- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau adaKELAS hujung Tingkatan 3 itu riuh rendah kerana tiada guru bertapa di dalam kelas mereka. Jadi, apa lagi? Ambillah kesempatan!
Di sudut kumpulan meja belakang, Blaze, Ice dan Nutt sedang berborak kosong di belakang, begitu juga dengan yang lain. Mentang - mentang lambat lagi mahu PT3, bersenang - lenang kau orang, ya?
Stanley asyik menjeling ke arah Blaze tanpa sedar telah mematahkan pensel kayunya. Mesti beli dengan harga 50 sen ini.
"Stanley. Woi kenapa kau patahkan pensel aku?" Rakan Stanley yang memakai cermin mata mengeluh keras melihat penselnya dipatahkan oleh tangan tembam Stanley. Ini sudah termasuk tiga kali penselnya menjadi arwah.
Haih... Dia memang mahu kena beli pensel tekanlah jawabnya.
Stanley menjuihkan mulutnya pada Blaze." Kau tengok budak tu. Dahlah ganggu girlfriend aku. Selalu main tetapi bila jawab kuiz, selalu dapat markah tinggi."
Rakan Stanley hanya tersengih hambar mendengar luahan cemburu Stanley itu. "Ala, mana tahu dia ulangkaji malam - malam ke. Pasal girlfriend kau tu. Kan Yaya beritahu dia tak ada hubungan dengan Blaze. Tak payahlah risau sangat."
"Tak." Ujar Stanley sebelum bangun dari tempat duduknya. "Entah - entah Yaya menipu."
Mata rakan Stanley membulat. "Woi kau jangan gila pula. Nanti lepas kau belasah dia, kau kan akan lapar. Siapa keluarkan duit untuk belanja kau makan? Aku juga."
Sudah terlambat, tubuh Stanley sudah menghadap Blaze, Ice dan Nutt.
"Ya, kenapa?" Soal Blaze apabila Stanley tiba - tiba datang tidak diundang ke tempat mereka.
"Tidak perlu acah suci sangatlah!" Selepas sahaja Stanley menuturkan kata, Stanley terus menumbuk Blaze tetapi malang tidak mempunyai deria bau atau deria rasa, pipi Ice pula terkena sasaran tumbukan Stanley.
Semua isi dalam kelas kecoh apabila terdapat cecair merah keluar daripada mulut Blaze. Stanley ini sah anak cucu cicit Badang!
"Wey, Stanley buat hal lagi ke?"
"Dulu anak Pak Cik Kokoci kena, sekarang Ice pula."
"Pahal doh Stanley tu. Cemburu buta lagi!"
Stanley mengetap gigi, geram tatkala mendengar suara - suara sumbang mengutuknya. Rasa mendidih hatinya dan aroma marah menyeluruh merasuki badannya.
"Ice, wey, kau okay ke?" Tanya Nutt kepada Ice.
Ice mengangguk, perlahan.
Blaze menyising lengan bajunya. "Apa kau buat dengan adik aku, ha? Tak puas hati cakaplah depan depan!"
"Diamlah!" Herdik Stanley sebelum menghadiahkan satu penampar pada pipi Blaze tetapi sempat ditahan Blaze.
"Korang jangan gaduh kat sini tau. Hari ini, aku yang kemas meja. Kalau korang gaduh, tendang dan tumbuk ala mafia kat sini. Tersenget meja. Aku yang kena kemas. Gaduh esoklah!" Bellbot meminta supaya mereka tidak bergaduh
Risau pula kalau bersepah. Penat nanti dia nak susun meja - meja kembali selepas perlawanan WWE itu berlangsung.
Hish, tidak ikhlas langsung budak ini buat kerja!
"Diamlah!" Bellbot menutup mata sambil tersenyum, redha dimarah oleh dua rakan sekelasnya itu.
Tidak mengapalah, Bellbot. Nasib kaulah.
"Kau dahlah rampas girlfriend aku kat kelas sebelah! Kurang ajar kau kan." Stanley terus menendang perut Blaze sehingga terundur Blaze ke belakang.
Blaze terbatuk - batuk. Terasa senak perutnya!
Rakan Stanley memegang lengan Stanley. "Wey, dahlah. Nanti mati pula Blaze tu."
Stanley meronta dari pegangan Stanley. "Ah, aku tak puas hati lagi dengan dia!"
Stanley mendekati Blaze. "Cepatlah lawan! Cepat! Rampas girlfriend orang, cerdik. Ilmu lawan langsung tak da!"
Tiba - tiba kedengaran suara berbaur kemarahan datang dari Blaze. "Aku..."
"Apa? Apa?"
Blaze mengangkat muka. Terserlah matanya yang seolah berapi. "Aku tak pernah rampas girlfriend kaulah!"
...
"Assalamualaikum kami dari kumpulan Oitu. Hari ini kami akan persembahkan projek Sains kami iaitu projek Roket Terjun!" Suasana kelas sunyi seketika setelah Ayuyu perkenalkan diri.
Ayuyu memandang semua pelajar di dalam kelas itu. "Woi, tepuk tanganlah! Diam kenapa?"
Kelam kabut seisi kelas 3 Wibawa menepuk tangan, termasuk Cikgu dan ahli kumpulan pun turut bertepuk sama.
Gangster betullah Ayuyu ini.
"Kenapalah kau bagi Ayuyu join kumpulan kita?" Taufan berbisik pada Ochobot.
"Dia walaupun perangai mafia, dia buat kerja tip top tau." Jawab Ochobot. Dia pun gerun jugalah dengan Ayuyu. Menyesal pula ambil dia jadi ahli kumpulan untuk projek Sains.
"Baiklah. Roket Sains ini..." Penerangan Taufan terhenti apabila kedengaran bunyi ketukan pada pintu kelas.
"Kenapa, ya?" Tanya Cikgu Timie.
"Abang Taufan." Pelajar itu bersuara. "Pergi bilik pengetua. Blaze gaduh."
YOU ARE READING
Lost (BBB)
Fanfiction🌟 L o s T 🌟 (BoBoiBoy Fanfic) ... "Hilang" ➡️ Ertinya sesuatu yang sudah tidak boleh dijumpai atau dipertemukan yang anda tidak mampu mengawalnya ... Apa maksud di sebalik air mata yang mengalir ini? Selepas ibu ayah aku pergi... abang - aba...