03

370 28 0
                                    

"Dah dua hari Daehyun hilang takkan pihak polis tak jumpa lagi? Aku risau lah, kalau terjadi apa-apa dekat adik aku macam mana? Omma aku asyik menangis je sekarang." Ujar Jaehyun, abang kepada Daehyun.

Abang mana yang tak risau jikalau mengetahui adik nya hilang tanpa jejak. Jaehyun memandang Jungwoo dan Doyoung bersilih ganti. Doyoung mengeluh perlahan. Jungwoo pula, mata nya memerah menahan tangisan. Luluh hati nya mendengar berita bahawa kekasih hati nya hilang dua hari yang lepas.

"Sabarlah. Polis tengah usaha cari Daehyun sekarang ni." Ujar Doyoung.

"Aku takut, Hyung."

"Takut? Kenapa?"

Jaehyun dan Doyoung memandang Jungwoo yang teragak-agak mahu membuka mulut. Dari riak wajah Jungwoo nampak seperti dia dalam keadaan susah.

"Sebelum ni Daehyun pernah bagitahu aku yang ada seseorang asyik bagi dia nota dan bunga. Dalam nota tu dia selalu tulis dia cintakan Daehyun. Aku takut dia buat sesuatu yang buruk dekat Daehyun."

"Kau tahu siapa yang bagi nota tu?"

Jungwoo menggeleng. Lagipun Daehyun juga tidak mengetahui nya apatah lagi dia. Jaehyun meraup rambut nya perlahan. Doyoung menepuk bahu Jaehyun bagi menenangkan nya.

"Jangan risau, aku yakin Daehyun takkan apa-apa." Kata Doyoung perlahan.

Jungwoo mengganguk. Dia mula termenung jauh. Sudah buntu dia mahu memikirkan dimana Daehyun berada sekarang. Cuma dia berharap tiada sesuatu yang buruk berlaku terhadap gadis itu. Tanpa dia sedar, air mata nya mula menitis membasahi pipi.

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now