9

448 55 10
                                    

- L O S T -
D

ari kenang apa yang kau hilang
Baik kau jaga apa yang kau ada.

OCHOBOT merenung makhluk Allah di sebelah Taufan. "Apa pasal ada dua budak dekat sini? Ini kan 'mesyuarat perjumpaan' ahli kumpulan Ochobot je?"

   Thorn membuat muka comel manakala si Solar pula membuat muka berlagak dia. Minta baling batu nisan betul si Solar ini.

   Taufan mengenyih. "Ala, diorang nak ikut. Abang Gopal dan Fang ada kelas hari ni."

   "Tak palah. Aku memang suka budak - budak." Terus Solar dan Thorn menjadi sasaran pelukan Ochobot. Dua budak itu redha sahajalah kena peluk.

   "Oh ya, Tok Aba tak marah kan aku pergi buat perbincangan ni kan?" Tanya Taufan. Mana tahu kena tolak gaji ke.

  "Alah, jangan risau. Tok Aba tidak kisah punya." Kata Ochobot. Siap tunjuk simbol 'terbaik' lagi sebagai jaminan Tok Aba tidak naik murka padanya.

   Tiada aral melintang, tiada monyet terbang di langit, tiba - tiba kedengaran suara Encik Google . "Maap, lembat (Maaf, lambat.)"

   Solar mengerutkan dahi. "Mamat saleh mana cakap tu."

   "Sayaalah. Iewwan (Sayalah, Iwan)."

   "WARGH!" Semua terkejut melihat Iwan muncul  di belakang mereka.

   Iwan tersenyum janggal. "Kelapa korang yini? (Kenapa korang ini?)"

   "Lah suara Google rupanya. Ingat Mamat Saleh mana tadi." Solar memutarkan bola matanya.

  "Eh Iwan, mana Ayuyu?" Soal Ochobot kepada Iwan yang tengah meletakkan buku - buku di atas meja.

   "Panalah saya tau (Manalah saya tau.)"

   "Si... Sini." Kata Ayuyu di sebelah Iwan yang termengah - mengah seperti baru lari marathon.

   "Kenapa kau macam baru kena denda berlari keliling padang?" Tanya Taufan.

   "Huh... Huh..." Ayuyu duduk di sebelah Iwan, kasar. Tanpa meminta izin, Ayuyu mengambil botol air Thorn dan meneguk airnya.

  "Eh..."Thorn mengetap bibir. Tidak mengapalah. Sedekah, Thorn.

  " Woi, air adik aku tu. "Taufan merampas botol air Thorn dari Ayuyu.

   Ayuyu mengelap tepi bibirnya yang terasa basah. "Oh, tadi aku nampak Adudu. Aku pun panik. Yalah, kau tahu kan Adudu suka aku. Aku pun pergi jelah sebelah aku, masuk dalam rumah hantu."

   "Rumah hantu?" Ochibit membeliakkan matanya. "Wey, rumah tu berhantulah."

   Taufan memetik jarinya, teringat sesuatu. "Ha, baru aku ingat. Gopal kata dia pernah nampak orang dekat tingkap rumah Berhantu tu."

  "Ha'ah. Siap larang balik ikut jalan sana lagi." Tambah Solar.

   "Aiyuyu, mana barang cow?  (Ayuyu, mana barang kau?)"

   Ayuyu berhenti berehat, sebaliknya panik melihat ke kiri dan ke kanan. Habislah, dekat mana aku letak.

   "Sebenarnya manusia banyak buat kesi--"

   Cepat - cepat Ochobot memotong. "Dah tak payahlah. Cakap kau tinggal buku idea kau dekat rumah hantu kan?"

   "Menyesal aku ambil kau jadi ahli sains kitaorang." Ochobot merungut, mengenangkan kesilapannya. Kini, dia berada betul - betul di hadapan rumah hantu yang sering disebut orang ramai.

   "Alah, diam diam jelah." Ujar Ayuyu, malas mahu mendengar Ochobot membebel.

   "Aku takutlah, Solar." Thorn memegang tangan kembarnya, erat.

   Masakan tidak takut. Bangunan rumah banglo di hadapan mereka seperti seolah - olah telah dibakar. Tingkap rumah yang pecah dan pintu yang usang.

  "Tak pa aku ada." Kata Solar. Pada nada suaranya dengar seperti dia tidak takut walhal hatinya sibuk berdegup kencang.

   "Tak apalah. Saya tinggal di luar sahaja." Suara Tablet Iwan berbunyi. Iwan duduk di luar pagar dengan muka berharap agar dia tidak dipaksa masuk.

   "Tak palah. Kau jaga barang kau lah kat luar ni." Iwan terasa mahu membuat sujud syukur mendengar jawapan Taufan. Yay, tidak dapat masuk!

   "Thorn pun nak tinggal kat luar." Thorn membuat muka comel, umpan supaya dia tinggal di luar.

  Mahu tidak mahu, Solar juga buat muka comel. Asalkan dia tidak masuk ke rumah hantu itu.

   Taufan mengeluh. "Ha yalah. Tinggallah dekat luar dengan Solar."

   "Hei Taufan. Jomlah masuk." Ochobot berbisik pada ayat terakhir. "Jangan bagi aku masuk dengan Ayuyu. Aku takutlah."

   Taufan memutarkan bola matanya. "Yalah."

   "Aduh mana ni?" Ayuyu menggaru kepalanya.

   "Mana barang kau?" Ochobot menjenguk ke bawah, mencari barang Ayuyu itu.

   "Waktu aku masuk tu aku terjatuh lepas tu beg tu tercampak dekat sini." Ayuyu menunjukkan di sebelahnya.

   "Ha jadi mananya?"Mata Taufan meliar mencari beg milik Ayuyu.

  " Jomlah cari. "Ayuyu sudah berkeliaran di ruang tamu itu mencari beg miliknya.

  "Taufan, kita pergi berdualah." Ochobot sengih minta simpati.

   Taufan ketika itu setuju sahajalah. Dia pun takut sebenarnya, huhuhu.

   Setelah 180 saat mencari, beg itu dijumpai di jalan menaiki tingkat 2. Anehnya, beg itu terletak elok di atas laci meja.

  " Wey Ayuyu kau ambillah. Tu kan beg kau." Ochobot menggesa Ayuyu menaiki tangga itu demi mengambil begnya.

   Ayuyu menggeleng laju. "Kaulah kau kan lelaki."

   "Ini drikiminasi jantina! Taufanlah." Ochobot memandang Taufan dengan muka mengharap.

   "Err... aku?" Taufan menunjukkan dirinya.

   Ayuyu dan Ochobot mengangguk laju sambil membuat muka comel. Taufan membuat muka menoya.

   "Ha yalah." Taufan menaiki tangga yang jumlahnya 8 anak tangga itu.

   "Yay! Pergi, Taufan!" Sorak Ochobot seperti menyokong pasukan bola sepak.

   "Bukan ada apa apa pun. Diorang ni..." Taufan mengambil beg Ayuyu di atas meja. Baru sahaja ingin turun kembali, matanya terlihat kelibat seseorang memerhatinya.

   Lebih ngeri, mata kelibat itu seakan merenungnya seperti artis Korea. Apa lagi? Si Taufan berlari keluar dari rumah hantu tersebut diikuti Ochobot dan Ayuyu.

   "Eh, kenapa lari laju ni?" Tanya Solar, melihat abang dan kawan abangnya berlari seperti baru dikejar hantu ngesot.

   "Ha... Han... Han.." Ujar Ochobot tersekat - sekat. Padahal dia tidak tengok pun kelibat itu tapi takutnya lain macam.

   "Sudahlah. Jom pergi cepat." Taufan menolak lembut mereka supaya menjauhi rumah itu.

   Ish, seramnya. Entah kelibat siapa yang dia nampak tadi.

  

🌟🌟🌟

Huhuhu, maaf tak update semalam. Saya tertidur awal lepastu ada writterblock pula.
Terimalah hasil tidak seberapa ini.
Aceh wah ayat.

Lost (BBB) Where stories live. Discover now