Chapter 12 🍃

23 6 0
                                    

Honestly

MASIH diam antara kami. Kereta masih lagi meluncur laju di jalan raya. Ke mana si Jungkook nak bawak aku, aku pun tidak tahu.

Mungkin dia rasa tak patut untuk berbincang di luar rumah. Takut mama akan mendengar apa yang di bualkan oleh kami. Itu sebab Jungkook bawak lari aku ni.

Dalam beberapa minit kemudian, kami tiba di sebuah pantai yang cantik. Tak ramai orang yang ada meskipun hari ini adalah hujung minggu.

Petang macam ini sesuai sangat untuk menghirup udara pantai. Lagi-lagi dengan matahari yang berlindung di sebalik awan beserta angin yang nyaman.

Aku mengikuti langkah Jungkook ke arah sebuah batu besar. Dia duduk di atas batu tersebut diikuti denganku. Batu itu betul-betul di hadapan pantai yang luas lagikan indah.

"Jadi... Awak nak cakap apa?"

Matanya redup melihat pantai. Sesekali mengeluarkan keluhan berat.

"Benda ini penting buat family kau dan aku. Aku ada pasang seorang spy"

"Huh, awak nak spy siapa?"

"Seseorang yang boleh mengakibatkan bakal rumah tangga hyung dan noona akan musnah sepenuhnya. Aku nak siasat supaya perkara yang tak diingini berlaku"

Nak musnahkan rumah tangga orang? Dah kenapa orang ni?!

"Aku ada terdengar juga yang diorang nak jatuhkan rumah tangga kita walaupun kita ni tak bercinta"

Aik, asal aku dengan Jungkook pulak terlibat?

"Aku syak antara ahli diorang adalah..."

"Sepupu kau"

Tunggu, apa?!

"Jangan nak memandai je tuduh orang. Tak baik tau" aku memarahinya dengan suara yang sedikit dikawal. Takut-takut ada yang mendengar.

"Aku cakap benda betul. Dan aku yakin ada masalah yang timbul nanti" bela dirinya.

"Jahatlah awak ni. Tukarlah perangai tu nanti yea" Saja aku hendak bermesra dengannya agar aku mahu melihat senyuman pertamanya.

"Hermm" Jungkook hanya mengeluarkan suara tanpa langsung memandang aku.

Aku melepaskan keluhan geram. Sandal yang dicabut ku pakai semula lalu lari ke gigi pantai.

Sandal tadi dicabut semula lalu kaki aku rendam dalam air pantai. Sejuk! Kalau bawak lebihan baju ni, mesti dah lama aku duduk dalam air.

Aku cangkung kan badan dan tangan bermain air. Tak berani kalau nak terjun ke apa. Kalau lemas, Jungkook juga yang susah.

Splash!

Air terpecik kena muka dan bajuku. Nasib tak basah teruk. Teruk lah Jungkook ni!

"Eii.. Awak ni kan. Tak payah lah sampai macam tu sekali. Nak terjun pun pergi jauh-jauh daripada saya"

Dia langsung tak dengar apa yang aku cakap. Dia pergi berenang jauh dari aku.

"Yah Jeon Jungkook! Jangan lari lah!" Dengan kaki aku yang masih berada dalam air, aku lari mengejar Jungkook.

Entah mana yang tersilap nya, aku tersadung batu dalam air dan aku pun jatuh secara muka menghadap air.

Nasib baik aku jatuh dekat kawasan yang cetek. Gelabah aku naik ke daratan dengan nafas yang tidak teratur.

Honestly | 전정국Where stories live. Discover now