SUAPAN ke dalam mulut Hang Kasa terhenti setelah dia terdengar suara jeritan halus milik isterinya dari belakang rumah.
Tanpa mencuci tangan ataupun mulut, Hang Kasa mengorak langkah berlari menuju ke bahagian dapur.
"Kenapa ni, Puteri?" Hang Kasa menyoal apabila bertemu dengan belakang tubuh isterinya.
KuPuteri menunjukkan ke arah tujuh adik beradik yang sedang tidur di atas pangkin. Tidak sejukkah mereka? Paling membuatkan hati KuPuteri tersentuh apabila terdapat dua orang bayi di sisi mereka.
"Adik, bangun. Adik..."
Ice perlahan - lahan membuka matanya. Pemandangan pertama ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang menatap erat wajahnya.
Ice menonyoh - nonyoh matanya. Dia sempat menguap beberapa kali sebelum bertanya. "Mak Cik ni siapa?"
Hang Kasa dan KuPuteri saling berpandangan. Setelah mendapat persetujuan masing - masing, barulah KuPuteri bersuara.
"Ini Mama." Jari runcing KuPuteri menunjukkan ke arah dirinya sendiri sebelum beralih ke arah suaminya. "Ini... Papa."
"Adik siapa?"
"BoBoiBoy Ice."
Hang Kasa tersenyum. "Mulai sekarang papa dan mama akan jaga adik beradik BoBoiBoy."
YOU ARE READING
Lost (BBB)
Fanfiction🌟 L o s T 🌟 (BoBoiBoy Fanfic) ... "Hilang" ➡️ Ertinya sesuatu yang sudah tidak boleh dijumpai atau dipertemukan yang anda tidak mampu mengawalnya ... Apa maksud di sebalik air mata yang mengalir ini? Selepas ibu ayah aku pergi... abang - aba...