Chapter 4 🍃

43 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“It's you, my dear”

_____________

RASA nya, bibir yang dimuncung oleh Jungkook dah lebih sedepa ni. Apa dia ingat dia tak boleh buat ke? Orang nak masuk dapur, ramai melarang nya daripada memasuki ruang dapur.

Orang lain takut, karang nanti dia menghalau manusia yang sepatutnya masak. Yelah, dia kan pro dalam bab memasak ni.

Puan Jeon yang melihat karenah anaknya itu digelengkan kepala.

"Dah lah tu, Kook. Pergilah tolong apa yang patut dekat luar sana tu. Kalau masakan, dah ramai ada"

Jungkook langsung tidak termakan dengan pujukan ibunya. Masih lagi dalam mogok merajuk.

"Hoi, Jungkook! Tak ramai orang ni nak mengangkat. Jom ah. Esok-esok pun boleh la masuk dapur tu" sepupunya datang menarik tangan Jungkook supaya dapat membantu diluar sana.

"Ala... Aku tak nak lah. Aku tak nak!!" Dia menarik semula tangannya. Malangnya, genggaman Jaehyun teramat kuat.

Hei.... Manja betul dia ni!

Tiba-tiba, datang pula seseorang yang boleh membuatkan dia mematuhi arahannya.

"Pergi tolong sana. Noona tak nak Kook masih ada lagi dekat sana. Dekat luar tu tak ramai. Cepat siap, cepatlah Kook boleh rehat. Jangan nak goyang kaki aje. Pergi!"

Jungkook menundukkan kepalanya dan mengangguk perlahan.

Dalam hati Jaehyun, tak habis-habis digelakkannya. Padan muka!

Esok mereka adakan majlis makan-makan sempena ulang tahun perkahwinan datuk dan nenek belah ibu Jungkook dan juga menyambut hari jadi nenek juga belah ibu.

Hari ini, mereka cuma mengemas apa yang perlu.

Tapi masalahnya, datuk dan nenek pun tak ada lagi. Mana mereka? Dalam perjalanan ke sini.

"Dah lah tu Jungkook! Tak kuasa aku nak buat kerja kalau asyik kau buat muka macam tu" sepupu mulut becok,Jungwoo tak habis lagi merungut pasal muka Jungkook tu.

Ya, mulut Jungkook tu masam. Lagi masam daripada cuka.

Merajuk lagi pasal tadi.

Orang lain yang berdekatan tidak mahu berkata apa-apa. Diam dan masih lagi membantu.

Biarkan jelah Jungkook tu!
_________

*

*

*

PENAT nya! Kalau jalan-jalan dengan budak kecil yini, pasti akan pusing satu round stesen kereta api ni.

Tadi Jisoo dan abangnya menghantar Encik Park ke situ untuk ke Busan.

Jiminlah paling banyak komplen. Katanya, suruh jelah Encik Park pergi naik kereta. Encik Park balas, dia malas nak bawak kereta. Lagipun, dekat sana ada staf yang akan ambil dia ke tempat penginapan kerja.

Itulah yang terjadi!

Mula-mula Jimin pergi seorang. Datang pula Chan nak ikut sama. Sudahnya, diheret sekali Jisoo untuk menemani Chan ni.

Jisoo sempat gelak kerana teringat apa yang berlaku.

Chan yang berada di atas riba ditepuk perlahan bagi mendodoikannya. Terlampau penatlah tu. Sampai tidur dia ni.

Lamanya Jimin ni!

Tiba-tiba ada orang pula mengetuk cermin tingkap di pintu Jisoo.

Jisoo menurunkan tingkap dan melihat Jimin bersama dua orang warga emas.

"Soo bolehkan sampai rumah lama sikit"

"Boleh aje kenapa?"

Sempat Jisoo memberikan senyuman penuh keikhlasan kepada pasangan warga emas itu.

"Nak hantar diorang dekat rumah anak mereka. Atuk tu kata sepatutnya cucunya akan ambil tapi dah setengah jam menunggu. So diorang nak abang hantarkan. Soo okey kan?"

Ouh, macam tu.

"Of course lah boleh. Soo tengok diorang pun kesian. Jemput lah diorang masuk"

Jimin tersenyum lega dengan jawapan adiknya.

Jimin memimpin tangan pasangan itu untuk masuk ke dalam kereta.

"Terima kasihlah kamu berdua. Buat susah aje"

"Tak susah pun" jawab mereka serentak.

Selepas memberitahu alamat ke sana, Jimin terus memandu tanpa melengahkan masa.

Suasana di dalam kereta riuh dengan perbualan antara mereka berempat. Chan yang tersedar pun elok lagi bersembang walaupun dalam keadaan mamai.
_____

*

*

*

"MAMA, halabeoji dengan halmeoni dah sampai ke?" Tanya Jihyo.

Terus berubah riak muka Puan Jeon.

"Tak tahulah. Halabeoji tak call kamu lagi ke?"

Jihyo membalas dengan gelengan.

"Kalau halabeoji tak call mama lagi, Jihyo pergilah dekat stesen tu. Mana tahu, telefon halabeoji dah habis bateri" Jihyo terus bergerak ke tempat penyimpanan kunci dan menyambar kunci kereta. Terus berlari dia ke luar.

"Eh noona nak pergi mana tu?" Jungkook mendekati kakaknya yang berjalan ke arah garaj kereta.

"Nak ambik halabeoji dengan halmeoni. Kalau Kook nak ikut cepat–"

Perbualan mereka berhenti dek kerana bunyi kereta diluar rumah. Berkerut dahi mereka apabila ternampak halabeoji dan halmeoni keluar dari kereta tersebut.

Tanpa menunggu apa-apa, Jihyo dan Jungkook berlari mendapatkan datuk dan nenek mereka.

"Halmeoni naik kereta siapa ni?"

Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta itu bagi menjawab persoalan Jihyo.

Dan yang terkejut sekali adalah Jungkook apabila melihat perempuan itu.

Macam kenal tapi kat mana eh?

*

*

*

Hohoho rajin pulak Yeon hari ni

[Press the vote button and write a comment if you like]

Honestly | To be continued

Honestly | 전정국Where stories live. Discover now