“I got a something new”
____________
"AWAK memang lelaki tak guna!!"
"Ya, aku memang tak guna. Aku buat sebab aku dah mula bosan dengan kau ni. Tak payahlah nak kat harap dekat aku lagi. Sebab aku ni tak layak untuk kau!!"
"Tak... Tak mungkin!!" gadis tersebut lari ke tengah jalan dan...
Tap
Tap
Tap
Streeett
Bum! (Sound effects apakah?? 😂)
"Hahh!!" tercungap-cungap Jisoo yang baru sahaja tersedar daripada mimpi buruknya tadi. Sejak akhir-akhir ni , mimpi itu selalu muncul dalam tidurnya.
Walaupun peristiwa perit itu dilaluinya beberapa bulan lalu, perkara itu tidak boleh baginya hendak dilupakan. Bagi Jisoo, dia masih lagi tidak boleh menahan kesakitan yang ditoreh oleh namja itu.
"Soo bangun cepat. Dah pukul berapa ni. Cepat sikit"
Suara dan ketukan pintu membuatkan lamunan Jisoo lesap. Jisoo serta-merta bangun dan mencapai tualanya.
Semasa hendak ke bilik air, matanya tertumpu pada satu kad iaitu kad undangan perkahwinan.
Cepat-cepat dia menggeleng dan masuk ke dalam bilik air.
Sewaktu mandi, Jisoo asyik termenung memikirkan mimpi dan kad tadi.
Setelah selesai kesemuanya, Jisoo mengambil tas tangannya dan mengorak langkah ke bawah untuk menikmati sarapan.
Terlihat Jimin sedang 'berperang' di dapur. Hasil bunyi sudip dan kuali berlaga membuatkan Jisoo tersenyum.
"Abang tengah masak apa?"
"Nasi goreng kimchi. Kenapa?" Dalam masa yang sama Jimin mengambil bekas di tepi kuali dan mencedok nasi goreng ke dalam bekas tersebut.
Jisoo menyambut huluran bekas itu dan hanya menggelengkan kepala.
Mereka beriringan ke arah meja makan dan menikmati sarapan yang cukup ringkas.
YOU ARE READING
Honestly | 전정국
FanfictionBeautiful Cover Book by @savagesquirrel "Terima kasih kerana jujur kepada saya. Harap ini bukan fakehope lagi" - Park Jisoo "Susah untuk berjujur dengan kau sebenarnya... Jadi kerana itulah aku mendendamkan perasaan itu sahaja" - Jeon Jungkook Ad...