“It's you, my dear”
_____________
LELAKI tadi?!
Jadi, dia dengarlah apa yang aku cakap tadi?! Malu weh!!
Persoalannya, siapakah dia ni?
"Awak ni siapa eh?"
Soalan tadi lelaki itu endahkan dan dengan selamba dia duduk di sebelah Jisoo. Jisoo mengesot sedikit menjauhi lelaki itu.
"Hoi, pekak ke apa?"
Lelaki itu mula menunjukkan poker face. Terasa lah tu orang cakap dia pekak.
"Aku siapa, tak penting. Perasaan diri sendiri tu yang penting. Aku datang sebab nak bagi kau faham takdir yang ditetapkan. Lelaki itu dah kahwin, maka tak ada jodoh engkau dengan dia. Mungkin satu hari nanti, jodoh kau dengan orang lain. Atau engkau tidak ada jodoh. Bukannya meratap, marah, menangis. Apa yang boleh dibuat? Terima, redha. Itu sebenarnya"
Buk! Sentap.
"Nasib kau, sama macam nasib aku. Ditipu, main kayu tiga dekat belakang tanpa sedar. Mula-mula, aku macam tak boleh terima. Tetapi aku sedar ini semua takdir. Jadi, terima apa yang berlaku. Bukak buku baru"
Jisoo masih diam dan setia mendengar.
"Jadi, perempuan tu adalah bekas teman wanita awak?"
Lelaki itu sekadar mengangguk dan berdiri memandang tepat wajah Jisoo.
"Jadi, amik iktibar ya? Jangan asyik nak marah dan nangis aje. Okay, bye! Have a nice day"
Lelaki itu berjalan meninggalkan Jisoo di bangku itu.
Terbit satu senyuman di bibir Jisoo dan membalas secara perlahan.
"Have a nice day too"
_____*
*
*
ROSÈ dah mula mengalah. Dah puas dia mencari Jisoo dimana. Tetapi, langsung tidak jumpa.
Kalau diikutkan, majlis dah habis. Masalahnya, Jisoonya tak muncul-muncul pun. Ini yang membuatkan rasa risau Rosè menggunung ni.
Dah berjanji dengan abangnya suruh jaga Jisoo, awasi dia baik-baik.
Bila dia kembali ke arah kereta, terlihat seorang wanita bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arahnya.
Mati la nak!
"Hoi, kau pergi mana ah tadi?!"
Sempat Rosè menayang senyuman kelat. Dikeluarkan kunci kereta dari dalam poket dan terus masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Honestly | 전정국
FanfictionBeautiful Cover Book by @savagesquirrel "Terima kasih kerana jujur kepada saya. Harap ini bukan fakehope lagi" - Park Jisoo "Susah untuk berjujur dengan kau sebenarnya... Jadi kerana itulah aku mendendamkan perasaan itu sahaja" - Jeon Jungkook Ad...