20

262 31 0
                                    

Daehyun Pov

Perlahan-lahan aku membuka mata ku. Aku memegang kepala ku yang berdenyut-denyut lalu menoleh ke arah Jungwoo sekilas. Aku tak sanggup nak tengok muka dia sekarang ni.

"M-maafkan Oppa, Daehyun. Oppa tak patut buat Daehyun macam tu tadi." Ujar Jungwoo setelah menyedari aku sudah terjaga. Tangan ku diraih lembut oleh nya. Aku berdehem perlahan.

"Saya maafkan awak." Jungwoo tersenyum setelah mendengar nya. Aku hanya memerhati tingkah laku nya. Tipu lah kalau aku cakap aku tak rindu dengan senyuman dia.

Aku cuba untuk turun dari katil namun Jungwoo pantas menghalang tindakan aku. Aku mencebikkan bibir memandang nya.

"Awak kena rehat nanti pengsan pula macam mana?" Soal Jungwoo dengan nada risau.

"Tak apa saya okay." Jawab ku lalu turun dari katil. Aku bergerak perlahan-lahan.

"Awak nak pergi mana sebenar nya ni?" Soal Jungwoo lagi lalu memegang tangan ku.

"Saya nak pergi tengok J-jaemin..." Jungwoo berhenti seketika. Aku harap dia tak marah. Aku cuma nak pastikan Jaemin okay.

"Dah jom." Jungwoo menolong ku untuk bergerak dan kami pun menuju ke arah wad Jaemin.

Sampai nya di wad Jaemin, mata ku memandang ke arah Chenle yang sedang sibuk meneliti keadaan Jaemin. Selepas beberapa minit, dia pun keluar dan mendekati ku.

"J-jaemin okay?" Aku bertanya kerana risau. Chenle mengukirkan senyuman.

"Dia okay dan pembedahan berjalan dengan lancar. Kalau awak nak tengok dia, boleh je tapi dia belum sedar sepenuh nya buat masa sekarang. Saya minta diri dulu ya, ada hal." Kata Chenle lalu berlalu pergi.

Aku menghela nafas lega. Perlahan-lahan Jungwoo membantu ku untuk berjalan masuk ke wad. Aku melabuhkan punggung ku di atas kerusi berdekatan dengan katil Jaemin.

"Oppa keluar dulu." Jungwoo mengukirkan senyuman dan berjalan keluar. Aku hanya memerhati dengan senyuman yang tidak pudar di bibir ku.

Aku menatap sayu wajah Jaemin. Dia sedang tidur lena. Aku memegang tangan nya lembut. Tanpa aku sedar, perlahan-lahan air mata ku menitis dan jatuh ke tangan nya. Bila awak nak bangun? Saya rindu nak dengar suara awak Jaemin.

End Pov

• • •

Daehyun duduk berbaring di atas sofa. Sekarang dia berada di rumah Jungwoo. Dia mengeluh berat. Di dalam fikiran nya hanya muncul wajah Jaemin.

"Daehyun? Jom makan." Ujar Jungwoo lalu mengukirkan senyuman di bibir nya.

Daehyun mengganguk perlahan. Dia bangun dari pembaringan nya dan berjalan menuju ke arah meja makan. Dia melabuhkan punggung nya di atas kerusi.

"Makan banyak-banyak tau."

"Awak masak semua ni?" Soal Daehyun hairan kerana begitu banyak makanan yang berada di atas meja makan ini. Jungwoo mengganguk laju.

Daehyun tersenyum kecil. Dia menikmati makanan yang dimasak oleh Jungwoo dengan berselera.

"Daehyun?" Panggil Jungwoo perlahan. Daehyun mengangkat muka nya dan memandang Jungwoo lama.

"Boleh Daehyun cerita kan dekat Oppa, apa yang terjadi sebenar nya?"

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now