ku sambil tangan kanan aku memeluk bahu nya dan menarik nya.

"prof dah cari aku dah ni, jom masuk"

Izz sekadar tersengih dan membiar aku menarik nya ke arah taman di situ di mana majlis hari jadi akan berjalan di sana. Aku tengok sekeliling, masih belum ramai orang datang. Ada beberapa orang saja yang ada, aku tengok jam di phone aku. Baru pukul 6 nak dekat pukul 7 p.m.

Aku terus call nomber prof untuk khabarkan kedatangan kami dua. Prof menyuruh kami dua menunggu nya di gerbang masuk taman ni. Izz yang masih teruja dengan kecantikan kawasan vila ni terus mengambil gambar. Yang jadi mangsa adalah aku. 'tak pa, nanti aku minta dia belanja aku cendolHAHAHAHA'

Aku pun tak ketinggalan untuk mengambil gambar. Tak lama selepas tu, datang seorang lelaki yang berpakaian agak formal.

"hei, encik berdua ni Raf dan izz ke?" Soal nya

Aku dan izz dah berpandangan sebelum kedua dua kami ketawa pelahan. "ahh ya, aku Raf dan ni kawan aku Izz" kata ku mengiakan panggilan 'encik' nya pada kami berdua

"im felix, manager in this villa" balas nya sambil menghulur tangan tanda bersalam dan aku menyambut huluran tersebut.

"gile arhh, tempat nih ada manager!" Kata izz pelahan lebih kepada berbisik.

"Miss amira, suruh saya bawa encik berdua ke sana" ujar Manager Felix sambil menunding ke arah stage.

Izz dah tersengih sengih , tak ketinggalan juga aku yang tengah tahan gelak.

"ah yup ok, prof arh tuh" kata izz tersengih sambil menepuk bahu ku pelahan

"aku tau arh, kau nih"

Manager Felix dah berkerut muka, mungkin pelik dengan kami dua nih. Sebelum dia tersenyum dan berjalan mendahui aku dan izz. Kami dua pun hanya mengikut nya dari belakang.

Izz dari tadi ulang balik kata Manager Felix tadi dengan buat muka tak senonoh.

"Encik" ajuk izz sebelum kami dua gelak pelahan

Sampai saja di tepi stage, Manager felix memperkenalkan kami dengan beberapa kur music yang terut hadir di situ. Mereka ni memang jemput pemaun music sorang ker ape nih.

"ok, mereka ni memang pemain music khas untuk Villa ni bila ada event" terang Manager Felix "jadi mereka ni dibawah tanggungjawab saya" sambung nya lagi

Aku dan izz mengangguk kepala dan membalas senyuman mereka.

"so, kalau ada apa apa masalah boleh panggil saya" ujar nya sebelum meminta izin untuk melaku kan tugasan nya yang lain.

Aku bercekik pinggang sambil menerhati stage. 'not bad'

Izz pulak sibuk berkenalan dengan pemain music yang lain. Mesti korang hairan kan macam mana izz ada sekali nih. Aku saje je bawa minah senget nih ikut aku, yela takut alone dekat majlis ni nanti. Aku bukan lah friendly sangat macam izz nih. Kalau ada dia boleh lah meriahkan lagi suasana. Alang alang pemain music tak cukup, apa salah nya izz join sekali.

"ok, ni kawan aku Raf. Dia memang macam nih selalu termenung. Mungkin sebab effect baru keluar dari hsptl tanjung rambutan kot" kata kata izz buat aku terus berpaling memandang nya. Mereka yang lain hanya tergelak kecil.

"apa kau cakap tadi?"

"tak, aku cakap yang effect keluar dari hsptl tanjung rambutan boleh menyebab kan mengelamun, macam kau" kata nya sambil manggaru kening

"ah kau eh" aku tak tau mahu kata apa hanya meluku kepala nya.

LoVe Or LeAvEWhere stories live. Discover now