◇ 12 ◇

83 9 7
                                    

"Perlahan sayang. "Tangan kanan Taehyung memegang bahu Sooyeon, tangan kiri pula memegang perut Sooyeon yang semakin boyot.

"Awak ni, bukannya saya ni nak lari ke apa. Pegang saya macam saya ni nak bunuh diri. "Sooyeon menggelengkan kepalanya.

Pada masa yang sama dia juga bersyukur kerana Taehyung ikhlas menjaganya walaupun anak dalam kandungannya bukan benih dari lelaki itu.

"Saya risau tau. Kalau ikutkan minggu depan dah nak keluar dah baby boy kita ni. "Dengan mata yang tak lepas dari memandang perut Sooyeon, Taehyyng tersengih suka. Tak sabar rasanya tunggu baby ni keluar, boleh lah dia berjimba bersama anaknya nanti.

Sooyeon tersenyum. Tak sangka dia boleh jatuh cinta dengan Taehyung yang menurutnya bengap. Erk, maaf.

"Duduk. "Arah Taehyung tatkala mereka sudah sampai di ruang tamu. "Lepas baby boy ni lahir, kita kahwin. "Sooyeon menganggukkan kepalanya kalau di ikutkan sebenarnya Taehyung cadang nak kahwin waktu usia kandungan Sooyeon menginjak ke 3 bulan. Namun Sooyeon menolak. Biarlah buah hatinya lahir dahulu baru mereka boleh kahwin.

Tiba-tiba sahaja perutnya terasa sakit. Pada awalnya Sooyeon tidak mengendahkan rasa sakit itu. Mungkin bayinya hanya menendang.

"Sayang, kenapa kain awak basah ni? "Taehyung mula panik. Takkan gadis itu terkencing pulak en?

Tidak lama lepas itu barulah Sooyeon rasa sakit yang teramat. "Tae, saya rasa, inilah waktunya. "Taehyung yang mulanya blur kini bertukar semula ke mood panik.

"Panggil makcik Choi sebelah. "Sooyeon tahu Taehyung pasti panik. Jadi eloklah panggil orang yang berpengalaman untuk bantu mereka.

******

"Duduklah. Letih aku tengok kau asyik mundar-mandir dari tadi. "Sehun menarik tangan Taehyung agar duduk dan bertenang.

"Macam mana aku nak tenang hyung. Aku risau sangat dah ni. "Terkenang dia cerita lagenda budak setan cerita dari malaysia itu. Dimana watak perempuan meninggal setelah melahirkan anak. Memikirkannya sahaja membuatkan Taehyung sudah takut.

Nak teman Sooyeon kat dalam, dia takut pula. Tak sanggup dia nak tengok Sooyeon bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

"Ilek lah. "

"Encik Kim? "Taehyung yang baru sahaja ingin melabuhkan punggung terus bangun semula. "Ya saya. "Doktor Min hampir ketawa melihat wajah Taehyung yang bila-bila masa sahaja boleh menangis.

"Pergilah masuk dalam. "Doktor Min terus pergi setelah menunduk hormat kepada Taehyung dan Sehun.

Taehyung terus masuk ke dalam wad. Bergetar lututnya tatkala mendengar suara tangisan bayi. "Sayang, sinilah. "Sooyeon tersenyum melihat wajah terkejut Taehyung.

Taehyung menyentuh pipi bayi lelaki itu. "Hyung! Aku dah ada anak Hyung!!!!!! "Taehyung terus berlari dan memeluk Sehun. Lain macam semangat papa muda ni.

"Tahu. "Sehun terus menolak Taehyung dari terus memeluknya. "Telinga dia macam... "Sehun berhenti tatkala sedar dia hampir menyebut nama seseorang.

"Macam Chanyeol oppa."Sooyeon tersenyum kecil. Sungguh dia bersyukur yang anaknya lahir tanpa ada cacat cela. Tentang Chanyeol, dia sudah lama lupakan lelaki itu. Apa yang dia harapkan adalah Chanyeol bahagia.

"Awak nak bagi nama apa kat anak kita? "Taehyung menyentuh perut bayi kecil itu. "Nama dia, Kim Taejoon. "Sooyeon memandang Taehyung manakala lelaki itu menganggukkan kepalanya. "Cantik nama tu. "Taehyung terus mengucup dahi Sooyeon.

"Tak lama lagi aku kahwin! Bravo!"Sehun yang berdiri di sebelahnya dipeluk lagi. "Aku layan je mood papa muda ni. "Sehun hanya pasrah dengan kelakuan Taehyung.








▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼

(✔) Forbidden Love | • PCY •Where stories live. Discover now