Setibanya di shopping mall Aizat dan Firash terlebih dahulu berada di hadapan. Tak tahulah sama ada mereka berjalan lebih laju ataupun tiga orang di belakang mereka yang jalan macam siput.
"Guys cepat sikit boleh tak? Dari tadi asyik dok bergelak ja." Tegur aizat yang berada di hadapan mereka. Firash yang berada di sebelah aizat hanya diam memerhati.
"Weii mudah sungguh adik kau bergaul. Tak sangka aku." Ujar adam sambil menekan nekan perutnya. Mungkin sakit akibat terlalu banyak ketawa.
"Seronok aku kenal dengan Adik kau siot. Kenapa lah aku tak kenal adik kau dari dulu ehh" ujar fikri pula sambil menolak bahu aizat.
"Sudah la. Ni korang nak tengok cerita apa ni?" Soal aizat
"Erm kitorang ikut je" Jawab fikri juga mewakili adam.
"Kau? " soal aizat kepada firash yang berada di sebelahnya.
Asyik diam ja dari tadi. Dah jadi bisu agaknya. Kalau tak dia lah yang mukut banyak."Ikut kau lah."pendek saja jawapannya. Dia pon tak tahu kenapa hari ni mulutnya tidak banyak mengeluarkan suara.
"Adik?"tumpuannya beralih kepada adiknya yang sorang itu.
"Apa kata kita tengok FROZEN best la cerita tu?" Adriana memberikan cadangan.
"What?!" Mereka berempat memandangnya dengan wajah yang terkejut. Gila ke apa kitorang laki kot. Dah la tu cerita gurl gurl.
"Ish orang bagi cadangan je pon. Itupun nak kecoh" Adriana memberontak geram.
Laju sahaja kakinya mengorak langkah. Dia pon tak tahu nak pergi mana.
"Haish merajuk pulak dah" Aizat memandang langkah adiknya yang kian menjauh itu.
So sapa yang nak pujuk?" Soal adam.
"Sorry kalau bab memujuk ni aku tak pandai. Selalunya Kief yang terer bab memujuk ni." Aizat memang tak pandai kalau bab bab memujuk ni.
"Kitorang pon tak pandai memujuk " adam dan fikri juga tidak pandai memujuk. Yelah sapa je yang diorang nak pujuk adik pon tak ada.
Firash yang hanya mendiamkan diri mula sedar yang dari tadi dia diperhatikan. Semua mata terarah kearahnya.
"Seriouslah aku tak berborak apa pon dengan dia tadi. Asal tetiba pulak aku yang kena pujuk?" Soal firash. Haish dia tak da kena mengena pon.
"Kau je lah yang pandai bab bab memujuk ni. Bila adik kau merajuk je kau pujuk. Dah tu cepat ja terpujuk. So kau je lah yang pergi pujuk." Arah fikri. Lagipon si firash ada adik. Ada lah pengalaman.
"Haish aku je yang kena"rungut firash, namun kakinya tetap mengorak langkah untuk mencari adik kawannya itu.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Geram betul dengan sikap abangnya dengan rakan abangnya itu.
"Aku nak pergi mana ni?" Soalnya sendirian.
Nak tanya siapa lagi kalau bukan dirinya sendiri."Tengok buku lah. Lagipun novel aku yang satu tu nak habis dah" Laju kakinya mengorak langkah ke arah kedai Buku yang berdekatan dengannya.
Dalam asyik mencari novel yang diinginkannya , dia ditegur oleh seseorang.
"Penat aku cari kau, kat sini kau rupanya." Tegur firash yang sedang bersandar di rak buku berdekatan dengannya.
"Sapa suruh kau cari aku? Ada aku suruh? "Jari telunjuknya diarahkan ke arah dirinya sendiri.
"Dah la tu merajuk, jomlah kita pergi tengok cerita FROZEN kau tu." Kata Firash cuba untuk memujuk Adriana.
"Tak nak aku, pergilah tengok movie yang korang nak tengok." Kata Adriana yang sedang memilih novel yang diingininya.
"Jomlah. Tak elok tahu tak merajuk lama lama. Kesian abang kau tu. Tak tentu arah dia."pujuk Firash.
"Haish yelah yelah. Kejap aku nak bayar novel ni" Kata Adriana lalu bergerak ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.
'Senang je nak pujuk si budak ni. Itu pun Aizat tak pandai' kata firash di dalam hatinya.
"Firash!" Laung Adriana di kaunter. Boleh dia termenung pulak.
"what?"
"Jomlah kata nak tengok frozen" ujar Adriana laju menarik hujung hoodie yang dipakai oleh Firash.
'Comel' itu kata hatinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/225484267-288-k108092.jpg)
YOU ARE READING
THE ADRIANA MIKAYLA
AcciónDia seorang gadis yang periang,ceria dan manja apabila bersama family yang tersayang dan kawan-kawannya. Namun dia mempunyai sisi gelap yang merubah perwatakannya kepada seorang yang dingin dan berhati batu dalam sisi gelapnya itu. °°°°°°°°°°°°°°°°...