"I want you to be the honest"
_______________
ADOI bila nak sampai ni?! Jungkook ni nak heret aku pergi mana?!
Karang aku tanya di campak aku keluar. Sendu hidup Jisoo.
Dalam beberapa minit kemudian, mata rasa berat semacam. Waktu macam nilah kau nak berehat wahai mata.
Aku hanya menutup mata. Tidak lagi untuk masuk ke dunia mimpi. Kang nanti dah sampai buat penat badan je.
Aku dapat rasakan yang kereta sudah berhenti. Terus aku membuka mata dan memandang luar.
Shopping complex. Banyak-banyak tempat, ini juga yang diheretnya aku. Tak mengapa Jisoo. Engkau kena sabar. Perangai ini memang tak boleh nak bincang.
Tali pinggang keledar ditanggalkan dan aku keluar dari kereta. Si Jungkook tu dah keluar kereta tapi dia pergi layan telefon. Tengok apa aku pun tidak mahu tahu.
"Awak ni macam tak ada tempat lain nak bawa saya" aku mula nak merungut.
"Aku ada benda nak settle jadi kau diam je" telefonnya yang ditangan disimpan ke dalam poket. Dia terus meninggalkan aku keseorangan.
"Yah Jeon Jungkook! Awak jangan tinggalkan saya sekali lagi!" bergema suara aku di tempat parking ini. Buat malu sahaja jika ada orang dengar.
Kini aku sudah berada di sebelahnya. Kami berjalan menuju ke lif.
Dah masuk lif, Jungkook menekan butang nombor 2. Lalu lif tersebut naik ke atas dari tingkat 'G' ke tingkat dua.
Sampai di tingkat dua, pintu lif terbuka dan terpampang ramai manusia yang hendak masuk ke dalam lif.Kami segera keluar untuk memberi mereka masuk.
Tangan aku direntap oleh Jungkook. Aku nak keluar dari lobi lif tiba-tiba dia pergi buat macam ni. Sudah kenapa?
"Yea, ada apa encik Jungkook?"
"Aku nak pukul lima setengah dah ada dekat sini. Lambat aku tinggal" dilepaskan tangan aku dan dia tinggalkan aku.
Mata melihat jam ditangan. Sekarang pukul empat empat puluh lima. Jungkook tu bagi aku empat puluh lima minit untuk ber shopping window. Banyak juga dia memberi masa.
Kaki terus berjalan ke arah kedai-kedai baju.
Mari bershopping!!
_____________
AKU menilik baju yang sedangku pakai dari pantulan cermin di dalam tandas.
Boleh tahan juga baju ni. Tak sia-sia aku membelinya. Nak kata mahal, harganya hanya sederhana sahaja.
Tangan mengambil beg kertas yang berisi baju basah aku tadi dengan jaket dari atas sinki lalu terus berjalan keluar.
Sekarang perut diminta untuk diisi. Kedai-kedai makan ada ditingkat atas.
Tiba ditingkat atas, kaki terus bergerak ke restoran pertama yang aku nampak. Malas nak pusing satu round. Makin mengambil masa nanti.
Sekadar memesan bolgugi dan japchae. Tadi terasa nak pesan kimbap tapi.... Aku lebih pentingkan duit.
Seperti biasa air akan sampai terlebih dahulu. Penyedut minuman diambil lalu masuk ke dalam mulut.
Punya sedap aku menikmati minuman, datang pula seorang lelaki duduk dihadapanku. Terus berhenti aku minum. Dia pula selamba memanggil pelayan untuk memesan makanan.
Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
Aku nak rasa kenikmatan memakan tapi datang pula Jungkook ni. Terus tak nikmat aku makan nanti.
"Cepat betul kau membeli"
Macam memerli je.
"Saya bukan jenis yang suka bershopping window. Sakit kaki nak round satu shopping complex" aku membalas 'perlian' nya.
Dia hanya memandang aku secara datar. Malas nak layan lah tu.
Makanan aku sudah sampai. Tapi si Jungkook, airnya baru sampai. Jadi dia dapat tengok jelah aku makan. Hohoho... Kita buat mukbang dekat dia.
Baru nak masukkan bolgugi ke dalam mulut, Jungkook seperti menegur seseorang.
"Oppa dekat sini"
Jadi tersedak aku apa yang dia cakap tu. Aku segera ambil air dan hirup perlahan-lahan. Aku ada terdengar dia ketawakan aku tapi perlahan je.
"Jungkook oppa!" datang pula seorang perempuan lalu peluk belakang Jungkook.
Kenapa aku tiba-tiba rasa cemburu ni?!
Aku memandang mukanya. Tapi aku tak jeling dialah. Hanya tengok sahaja.
Muka ni.... Macam pernah nampak tapi...
Hah! Jeon Jieun! Lah.. Adik dia ke.
"Oppa, ni siapa?" jari telunjuknya menunjukkan ke arah aku. Mukanya pula melihat si abang.
"Ni bakal kakak ipar Jieun, Park Jisoo" jawabnya sambil memandang ke arah aku.
Aku ni dahlah tak makan lagi sebab suasana awkward. Jadi tak selesa aku nak makan.
Muka Jieun menjadi terkejut. Macam dia tak percaya yang si abang akan mendirikan rumah tangga.
"Jinjja?! Ni bakal kakak ipar Jieun?!" dia memasang riak wajah yang teramat gembira.
"Nae Jieun" datar sahaja Jungkook menjawab.
"Pandai oppa pilih!" katanya dan terus duduk disebelah abangnya.
"Hai eonnie! Eonnie tahukan kita siapa?"
Wuah... Sporting betul ini budak. Kalau nak buat bahan mengumpat, boleh jadi ni.
"Hai Jieun. Eonnie tahu sebab Jungkook ada cerita" balas aku dengan riang. Tak nak pula ditanda sebagai kakak ipar dingin.
Suasana kini kian berubah. Darilah tadi yang janggal, sekarang menjadi riang.
Hari ini juga, dapatlah aku meluangkan masa bersama bakal adik ipar aku, Jieun. Dia ni terlampau baik sampai dia nak belanja aku.
Walaupun nanti kehidupan aku akan berubah, ramai insan yang aku percaya menjadi pendaping serta memberi sokongan atau semangat kepadaku.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana mendapat ahli keluarga sebegini.
.
.
.
Maaflah yea kalau bosan... Masih lagi dalam pembelajaran untuk menulis
[Press the vote button and write a comment if you like]
Thanks 💕
Honestly | To be continued
YOU ARE READING
Honestly | 전정국
FanficBeautiful Cover Book by @savagesquirrel "Terima kasih kerana jujur kepada saya. Harap ini bukan fakehope lagi" - Park Jisoo "Susah untuk berjujur dengan kau sebenarnya... Jadi kerana itulah aku mendendamkan perasaan itu sahaja" - Jeon Jungkook Ad...