Chapter 10 🍃

29 7 0
                                    


Honestly

AIR yang masih bersisa dikacau perlahan dengan penyedut minuman. Masih lagi menunggu ketibaan rakanku yang mungkin  bertahun bersiap.

Tak adalah lama aku tunggu Rosè. Baru je aku sampai kafe ni.

Kling!

Automatik aku mengangkat kepala dan melihat siapa yang masuk ke dalam kafe. Dan ianya sahabat rapat aku.

Rosè mengangkat tangannya lalu menghala ke arah aku. Dia duduk dihadapanku.

"Lama ke kau tunggu?" 

Soalan biasa aku dengar setiap kali kami berjumpa.

"Tak adalah, lima minit macam tu aku baru sampai" macam biasa, aku ambil ayat yang sama.

"Aku ambil pesanan dulu tau" beg tangannya diletakkan di atas meja dan berlalu ke kaunter kafe.

Tasik diluar kafe menjadi tatapan indah mata aku. Sekarang, aku berada di kafe yang di mana petang ini akan aku bertemu bakal mak mertua.

Tipulah kata aku tak nervous. Hati ni macam nak meletup takut punya pasal. Dah lah pagi tadi kena gelak dengan abang. Sebab aku... Mengigau.

Hesh... Tua-tua pun mengigau. Tau aku ngigau apa? Neh.. Ianya rahsia.

"Jadi apa yang menyebabkan kau nak jumpa aku?" datang semula Rosè dengan air di tangan.

Aku melepaskan keluhan berat.

"Petang ni... Bakal mak mertua nak jumpa"

Nasib air diminum Rosè dah melepasi tekak. Rasanyalah. Dia hanya tersedak je. Kalau tak habis muka aku kena semburan air dia.

"Bakal mak mertua?!" tanya semula dengan suara kuat. Kalau pelanggan ramai, mesti kepala mereka tertoleh kepada kitorang. Mujur kafe ni lengang je.

"Ya" jawabku dengan datar.

"Kau sebenarnya nak cakap yang kau takut kan? Lepastu kau nak perkhidmatan aku untuk tenangkan kau. Betul tak?" tekanya dan semua yang ditanya betul.

Aku hanya balas dengan anggukan.

"Ahh senang je. Kau terima apa yang dikatanya. Kalau kau rasa benda itu tak sesuai dengan kau, bincang elok-elok bukan membangkang. Ingat suara jangan tinggi. Every time you must be remember. She is your future personality. Bila-bila masa aje dia boleh batalkan niat dia kalau kau bertindak tak bagus" maka bermulalah hujah Rosè.

"Buat pilihan sendiri bukan main ikut apa cakap orang. Masa silam kau boleh datang balik kalau kau ikut apa orang katakan. Pilihan sendiri adalah paling terbaik meskipun pilihan itu adalah pahit"

"Mungkin... Benda ni boleh buat kau sakit hati kalau aku cakap. Redha. Kau kena terima apa yang berlaku terhadap diri kau. Sebab kita pasti mesti ada hikmah kenapa Tuhan bagi kita macam tu. Tak kira baik ataupun buruk"

Hurmm, ayat ni sama macam Jungkook cakap.

"Aku okey je. Jangan risaulah" ujar aku kepadanya.

Kring!

Telefon Rosè mengganggu kami. Cepat-cepat Rosè mengambil dari dalam tas tangannya dan menjawab panggilan tersebut.

Beberapa minit kemudian, Rosè menamatkan panggilan dan menyimpan semula ke dalam beg tangannya.

Honestly | 전정국Where stories live. Discover now