Raf
Setelah habis makan sarapan bersama sama ahli keluarga sya tadi, aku meminta diri untuk keluar ambil angin di taman mini. Lebih kepada mencari tempat yang sesuai untuk smoke sebenarnya. Aku tak tau sejak dua menjak ni aku kerap sangat merokok. Aku menarik nafas dan menghembus pelahan.
"hey" tegur sya dari belakang
Aku hanya tersenyum kecil sebagai balasan. Di sebab kan tak dapat nak merokok aku terpaksa ambil langkah mudah iaitu mengunyah chewing gum.
Aku memerhati sya yang berjalan menuju gazebo. Aku pun mengikut langkah nya dan berdiri di depan gazebo sambil menyeluk tangan dalam pocket goggerpants aku manakala sya duduk di salah satu kerusi di situ. Aku tau yang sya perhatikan aku, dan menyebabkan hati aku berdebar gila sekarang ni.
"aku suka gaya kau sekarang" pujian dari sya buat aku tersengih. Aku nih pantang kena puji
"thanks" kata ku
"kau pergi mana selama nih ,fiqah? Kenapa bila kau nak pindah kau tak bagi tau aku? Kau tau tak aku cari kau dekat rumah tapi rumah kau kosong. Kau buat aku tunggu kau dekat situ berjam tau. Kalau bukan mi-" kata kata nya aku potong
"aku dah chat kau kan?" Kata aku sedikit dingin. 'kau buat mood aku lari bila kau mention nama tu, sya' aku dah mengetap gigi aku tanda menahan amarah
Sya mengeluh kasar "chat dengan bagi tau depan depan tu lain,fiqah. Kenapa kau tak bagi tau awal sebelum kau nak pindah?"
"aku dah...aku..haihh" aku mengusap kasar rambut ku
"kau tak paham,sya. Dan kau tak akan paham"
"apa yang aku tak paham! Kau bagi tau aku!" Sya dah berdiri bertentangan dengan aku. Jelas dia tengah marah sekarang ni
Aku renung mata sambil mengetap gigi. Sya membalas renungan aku dengan tajam. Dan di sebab kan tu aku mengalih kan pandangan aku.
"dah lah, benda dah lepaskan. Aku dah bagi tau pun walaupun dalam chat" kata ku tanpa memandang nya.
"tak sama fiqah! Tak sama! Kau paham tak" jerit nya marah
"sya" pujuk ku bila melihat yang dia menangis tanpa suara
"ke hiks kenapa hiks fiqah" kata nya dalam sendu buat aku memeluk nya.
"kenapa kau lupa apa yang kau chat aku"
Kata nya dengan lemah lebih kepada berbisik membuat aku tersentak. Gosokkan tangan ku di belakang nya terhenti.
'Chat! Ya aku baru ingat! Oh shit'
___________
Aku menghempas badan aku di atas katil dalam bilik aku. Semasa makan tengah hari tadi aku dan sya hanya mendiam kan diri. Selepas dari kejadian tu, sya lebih diam berbanding sebelum nih. Di sebab kan itu aku mengambil langkah untuk balik.
Aku menekup muka dengan kedua dua tangan.
"shit!" Bisik ku
"wei raf , bila sampai" kata izz dari muka pintu bilik mengalih kan pandangan aku ke arah nya. Aku terus bangun duduk di hujung katil.
"baru je tadi, tak sampai lima minit pun"
Izz mengangguk kepala sebelum berlalu pergi. Aku bangun dan jalan menuju ke meja study aku.
Aku duduk di kerusi sebelum membuka Macbook aku. Stress stress mana pun assignment jangan lupa buat. Lusa dah nak kena hantar, tak lama lagi nak masuk minggu study.
Izz meletak kan secawan kopi di hadapan aku. Aku mendongak memandang nya sebelum mengucap terima kasih pada dia.
"haih, aku tau kau ada masalah nih. Tak nak share??" Kata izz sambil mengangkat kening beberapa kali
Aku mengeluh pelahan sebelum berkata "sya, dia crush aku dulu. Dan kawan baik aku."
Izz mengangguk kepala sebelum duduk di hujung meja aku. "and then??"
"aku tak contact dengan dia bila aku ikut parents aku pindah singpore. Dan.." Aku bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh
"dan aku tak sempat bagi tau dia. Aku cuma chat dengan dia bila aku dah nak flight. And aku tak sangka boleh terjumpa dengan dia hari tu dan kemarin"
Izz mengangguk sekali lagi "ok, dan sya upset dengan kau lah sekarang ni?" Soal izz
Aku mengangguk kepala tanda ya bagi soalan izz. "tapi lebih kepada chat yang aku send dekat dia" kata ku buat dahi izz berkerut.
=========
Yeo readers!! Welcome back again tu L.O.L!!! Dah cukup dua chap aku published hari ni. Pagi buta dan malam buta. HAHAHAHAHA
Aku nak bagi tau yang aku akan busy balik. Sebab lusa aku dah start kerja. Kerja biasa biasa je, biasalah baru lepasan kan. So, aku akan busy dan mybe aku akan jarang publishe chap. Dengan SOP ni, confom aku jarang pegang fon. Sedih nyerr, tak boleh curi tulang main fon. Hiks
Kantoi suka curi tulang HAHAHAHA. Biase lerr bad girl.
Mungkin aku akan kembali publishe chap dua kali dalam seminggu. 🤔
So, readers jangan lupa vote and share L.O.L.
Enjoy!!!!!!
Btw, esok aku try publishe chap yer
YOU ARE READING
LoVe Or LeAvE
Romance"Aku takut"-Raf "Kenapa kau jadi macam ni fiqah"-Sya _________ "Aku cintakan kau sya"- Amirul "Ak...ak..aku"- Raf _________ "Maafkan aku"-Raf _________ TAK SEMESTINYA MEMILIH PERGI MENINGGALKAN CINTA ITU JALAN YANG TERBAIK. DAN TAK SEMESTINYA JUGA...