8

459 57 9
                                    

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

"EH, kenapa kau masukkan aku dalam pertandingan ini?" Wajah Ochobot dipandang, meminta penjelasan.

   Si Ochobot itu bukan boleh diharap. Boleh pula buat muka tidak bersalah. Ochobot tersengih. "Ala pertandingan sains. Aku tak cukup sorang. Aku ajaklah kau. Kau kan suka Sains."

   Taufan menghela nafas panjang. "Siapa je yang masuk."

   Ochobot menunding jari ke sekumpulan budak perempuan. "Ayuyu dan budak belakang kau tu, Iwan."

   Taufan memandang ke belakang. "Oh Iwan."

   "WARGH, Iwan! Sejak bila kau ada kat belakang aku? "

   Iwan mengangkat tangannya, menunjukkan angka lima saat.

   Ochobot cepat cepat menghalau Iwan apabila cikgu masuk ke dalam kelas. "Wey cepat wey. Nanti aku kena denda!"

   Iwan mengelap angin di hadapan muka Taufan dan Ochobot. Dari gerak bibirnya, dia asyik sibuk perkataan 'hilang, hilang~". Pergerakkan itu diulang sehingga Iwan kembali ke tempatnya.

  " Bangun!" Ucap Amardeep dengan penuh berirama sebelum diikuti pelajar yang lain. "Assalamualaikum cikgu!"

   Baru sahaja Ochobot ingin melabuhkan punggung, terdapat sehelai kapal terbang kertas mengenai dahinya. "Adeh, anak siapa yang baling baling ni."

   Dibuka kertas itu.

   Jumpa dekat dewan sekolah, pukul 3 petang
   - Ayuyu

   Taufan menggeleng melihat isi kertas itu. "Perlu ke hantar guna kapal terbang kertas?"

   "Dia memang macam tu.". Ochobot menjuih bibirnya ke arah Ayuyu yang memandang mereka berdua tajam. Siap dengan gaya isyarat 'Aku perhatikan kau orang!'.

   Menakutkan betul perempuan itu.

   "Ha kamu berdua sibuk buat mesyuarat business, ya?" Ochobot dan Taufan meneguk air liur mendengar suara perempuan dari belakang menegurnya. Habislah...

    "Haih. Kenapalah kau pilih orang yang pelik pelik jadi kumpulan kita." Rungut Taufan sambil ketuk ketampi. Tidak fasal - fasal kena jadi ahli sukan di luar kelas.

   Ochobot mempamerkan wajah teruja. "Jadi kau setujulah?"

   Taufan memutarkan bola matanya sambil tersenyum. "Ha yalah."

   "Yay! Dapatlah aku rebut hadiah tu." Ujar Ochobot. Lagak ketuk ketampinya agak menyeramkan.

   Lagi - lagi si Ochobot tu tersenyum seperti watak filem penjahat Melayu sambil ketuk ketampi secara perlahan. Aura dia, fuhh~

   Taufan yang duduk sebelah pun meremang bulu roma sambil buat denda. Pelik - pelik budak sebelah aku ni.


◼️◼️◼️

Next mission : Writterblock

Nooroo : AKU BUNUH KAU NANTI. AKU BUNUH KAU WRITERBLOCK. *Menggila di Hari Raya*

. Inilah saya mampu beri pada kalian. Huhuhu

Lost (BBB) Where stories live. Discover now