Chapter 8 🍃

33 8 0
                                    




JAM di telefon aku tilik seketika. Rasanya macam dah siap.

Ting!

Yeseu! Akhirnya kek coklat moist buatan aku sudah siap sepenuhnya. Bau kek mula menerpa ke hidung ku.

Aku segera ambil sarung tangan khas dan mengambil kek di dalam oven.

Wuah! Sempurna!

Aku meletakkan secara perlahan-lahan di atas meja berdekatan. Lidi diambil dan mencucuk kek tersebut untuk memastikan yang sudah masak atau pun belum.

Tak ada yang melekat! Jadi, kek ini siap sepenuhnya. Eh, tak sepenuhnya.

Barang-barang untuk menghias kek lekas aku ambil daripada peti sejuk. Terus aku menghias kek dengan penuh perhatian.

Pernah satu hari abang datang dengan mengejut. Habis krim tu terpesong. Buruk kek aku! Harap dia tak buat macam tu lagi.

Dan.... Siap! Siap sepenuhnya kek aku. Harap nanti sedap macam eomma buat. Yelah, diakan baker. Aku ni just anak kepada dia je.

Seterusnya aku mengambil kertas pembungkus kek dan membukakannya. Kek tadi aku masukkan ke dalamnya. Pisau kek diletakkan di atas pembungkus.

Aku mengambil pembungkus kek tersebut dan dimasukkan ke dalam peti sejuk khas.

Sebenarnya, kek itu adalah kek jamuan jiran sebelah. Dia dah tempah awal-awal dengan omma. Eomma menyuruhku untuk membuat kek ini kerana eomma ada kelas memasak. Bukan eomma aku yang belajar, tapi dia mengajar.

"Yah Park Jisoo!"

Abang mendekati ku yang sedang melayan telefon.

"Dah siap ke kek tu?"

"Siap sepenuhnya. Abang, kenapa datang sini? Tak ada pelanggan eh?" soal ku semula.

"Memang pun tak ada pelanggan. Lagipun abang nak ambil stok kek red velvet. Dah habis yang dekat depan punya" jawab abang dan terus ke peti sejuk dan mengambil kek red velvet buatan eomma.

Aku turut membantu abang untuk memotong dan membawa ke hadapan.

Setakat ini kek itulah yang paling popular dalam kedai kek omma ini. Aku juga mahu belajar hendak buat kek itu.

Chiring Chiring

Telefon yang berada dalam poket terus disambar dan melihat si pemanggil.

Eomma

Eh, kenapa omma call? Tanpa menunggu apa-apa, aku terus menjawab panggilan.

"Yeobseyeo. Kenapa eomma call?"

"Ni.... Kawan appa ada nak tempah kek cheese bersalut caramel. Tak silap eomma kek tu dah habis. Boleh tak Jisoo tolong buatkan?"

Wow... Kek kegemaran aku tu!

"Boleh je buat. Tapi tepung, baking soda dengan telur dah nak habis. Takut tak cukup sukatan je"

"Ahh.. Pergi beli dulu. Mintak duit dekat abang kamu tu"

Abang yang sedang melayan pelanggan mengangkat kepalanya dan memandang aku. Mungkin dia tahu nama dia kena mentioned.

Honestly | 전정국Where stories live. Discover now