08

312 32 0
                                    

Daehyun memegang belakang badan nya yang berasa sakit kesan libasan Jaemin semalam. Hampir terkoyak isi kulit nya. Darah tidak berhenti keluar. Dia menghela nafas berat. Susah mahu merawat luka dibelakang badan nya.

"Auww." Jeritan kecil keluar dari mulut gadis ini kerana dia menyentuh luka dibelakang nya. Tanpa dia sedar, air mata sudah pun mengalir membasahi pipi.

Sakit yang tak terhingga. Terasa sakit untuk menyandarkan badan. Dia mula berasa lenguh. Perlahan-lahan Daehyun melentokkan kepala nya di atas bantal kecil. Air mata dibiarkan mengalir. Rasa benci terhadap Jaemin membuak-buak.

Krek!

Bunyi pintu bilik ini dibuka dari luar. Daehyun hanya mengabaikan nya kerana dia tahu Jaemin yang berjalan menuju ke arah nya. Lelaki itu duduk dihadapan Daehyun. Daehyun menjeling Jaemin sekilas lalu mengalihkan pandangan nya.

Daehyun dapat dengar Jaemin mengeluh perlahan. Dia juga perasan ditangan lelaki itu terdapat satu botol ubat.

"Sakit lagi tak?" Tanya Jaemin secara lembut.

Daehyun hanya mengabaikan nya. Dia tanya sakit ke tak? Mahu sahaja tangan Daehyun menampar pipi lelaki ini. Jaemin langsung tidak berasa serba salah.

Tiba-tiba, baju Daehyun ditarik perlahan oleh Jaemin. Membulata mata gadis itu dengan tindakan Jaemin. Belakang nya terdedah. Tangan Daehyun laju menghalang Jaemin.

"Biar aku yang rawat belakang kau." Ujar Jaemin lalu meletakkan ubat disekitar belakang Daehyun.

Daehyun meringis sakit perlahan. Sakit masih terasa sehingga menyebabkan Daehyun tidak dapat menahan lagi. Dia melarikan badan nya dan menggeleng laju. Jaemin hanya memandang nya.

"Kenapa ni sayang? Aku tak habis letak lagi."

"Tak apa...saya boleh buat sendiri."

"Aku tahu kau tak boleh. Biar aku yang buat, Daehyun. Kenapa? Kau malu dengan aku ke? Aku dah tengok semua nya kan. Dah mari sini."

Jaemin mendekati Daehyun dengan senyuman sinis dibibir nya. Daehyun menggeleng laju. Dia memeluk tubuh nya. Dia menepis tangan Jaemin kasar yang cuba menyentuh nya. Jaemin terdiam sebentar.

Tiba-tiba badan Daehyun dipeluk erat oleh Jaemin. Terkaku Daehyun dibuat nya. Tangan Jaemin mengusap rambut Daehyun perlahan. Dia mencium dahi Daehyun lama. Daehyun terkaku tanpa bergerak.

Jaemin memegang muka Daehyun lalu memandang lama anak mata gadis ini. Daehyun dapat lihat mata Jaemin seperti menahan tangisan.

"Aku minta maaf. Aku tak patut buat kau macam ni semalam. Maafkan aku, Daehyun. Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau. Aku tak nak kau tinggalkan aku."

Daehyun hanya mampu mendiamkan diri. Hati nya berasa tidak tenang. Sukar untuk dia memaafkan lelaki ini. Terlalu berat bagi nya. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tidak sanggup melihat wajah Jaemin menangis, merayu, meminta maaf terhadap nya.

"Lepas Jaemin." Ujar Daehyun tanpa memandang wajah Jaemin.

"Tak nak selagi kau tak maafkan aku."

Daehyun mengalihkan pandangan nya ke arah Jaemin. Tangan nya digenggam menahan marah. Dia menolak tubuh Jaemin sehingga terdorong ke belakang menjauhi nya. Dia menunding jari kepada lelaki ini.

"Maafkan awak? Awak ingat senang ke hah?! Dengan apa yang awak buat dekat saya?! Hati saya sakit, Jaemin! Saya tak nak tengok muka awak dekat sini! Keluar!"

Serta-merta Daehyun menjerit kepada Jaemin. Jaemin nampak terkilan dengan perbuatan Daehyun. Dia senyap tanpa mengeluarkan kata-kata. Dia cuba mendapatkan Daehyun semula.

"Keluar!! Awak tak faham ke?!"

"Okay aku keluar tapi aku nak kau tahu satu benda. Aku buat semua ni untuk kau! Aku sayang kau, Daehyun."

Jaemin melangkah keluar dari bilik ini sebaik sahaja selesai bercakap. Daehyun mengesat air mata nya yang mengalir. Dia berpeluk tubuh. Sayang? Kalau sayang, lelaki ini takkan sanggup membuat nya begini. Daehyun memegang kepala nya yang sakit secara tiba-tiba. Pandangan nya mula gelap. Dia terjatuh ke lantai dengan mata yang tertutup. Apa yang terjadi?

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now