16

366 55 21
                                    

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

HARI Minggu mungkin hari biasa pada semua orang tetapi tidak bagi mereka. Hal ini kerana hari ini 'hari kemas rumah' (dikuatkuasakan sejak adik beradik BoBoiBoy tinggal di hostel Fang)!

   Blaze mengeluh. Ingatkan boleh juga berehat ataupun bermain FreeFire . Manalah tahu si Fang lupa hari ini sepatutnya 'hari kemas rumah'. Huhuhu, mimpi sahajalah kalau benar. Tidak guna betul.

   Taufan tersenyum membaca tulisan di tapak tangannya. Jangan risau, dia akan hilangkannya sebelum ambil wuduk!

Tips Pertama Menjadi Gempa :
Gempa selalu serius dalam kemas rumah. Tidak pernah bergurau. Sama seperti Hali.

   "Eh, Taufan!" Blaze merenjis air hasil cuci pinggan ke arah Taufan. Tergelak dia melihat tompokan lembap pada baju Taufan.

   Anehnya, Taufan tidak membalas kembali serangan. Kena disampuk hantukah abang aku?

  "Taufan, kau sakit ke?" Soal Blaze, risau Taufan tidak seperti dirinya yang biasa. Selalunya diorang akan bermain sambil buat kerja.

   Patutlah selalu lambat siap!

   Taufan sebenarnya sudah gatal tangan mahu bergurau sama tetapi demi menjadi seorang Gempa, dia hentikan niat itu. Huhuhu, susah betul jadi Gempa ini, ya?

   "Kemas rumahlah, dahulu. Baru bermain." Taufan berkata tanpa memandang Blaze.

   Tekun benar si Taufan ini melihat setiap inci lantai. Sebolehnya tidak mahu tinggal walau seekor kuman pun.

   Tetapi apa boleh buat, Dettol pun basmi kuman sehingga 99.9% sahaja.

  Blaze menilik muka Taufan. Betulkah ini abang aku? Mana tahu ada makhluk asing culik dan gantikan Taufan dengan robot.

   "Kau kenapa, Ta..." Belum sempat Blaze menanyakan satu soalan pada Taufan, pertanyaannya dipotong Solar.

   "Tepi, tepi. Beri laluan." Solar meletakkan perlahan - lahan pinggan - mangkuk hasil mengutip di luar tamu. "Okay dah. Dah siap kerja, boleh tengok tv!

   Blaze memerhati bayang - bayang Solar yang meninggalkan dapur sebelum mengeluh panjang.

   Dialih pandangannya pada tiga pinggan yang terletak elok di dalam sinki. Anak siapalah yang basuh pinggan tidak reti mahu simpan?

   Saat berganti minit, akhirnya sudah siap mengemop seluruh permukaan lantai di hostel itu (tidak termasuk tandas).

   Taufan  mengeluarkan sisa kotoran yang diserap mop itu. Patutlah Gempa selalu siap kerja terlalu awal! Aku mati - mati fikir dia ada tuntut ilmu ninja daripada Naruto.

Tips Kedua:
Gempa selalu memasak makan malam untuk kami. Kadang - kadang mama masak ataupun papa.

   Ice menutup mulutnya yang ternganga luas seperti Gua Niah. "Seriuslah kau nak masak makan malam ni?"

   Topi dibetulkan sebelum Taufan tersenyum berlagak. "Heh, aku ni pandai masak tau! Cuma... Malas. Hehehe."

   "Abang pasti ke nak kasi Taufan masak. Tak pernah tengok dia masak sebelum ini." Luah Fang  pada abangnya. Terbakar dapur, masalah pula nanti.

  Kaizo menekan - nekan butang pada remote. Diendahkan suara adiknya yang agak bingit pada telinga.

  "Dey, abang Kaizo dengar tak." Gopal berbisik pada Fang.

   Fang mengangkat bahu, dia pun tidak pasti abang dia dengar ataupun tidak.

   Akhirnya, Kaizo menukar siaran pada saluran TV3. "Bagilah dia peluang."

   "Wah." Mata Thorn bercahaya kagum melihat Taufan tangkas mengacau telur. Seperti masterchef yang berpengalaman!

   "Eleh, aku pun boleh buat." Solar berpeluk tubuh. Cemburulah juga, dia sebenarnya tidak pandai memasak ala masterchef pun. Didihkan air bolehlah.

   "Hmm." Blaze menyedut aroma yang menyelerakan . Siap menutup mata lagi! Nampak sangat menikmati bau yang sedap itu.

   Blaze bertanya. "Masak apa tu?"

   Taufan yang mengangkat telur dadar menoleh ke arah Blaze. "Oh, telur dadar dengan ayam masak kicap."

   "Wah." Blaze meluru ke arah kuali yang terisi ayam masak kicap. Ice yang sedang menunggu kuahnya mendidih pun ditolak Blaze ke tepi tanpa si Blaze sedari.

   "Mana kau belajar ni?" Blaze menjilat bibir. Mungkin sudah terbayang lauk itu masuk ke dalam mulutnya.

  "Ala, dulu kan mama ada ajar kita main masak - masak. Abang Gempa dan Abang Hali pun ada juga masakkan untuk kita." Thorn menjawab bagi pihak Taufan.

   Padahal si Thorn tidak tahu yang Taufan bertanya pada Pak Cik Google sebelum bertaekwando di dapur!

Ice yang terjatuh kerana ditolak ke tepi tadi segera bangun. "Mesti sedap kan?"

   Taufan menutup api dapur apabila kuah ayam masak kicap sudah mendidih. Dia mengukirkan satu senyuman.

   Tersentuh juga hatinya melihat masakan itu. Ianya mengingatkan pada masakan Mama dan Gempa.

   Tip Kedua. Done!

Lost (BBB) Where stories live. Discover now