◇ 7 ◇

118 9 0
                                    

Taehyung terus baring dibawah pokok setelah puas mencabut rumput di belakang bangunan sekolah.

"Taehyung, masih banyak ni! "Sooyeon bangun dari mencakung. Kejang gila kaki dia sejak dari awal pagi lagi dia dengan Taehyung mula mencabut rumput. Sudahlah ujian akhir tahun dah dekat.

"Cepatlah Taehyung, lagi cepat kita habis, lagi cepat kita boleh masuk kelas. "Eleh kau, bukan dia ke yang beria-ia tidur dalam kelas.

"Kau ingat boleh habis sekarang ke? Baring lah dengan aku kat sini. "Tempat kosong disebelahnya ditepuk tanpa membuka matanya.

Keadaan yang senyap membuatkan Taehyung membuka semula matanya.

Bush!

Terkejut beruk Taehyung tatkala Sooyeon bertindak membuang semua rumput yang dicabutnya tadi ke atas badan Taehyung.

Taehyung yang awalnya ingin marah kini tersenyum melihat Sooyeon ketawa riang setelah mengenakannya.

"Sini kau. Aku nak geletek kau puas-puas "Taehyung terus bangun dan mengejar Sooyeon sehingga dia dapat menarik tangan gadis itu dan terus memeluk Sooyeon dari belakang.

Tangannya mula menggeletek pinggang Sooyeon membuatkan gadis itu ketawa sambil memusingkan badan menghadap Taehyung untuk membalas semula perbuatan Taehyung terhadapnya.

Namun malang bagi mereka berdua tatkala Taehyung tersandung batu sehingga menyebabkan mereka berdua jatuh.

"Aduh! Sakit gila weh. "Sooyeon terus terdiam tatkala melihat Taehyung yang masih belum membuka matanya.

"Weh, Kim Taehyung. Bangun weh! "Dipukuknya dengan kuat bahu Taehyung sehingga lelaki itu membuka semula matanya.

"Kuatlah kau. "Kedua tangan Sooyeon yang memukul bahunya tadi ditahan. "Mestilah kuat supaya nanti bakal suami aku tak boleh buli aku. "Sooyeon tersenyum bangga. Taehyung hanya memerhatikan Sooyeon.

Tanpa Sooyeon sedar, Taehyung terus memeluk pinggang Sooyeon membuatkan gadis itu diam. Keadaan menjadi senyap tatkala mereka hanya memerhatikan antara satu sama lain.

Semakin lama, semakin dekat wajah Taehyung sehingga tiada lagi jarak antara mereka. Sehinggalah...

Pak!

"Aduh! Sakit woi! "Taehyung terus memegang dahinya yang sudah di jentik Sooyeon. Sudahlah kuat memukul, menjentik pun sampai nak retak tengkorak dibuatnya.

"Jangan buat macam-macam, jom cabut rumput ni. Aku nak belajar weh, masa depan aku takkan cerah kalau asyik cabut rumput. "Sooyeon terus mengumpul semula rumput-rumput yang yang dibuangnya ke atas Taehyung tadi.

******
"Mandi dulu lepas tu baru boleh tidur. "Sooyeon hanya akur dan terus ke bilik mandi manakala Chanyeol pergi ke bilik orang tuanya. Sudah lama dia tidak mengemaskan bilik itu.

Pintu dibukanya dan jelaslah keadaan bilik yang dipenuhi dengan gambar-gambar mereka sekeluarga bermula dari gambar kahwin ayah dan ibunya hingga ke gambar Chanyeol dan Sooyeon yang baru sahaja digantungnya minggu lepas.

"Rindu mama dengan papa. "Kini dia rasa menyesal kerana terlalu sibuk belajar di luar negara sejak kecil.

"Ma, pa, apa yang patut Yeol buat? Yeol, dah jatuh cinta dengan Sooyeon. "Chanyeol menundukkan kepalanya, tidak berani melihat gambar ibu dengan ayahnya seolah-olah dia membuat pengakuan dihadapan ibu dan ayahnya yang masih hidup.

"Yeol tahu Yeol salah. Tapi susah Yeol nak buang rasa cinta ni. Yeol terlalu sayangkan Sooyeon. "Puas Chanyeol mencari tahu tentang hubungan sebenar antara mereka namun jawapannya tetap sama iaitu mereka berdua adalah adik beradik kandung.

"Maafkan Yeol ma. "

******
"Oppa. "Chanyeol hanya memandang Sooyeon. "Kenapa senyap je hari ni? Ok ke? "Sooyeon menyentuh dahi Chanyeol. Namun suhu badan lelaki itu sangatlah normal.

"Oppa ok. Cuma terlalu fokus nak tengok movie ni. "Pelukannya pada pinggang Sooyeon dieratkan. Sooyeon memandang ragu Chanyeol. Dia yakin ada sesuatu yang menganggu fikiran lelaki itu.

Dari tadi dia cuba berinteraksi dengan Chanyeol namun Chanyeol tetap fokus ke movie berbanding Sooyeon membuatkan gadis itu mencebikkan bibirnya.

Sooyeon terus tersenyum penuh makna tatkala satu idea muncul dibenaknya. Dengan cepat Sooyeon mencium pipi Chanyeol namun belum sempat bibirnya sampai ke pipi Chanyeol, lelaki itu malah mengalihkan pandangan dari TV ke Sooyeon. Akibat tindakan itu, Sooyeon tercium bibir Chanyeol tanpa sengaja.

Membulat mata Sooyeon namun tidak dengan Chanyeol. Lelaki itu sedikitpun tidak bergerak. Dengan cepat Sooyeon menjauhkan jarak mereka namun tidak sempat kerana Chanyeol terlebih dahulu menahan keplanyanya dan terus mencium bibir gadis itu dengan lembut.

Sooyeon menyumpah diri sendiri kerana tidak dapat membuat apa-apa untuk memutuskan ciuman ini. Pergerakkannya seolah-olah terkunci.

Kenapa dengan Taehyung tadi dia sedar yang lelaki itu ingin menciumnya namun dengan Chanyeol, dia seolah-olah membiarkan sahaja lelaki itu menciumnya.

Kita sudah melangkah sejauh ini dan aku taknak undur.









▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼

(✔) Forbidden Love | • PCY •Where stories live. Discover now