- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau adaTOK Aba menyusun kotak - kotak koko di sebelah tempat duduk penumpang motornya. Kepalanya menjenguk - jenguk, melihat sama ada orang yang di nanti sudah sampai ke belum.
"Tok Aba tengok apa tu?"
"ALLAH!" Tok Aba jatuh tertonggeng seperti nangka busuk. Nasib tiada orang sekeliling.
"Ish kau ni Ochobot, lemah jantung atuk!" Tok Aba memegang dadanya sambil merenung tajam Ochobot.
Ochobot tersengih -sengih.Mempamerkan muka tidak bersalah, dia bertanya soalan yang sama. " Tok Aba tengok apa tu?"
"Tok tengok tiga pekerja sudah sampai ke belum . Yang tiga orang kau nampak dengan Fang semalam. Tapi tok nak pergi hantar koko ni." Tok Aba mengeluh panjang.
Oh. Waktu aku tengah hantar makanan pada pelanggan semalam. Ketika itu Ochobot sudah tersenyum penuh makna. Hehehe, boleh bodek minta naik gaji!
" Tak palah tuk. Atuk hantar lah koko tu. Biar Ochobot urus diorang. Atuk jangan risau." Ochobot menggerakkan tangannya dengan laju seperti tengah mengelap tingkap.
Tok Aba tersenyum lega. Bolehlah selepas hantar koko itu melepak makan ais krim! "Terima kasih Ochobot. Atuk gerak dulu ya."
"Bye Bye Tok!" Ochobot melambai motor Tok Aba yang meninggalkan kedai itu. Hahaha, sudah tercapai cita - cita aku menjadi bos sementara! Ochobot gelak seorang diri.
Jenis gila kuasa rupanya budak ini.
Tidak beberapa lama kemudian, Ochobot terlihat kelibat tiga orang yang menuju ke arah kedai. Cepat - cepat dia menyarungkan jam dan berdiri di hadapan kedai laksana komander.
Langkah tiga beradik BoBoiBoy itu terhenti apabila melihat seorang remaja lelaki berdiri macam mereka seperti baru keluar dari kem askar.
Blaze memandang Ochobot atas dan bawah berkali - kali. "Siapa kau ni? Sejak bila Tok beli patung manequin? "
Hampir sahaja Ochobot rebah seperti dalam komik Jepun namun cepat cepat dia kekalkan posisi.
"Aku cucu angkat Tok Aba." Amboi, senang sahaja mengaku dia cucu angkat! Walhal, anak jiran sebelah! "Tok Aba hantar koko jadi aku yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus korang."
"Kitaorang kena bu--"
"SHH!" Taufan memandang jari Ochobot yang melekat pada bibirnya.
"Sepatutnya korang sampai pukul berapa?" Tanya Ochobot, masih mengekalkan watak Komandernya.
"9 pagi." Jawab Ice.
"9 pagi? Korang tahu tak sekarang pukul berapa?" Ochobot menjengil ketiga - tiga beradik di hadapannya itu.
" 9 pagilah ." Balas Taufan setelah melihat sekilas jam tangannya.
"Eh betul ke?" Ochobot memeriksa setiap jam mereka. Betullah sekarang pukul 9:00 pagi.
"Oh lupa. Jam aku rosak. Patutlah pelik kenapa pukul 10 pagi sedangkan langit masih mendung." Mendengar sahaja ayat Ochobot, mereka bertiga terus rebah ke tanah. Kuat sangat agaknya pengaruh komik Jepun kepada mereka.
"Aku sepak juga budak ni." Bisik Blaze, menahan geram.
"Eh apa baring lagi tu? Ingat sekarang waktu malam ke? Cepat buat kerja!"
...
10 minit berlalu tetapi sudah seperti 10 jam lamanya. Setiap tenaga mereka bertiga dikerahkan sepanjang masa itu. Mengelap meja, mengelap pinggan mangkuk dan memotong rumput!
Bila ditanya si Ochobot kenapa dia tidak menolong. Jawapan yang diberinya adalah dia menolong juga tetapi tolong tunggu pelanggan. Minta kena tolak gaung ayatnya.
Taufan yang siap memotong rumput menghulur alat mesin rumput dengan pakaian dia sekali kepada Ochobot. "Nah, dah siap."
Ochobot memandang persekitaran. Dia mengusap dagu dan mengecilkan matanya. "Hmm. Bagus bagus."
"Aku nak pergi dululah , nak tolong Ice." Kata Taufan sambil menunjukkan ke arah Ice yang sudah terlena. Gaya tidur tertonggek dengan kepalanya masih di atas meja.
"Eh, Taufan. Sini kejap."
"Kenapa?" Taufan memandang Ochobot penuh berharap.
Jangan tambah kerja. Jangan tambah kerja. Jangan tambah kerja. Huhuhu.
"Taklah. Aku nak minta maaf sebab arah korang macam - macam. Hehehe, saja nak kasi tambah konflik." Taufan memandang muka Ochobot dengan riak menoya. Alasan pun minta selipar jepun ditepekkan pada muka.
"Ha, yalah."
"Betul ni?"
"Ha iya. Betul." Taufan memutarkan bola matanya.
"Okay. Kita jadi kawanlah - -" Belum sempat Ochobot menghabiskan ayatnya, belakangnya terasa seperti dibaling oleh benda yang basah.
Kedengaran tawa dari belakang. Siapa lagi kalau bukan BoBoiBoy Blaze. Prankster paling terhandal di dunia. Selepas Nooroo lah. Hehehe.
"BLAZE!"
"LARI!"
Acara kejar mengejar bermula. Ochobot hampir memintas Blaze tetapi Blaze lebih laju mendahului. Mereka melalui pondok berhampiran sebelum membelok ke taman permainan. Sekejap, ini seperti ulasan pengacara lumba lari pula.
Nooroo : *campak telefon atas katil*
Taufan tergelak. Haih... pelik - pelik cucu Tok Aba ni. Kalau luku dia ini, apa - apa pun tidak dapat
🔸🔸🔸
Macam mana korang punya cuti setakat ni?
(Huhuhu, Ramadhan nak habis)
🔹✨🔹
TEASER 6
.
" Kenapa kau selalu pakai topi tu. Sejak kita berjumpa pula tu."
.
"Hahaha, budak pelik!"
.
🔹✨🔹
Jumpa next chapter nanti!
Bye, Assalamualaikum!
YOU ARE READING
Lost (BBB)
Fanfiction🌟 L o s T 🌟 (BoBoiBoy Fanfic) ... "Hilang" ➡️ Ertinya sesuatu yang sudah tidak boleh dijumpai atau dipertemukan yang anda tidak mampu mengawalnya ... Apa maksud di sebalik air mata yang mengalir ini? Selepas ibu ayah aku pergi... abang - aba...