Raf
Aku yang sibuk dengan membaca nota terganggu dengan suara izz.
"oiii turun ada tetamu" kata nya dengan bersaja sebelum berlalu pergi
"haihhh budak ni aku lempang juga nanti" bebel ku sebelum menuju keluar
"kau tak reti ke ketuk pintu dulu" bebel ku pada izz setelah turun dari tangga. Izz yang tersengih sengih buat aku rasa nak lempang dia.
"sengih sengih, sapa yang datang?" Soal ku setelah duduk di sebelah nya. Bila tersedar tak ada tetamu pun di ruang tamu.
"tu" kata izz sambil memuncungkan mulut ke arah dapur. Aku pun toleh ke arah dapur, baru aku sedar ada bunyi orang tengah memasak.
"aik, kau order sekali dengan tukang masak kat mcd tu ke?"
"ape bende lah kau nih, kalau boleh dah lama aku buat tau"
"dah tu? Bukan kau nak makan menu baru mcd ke?"
Belum sempat izz menjawab ada suara yangbtak asing dari pendengaran aku mencelah.
"izz, lesung batu korang mana?"
Aku toleh ke arah suara tu. "What the heck! Qis? Buat apa?"
"kami tak guna lesung batu, kami guna blander je kalau nak kisar barang" balas izz bersaja
"ouh ok, hai raf" kata qis sebelum berlalu masuk ke dapur
"ha-hai" kata ku pelahan kerana hairan. Aku terus toleh ke arah izz.
"tetamu" kata nya sepatah
Aku dah tepuk dahi 'kawan sapa lah nih'
___________
Aku dan izz tengah duduk di kerusi yang memang kami letak di depan rumah sebagai tempat kami lepak lepak sambil minum kopi dan jangan lupa merokok.
"sejak bila kau jemput dia" soal ku pada izz
"aku kan nak order makanan, tapi qis chat aku ajak dinner. Alang alang tu aku kata lah makan kat rumah sebab aku pun malas nak keluar"
"kau ajak orang makan kat rumah, tapi orang tu yang masak? Baik tak payah ajak orang buduhh" kata ku sedikit kesal
"apa dia yang nak masak biar lah" kata izz sambil mengembus asap rokok
Aku dah mengeleng kepala sebelum pandangan aku terarah seseorang yang berjalan menuju ke arah kami sambil menatang dulang.
"jemput minum" kata nya lembut
"eh susah susah je sya" balas izz sambil mengambil salah satu cawan dan mencicip nya
Aku dah terkebil kebil memandang ke arah mereka. Jap ni rumah sapa? Rumah mereka ke rumah kami dua izz?
"fiqah, jemput minum" aku sedikit tersentak dengan pelawaan sya
"ah thanks and sorry susah kan je. Macam kami ni pulak tetamu" kata ku memandang ke arah nya
"tak pe" kata nya dengan srnyuman kecil sebelum berlalu pergi
Aku masih memandang ke arah nya tanpa lepas sehingga bayangan nya hilang. Aku terus membaling kotak rokok ke arah izz .
"bodoh tahap babi betul arh kau ni! Asal tak bagi tau aku yang sya ada sekali!" Marah ku
"lah aku ingat aku dah bagi tau"
Aku hanya menahan sabar dengan kata kata izz kalau tak dah lama aku baling kerusi ni kat kepala dia. GERAM
__________
Aku yang duduk santai di kerusi belajar aku sedikit terganggu dengan bunyi ketukan. 'aik sejak bila budak sewel tu reti ketuk pintu'
"masuk!" Kata ku tanpa memandang ke arah pintu
"fiqah, turun makan"
Aku terus toleh ke pintu bila mendengar suara sya yang pelahan tu.
"eh sya, ah kejap lagi aku turun" kata ku sedikit gugup
Sya memandang bilik aku sebelum berlalu pergi sempat lagi dia memberikan senyuman manis nya.
"haih lah hati" Kata ku sambil memegang dada sebelum keluar dari bilik
YOU ARE READING
LoVe Or LeAvE
Romance"Aku takut"-Raf "Kenapa kau jadi macam ni fiqah"-Sya _________ "Aku cintakan kau sya"- Amirul "Ak...ak..aku"- Raf _________ "Maafkan aku"-Raf _________ TAK SEMESTINYA MEMILIH PERGI MENINGGALKAN CINTA ITU JALAN YANG TERBAIK. DAN TAK SEMESTINYA JUGA...