17

333 51 2
                                    

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang.
Baik jaga apa yang kau ada

MANIK peluh yang jatuh pada pipi dilap perlahan. Taufan mengeluh penat. Tidak pernah lagi buat kerja secara istiqamah begini.

   Blaze yang baru selesai membasuh pinggan menghampiri Ice. "Wey betul ke tu abang kita. Perangai pelik sejak akhir - akhir ni. Macam... Gempa pula."

   "Ice, kau dengar tak? Ice?" Blaze membuat muka toya mendengar dengkuran yang dikeluarkan kotak suara Ice. Digoncangkan bahu Ice dengan kuat bagai antara hidup dan mati.

   Buka sahaja mata, Ice terasa bahunya digoncangkan dengan kelajuan maksima. "Apaaaahal niii."

  "Apa benda korang ni." Ochobot menegur dua beradik itu.

  Tiba - tiba Blaze mengheret Ochobot dan Ice sebelum membawa dua orang temannya itu ke belakang gerai Tok Aba. Mahu patah tangan Ochobot diheret kasar sebegitu.

   Ochobot melarikan tangan Blaze yang memegang tangannya. "Kenapa heret - heret ni?"

   "Kau perasan tak, tadi aku ajak Taufan bergurau. Dia tak nak. Macam bukan Taufan je." Blaze menceritakan keanehan tingkah laku abangnya.

   "Alah, takkan nak main je 24 jam dan 7 hari seminggu kot?" Ochobot menyangkal rasa curiga Blaze itu.

   "Tapi Taufan mana pernah serius. Dia kan tergolong dalam kalangan Trio TroubleMaker?" ujar Ice sekaligus mematahkan hujah Ochobot. Yalah, Ice dan Blaze lebih kenal Taufan daripada Ochobot. Adik beradik, bukan?

   Ochobot mengerutkan dahi. " Trio TroubleMaker. Apa benda tu?"

  " Taufan! Mari sini. "Suara Pak Cik Ato memanggil Taufan kedengaran.

   Tiga manusia yang berada di belakang kedai Tok Aba menjenguk mencari kelibat suara tersebut.

  " Eh, kenapa Pak Cik Ato panggil Taufan." Mata Blaze terbeliak seketika." Taufan kena dinaikkan gaji sebab kerja dengan serius ke?"

   "Ah, mustahil!" Ochobot jatuh terduduk. Lagaknya seperti ditolak tawaran bekerja oleh syarikat terkemuka di Malaysia. Siap mengesat air mata palsu lagi!

   Ice hanya memandang mereka berdua dengan muka menoya. Gila gaji betullah budak berdua ini.

   "Kenapa?" Taufan datang menghadap Pak Cik Ato.

   Pak Cik Ato menegur kelainan Taufan hari ini. "Eh, kenapa kamu serius sahaja hari ini."

   Taufan kehilangan kata - kata sebentar. Eh, selama ini aku main - mainkah semasa melakukan tugas? Oh, adalah dia mengenakan Ochobot dengan letak lipas dalam bajunya.

   "Kamu okay?" Tanya Pak Cik Ato, persis seorang bapa menanyakan masalah pada anaknya.

   "Erm." Taufan memandang rumput. Entah kenapa nampak sangat cantik sahaja rumput pada hari ini.

  "Saya tak tahulah. Adik saya rindu sangat pada arwah abang - abang saya. Saya ingatkan kalau berubah jadi Gempa, terubatlah juga rindu diorang pada arwah."

   Pak Cik Ato mengukirkan senyuman. "Jadi apa kamu rasa sekarang?"

   Taufan mengangkat bahu. Dia sendiri pun tidak tahu tindakannya betul atau tidak.

   "Kadang kadang perkara yang paling terbaik untuk kita adalah jadi diri kita sendiri. Itulah yang paling terbaik." Pak Cik Ato membuat simbol 'terbaik' pada akhir kata.

   Taufan memandang telapak tangannya. Betulkah?


🌟🌟🌟

Hasil writterblock hari ini

Lost (BBB) Where stories live. Discover now