Park Sooyeon! "Taehyung menarik hujung rambut Sooyeon agar gadis itu bangun dari tidurnya.
"Hmm? "Air liur yang mengalir ditepi bibirnya dikesat dengan belakang tangannya. Taehyung menjuihkan bibirnya ke arah cikgu disiplin yang sedang memandang ke arah Sooyeon.
"Kemas barang kamu. Abang kamu sudah tunggu diluar. "
Sooyeon mengerutkan dahinya. Dia tidak berapa rapat dengan abangnya kerana mereka dipisahkan sejak kecil jadi dia hanya tahu namanya sahaja. Park Chanyeol.
"Abang? Kau ada abang ke? "Soalan dari Taehyung di endahkan. Otaknya ligat berfikir mengapa abangnya pulang ke Korea. Dia mula rasa tidak sedap hati dengan kedatangan abangnya.
Setelah membungkuk hormat kepada cikgu disiplin, Sooyeon terus bergerak mendekati mercedes benz milik keluarganya.
Pintu yang terbuka dari dalam menbuatkan gadis itu membulatkan matanya terkejut. "Masuklah. "Wajah kacak milik abangnya dipandang sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"Macam mana sekolah hari ni? "Soal Chanyeol tatkala Sooyeon hanya berdiam diri. "Macam biasa cuma hari ni lain sikit. "Chanyeol menjongketkan kening kanannya.
"Hari ni aku sekolah setengah hari. "Sooyeon membuang pandangan keluar tingkap.
******
"Kenapa kita ke hospital? "Sooyeon menarik hujung baju Chanyeol. "Jom. "Tangan Sooyeon digenggam erat menambahkan lagi rasa gundah di hati Sooyeon.Setelah sampai dihadapan bilik mayat, Chanyeol memegang kedua bahu Sooyeon, mata hazel milik Sooyeon sedikit membuat hatinya tenang.
"Sooyeon kena tabah tau. Oppa selalu ada di samping Sooyeon. "Chanyeol tersenyum kecil melihat wajah ragu Sooyeon. Tangannya kembali mengenggam tangan Sooyeon dan membuka ointu bilik mayat tersebut. Seorang doktor dan jururawat sedang menunggu mereka.
Chanyeol terus menganggukkan kepalanya tanda membenarkan doktor tersebut membuka kedua-dua beg mayat.
Membulat mata Sooyeon melihat kedua orang tuanya terbaring kaku di atas troli mayat. Gengaman tangannya dengan Chanyeol dieratkan sambil kepalanya digelengkan berkali-kali tidak percaya dengan situasi ini.
Chanyeol memeluk bahu Sooyeon tatkala gdis itu hampir jatuh. Lemah lututnya melihat orang tuanya tidak lagi bernyawa.
"Oppa akan jaga Sooyeon. "
▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼
YOU ARE READING
(✔) Forbidden Love | • PCY •
Short StoryKisah si Abang yang telah jatuh cinta kepada adiknya. Bahkan itu adalah adik kandungnya. Akankah cinta itu direstui atau ia akan kekal sebagai cinta terlarang? Jangan risau. Aku tak selitkan banyak scene sedih memandangkan aku tak suka sedih-sedih...