11

369 58 18
                                    

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

TAUFAN menyanyi kecil sambil menyapu lantai dapur. Nyanyian itu terhenti apabila bahunya dipukul kuat oleh Blaze.

   "Kau kenapa, Blaze?" Taufan menggosok bahunya dengan batang penyapu.

   Blaze menunjukkan jam di tangannya. "Hei, kita kan kena pergi kerja sebelum pukul 3:00 petang. Nanti membebel pula si Ochobot tu."

   Ochobot bukankah 'cucu angkat Tok Aba'? Sudahlah gila kuasa orangnya. Kalau lambat sikit walaupun satu saat kena denda.

   "Huargh. Kan ada boss kat depan tu." Ice menuding jari ke ruang tamu. Cepat - cepat Taufan dan Blaze memukul jari Ice, tidak mahu Kaizo mengesyaki apa - apa.

   "Erm, perkenalkan ni Kaizo, abang aku." Fang memperkenalkan abangnya di hadapan adik beradik BoBoiBoy dan Gopal. Suasana ini seperti menerima pelajar baru.

   Fang beralih pada adik beradik BoBoiBoy. "Abang, nilah adik - adik Gempa."

   Suasana sunyi seketika. Si Blaze sudah tertanya kenapa diorang asyik main bertentang mata ini.

   Setelah tiga kali cengkerik berbunyi, Fang cepat - cepat mengambil beg dan keluar dari rumah itu sekali dengan Gopal. Kurang ajar betul.

  " Kitaorang ada kelas. Bye!"

   (Fang kena pindah bilik Gopal sebab bilik Fang tu sebenarnya bilik Kaizo. Padan muka kau, Fang.)

   Tercengang enam beradik itu melihat gelagat Fang dan Gopal yang kelam - kabut lari seperti dikejar pengutip hutang. Pandangan beralih pada Kaizo.

   Wajah Kaizo masam memandang mereka. Ini tak suka ni.

   "Korang tak da kerja kan?"

   "Tak nak aku." Taufan meluahkan pendapatnya. Sebentar tadi, keluar ikut pintu belakang (pintu dapur) sekarang kena ikut idea gila Blaze pula.

   "Buat jelah. Ini supaya gaji kita tak ditolak." Gesa Ice. Matanya meliar mencari kelibat Kaizo. Matilah kalau tiba - tiba mood Kaizo mahu menjenguk halaman rumah.

   Taufan mengeluh. Mahu tidak mahu terpaksalah juga.

   Ying yang sedang menyiram tanaman terkejut melihat tiga orang manusia tiba - tiba muncul naik tembok rumahnya.

   Taufan, Blaze dan Ice cepat - cepat turun dan keluar mengikut pintu pagar rumah Ying.

   Ying memandang mereka dengan pandangan terkebil - kebil. "Apa benda diorang buat ni?"

...

   Taufan, Blaze dan Ice tiba dalam keadaan termengah - mengah. Orang sekeliling memandang mereka. Kenapa dengan diorang ini? Baru lepas merentas desa ke apa?

   "Tok, ki... kitaora... kitaorang tak lambat kan?" Soal Blaze dengan ayat yang tersangkut - sangkut. Kena kejar dengan anjing ke dalam perjalanan ke sini?

   "Taklah. Awal seminit apa." Jawab Tok Aba sambil tersengih. Terharu sebentar. Sanggup diorang lari semata - mata nak pergi kerja di kedai aku?

   "Mana Ochobot?" Tanya Ice sambil matanya mencari kelibat Ochobot. Nanti kena buat kerja berlebihan, tertidur aku atas meja pelanggan.

   "Oh dia demam. Atuk dia jaga dia." Jawapan Tok Aba menimbulkan pertanyaan pada mereka bertiga.

   "Atuk dia?"

  "Ya atuk dialah. Klamkabot."

   Ketika itu, rasa geram menyeluruh dalam diri. Tidak guna betul. Selama ini mereka dibohongi? Tunggulah kitaorang  kejar Ochobot pakai parang.

   "Oh, tapi hari ni anak Tok balik. Yang tengah kemas meja tu. Nama dia Pak Cik Ato." Tok Aba menjuih mulut ke arah Ato yang tengah mengambil pesanan pelanggan.

   Blaze mengecilkan matanya. Seperti dia pernah lihat wajah lelaki itu tetapi di mana ya? "Oh, aku pernah terlanggar dia masa kat stesen kereta api tu."

  "Huargh... Bila?" Tanya Ice sambil mengambil dulang dari Tok Aba.

   "Masa aku teman Thorn beli air."

   Taufan yang tidak mendengar perbualan mereka sebaliknya meneliti wajah Pak Cik Ato. Kenapa macam aku rasa ada hubungan rapat dengan pak cik tu? Atau perasaan aku sahaja?

Lost (BBB) Where stories live. Discover now