◇ 2 ◇

140 10 0
                                    

Chanyeol membuka matanya. Perkara pertama yang dilihatnya ialah wajah tenang Sooyeon yang masih lagi tidur sambil memeluk pinggangnya.

Tangannya bergerak untuk menyelitkan rambut yang menutup wajah cantik gadis itu ke belakang telinga.

Tangannya bergerak untuk menyentuh setiap inci wajah adiknya. Sehingga akhirnya tangannya berhenti tepat di bibir merah adiknya.

Chanyeol merenung lama bibir adiknya tanpa sedar dia sudah merapatkan wajahnya dengan wajah Sooyeon.

Tiba-tiba gadis itu membuka matanya membuatkan Chanyeol berhenti. "Oppa. "Panggilan gadis itu membuatkan Chanyeol tersenyum. Sungguh, sejak tinggal bersama gadis itu setahun lalu membuatkan Chanyeol tidak berhenti senyum.

"Emm? "Tangannya mengelus rambut paras bahu Sooyeon. Gadis itu menutup semula matanya. Mungkin masih belum mahu bangun dari tidur.

Tiba-tiba gadis itu membuka matanya dengan mengejut. "Oppa, hari ni aku sepatutnya sekolah, kenapa tak kejutkan aku? "Tangannya yang tadi memeluk pinggang Chanyeol dilepaskan.

"Kau kan masih belum sihat, suhu badan kau masih panas lagi ni. Kalau kau dah sihat, nanti oppa bagilah kau sekolah. "Tangan Sooyeon ditariknya semula agar memeluk pinggangnya.

Chanyeol terus mencium dahi adiknya. Chanyeol pentingkan diri. Dia tidak mahu adiknya sekolah hari ini supaya dia boleh meluangkan masa dengan adiknya itu.

Tak salah kan?

******

Bunyi ketukan pintu membuatkan Chanyeol dengan malasnya bangun untuk membuka pintu. "Erk, hyung Sooyeon ada tak? "Wajah Taehyung dipandang dengan malas.

"Ada dalam bilik dia. Kenapa? "

"Aku ada bawa ayam goreng. Memandangkan hari tu dia kata nak makan ayam goreng. Boleh aku masuk? "Chanyeol memandang dua plastik ayam goreng yang dijinjing Taehyung.

"Masuk lah. "Orang sudah bagi green light, apa lagi, terus masuk ke bilik Sooyeon lah Taehyung.

"Weh aku ada bawa ayam goreng weh! "Sooyeon yang sedang membuat kerja rumah terkejut dengan kehadiran mengejut Taehyung.

"Kau ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke? "Taehyung hanya tersengih dan meletakkan dua plastik ayam goreng di atas meja belajar Sooyeon.

"Banyaknya, kau nak bawa sapa lagi makan ayam goreng ni? "

"Kita lah yang makan. Takkan nak bawa pakcik kebun sekolah? "Taehyung terus duduk di birai katil Sooyeon.

"Eh, oppa, taknak join kami makan ayam goreng ke? "Chanyeol yang baru sahaja membuka pintu biliknya menggelengkan kepalanya, matanya terus menjeling ke arah Taehyung namun lelaki itu tidak memandangnya melainkan memakan terus ayam goreng tanpa menunggu Sooyeon.

******

Sooyeon bangun dari tidurnya. Jarum jam menunjukkan angka 2 pagi. Dengan malas Sooyeon bangun setelah mengeliat kecil.

Kakinya melangkah ke dapur untuk membasahkan tekak. Sambil minum air, Sooyeon termenung jauh tanpa sedar sesorang telah memeluknya dari belakang.

"Sayang termenung eh? "Gelas kosong tadi diletakkan ke dalam singki. Sooyeon memusingkan badannya menghadap Chanyeol.

Wajah abangnya diusap lembut. "Tak jauh sangat termenung tu. Oppa masih belum tidur lagi ke? "Chanyeol menggelengkan kepalanya.

"Kawan kau tu memang selalu datang sini eh? "Sooyeon menjongketkan keningnya sebelum menganggukkan kepalanya.

"Kenapa? "

"Dia memang selalu masuk kedalam bilik kau ke? "Chanyeol menundukkan kepalanya, nampak sangat riak cemburu tu.  Tahun lepas tak da pula budak tu datang. Tibe je dia buat comeback ke rumahnya.

"Memang dia selalu masuk bilik aku tapi kita orang tak buat apa pun. Kadang-kadang main game, kadang-kadang gosip. Tapi sepanjang dia ada dalam bilik aku, aku akan buka pintu bilik tu. Jadi tak ada apa-apa. Kenapa? Cemburu? "

Perlahan-lahan Chanyeol menganggukkan kepalanya. Sooyeon ketawa kecil, sejak bila lah oppa dia boleh jadi comel macam ni.

"Kenapa ketawa? "Chanyeol memandang Sooyeon hairan sambil mencebikkan bibirnya. "Tak dalah, sejak bila kau comel ni? "Wajah Chanyeol ditekupnya.

"Memang aku comel pun. "

Seketika mereka diam memandang antara satu sama lain. "Oppa sayang Sooyeon. "Sooyeon hanya tersenyum kecil sambil memain rambut Chanyeol.

"Tahu. "

Tak kau tak tahu. Aku dah anggap hubungan kita lebih dari adik beradik.










▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼

(✔) Forbidden Love | • PCY •Where stories live. Discover now