11

288 29 0
                                    

"Sayang, cuba rasa ni." Ujar Jaemin dengan teruja lalu menghidangkan sepotong kek coklat kepada Daehyun. Daehyun terus menyuapkan sesudu kek coklat ke dalam mulut nya. Dia mengunyah dengan gembira.

Jaemin tersenyum. Gembira dia melihat gadis yang dicintai nya ini tersenyum saat menikmati kek coklat yang dibeli nya. Jaemin hanya memerhati tingkah laku gadis ini.

"Macam mana? Sedap tak?" Tanya Jaemin.

"Sedap sangat awak!" Jawab Daehyun teruja.

Jaemin tersenyum sekali lagi. Dia menelan air liur perlahan. Haih dia juga teringin untuk merasa kek ini namun dia hanya membiarkan saja. Baik bagi Daehyun makan dulu. Gadis itu mula mengangkat muka memandang Jaemin.

Jaemin mengangkat kening nya. Hairan juga dia melihat Daehyun berhenti menyuapkan kek coklat kedalam mulut nya.

"Awak nak rasa tak kek ni?"

"Sayang makan lah dulu. Oppa boleh makan nanti."

"Awak tak nak makan dengan saya ke? Mari saya suapkan. Rugi tau awak tak rasa kek ni."

Daehyun membuat muka comel nya. Jaemin tergelak kecil. Ini lah sifat Daehyun yang sebenar. Sudah lama dia tidak melihat gadis ini seperti ini. Daehyun terus menyuapkan sesudu kek coklat ke dalam mulut Jaemin. Jaemin mengunyah perlahan lalu mengganguk.

"Wah. Betul lah sayang, kek ni memang sedap. Nak tambah lagi tak?"

"Nak!"

Jaemin bangun dari kerusi nya dan membuka peti ais. Dia mengambil sekotak lagi kek coklat. Mujur dia beli banyak. Dia meletakkan kek coklat tersebut dihadapan Daehyun. Daehyun terus membuka nya dan menikmati kek coklat tersebut.

Jaemin tersenyum tipis. Daehyun memang tak ubah macam ibu mengandung yang mengindam. Hati nya mula timbul rasa bersalah. Patut ke dia bagitahu kepada Daehyun bahawa gadis itu sedang mengandungkan anak nya sekarang? Apa perasaan Daehyun nanti? Dia mula termenung jauh bila memikirkan nya.

• • •

Jaemin Pov

"Rasa nak muntah lagi tak, sayang?" Aku bertanya dengan risau. Lepas Daehyun makan kek coklat terus dia muntah-muntah. Aku dapat lihat Daehyun menggeleng perlahan.

Aku mendukung badan Daehyun lalu diletakkan terbaring diatas katil. Kepala Daehyun aku urut perlahan. Dia memejam kan mata nya sambil mengurut dada nya untuk mengurangkan rasa untuk muntah.

Aku mula menyapu minyak angin. Mungkin ini boleh melegakan nya untuk sementara waktu. Kesian pula aku rasakan. Aku mencium dahi Daehyun sekilas.

"A-awak? Kenapa saya selalu rasa nak muntah?" Tanya Daehyun perlahan-lahan.

"Sayang salah makan kut. Jangan risau lah nanti okay lah." Jawab ku bimbang.

"Ke s-saya m-mengandung?"

Daehyun terbangun dari pembaringan nya sebaik sahaja dia mengungkap kan perkataan tersebut. Aku mula rasa bersalah. Sepatut nya aku bagitahu Daehyun awal-awal.

Mata Daehyun mula berkaca. Aku cuba memeluk bahu nya namun dia menepis dengan kasar. Dia memandang ku tajam.

"Saya tak nak anak ni! Saya nak gugurkan dia sekarang!" Jerit Daehyun secara tiba-tiba. Dia mula meracau.

"Tak sayang! Sayang tak boleh buat anak kita macam ni!" Aku cuba memeluk nya erat. Daehyun menangis didakapan ku sambil meronta-ronta.

"Awak dah rogol saya dan sekarang saya mengandung! Jungwoo mesti akan bencikan saya sebab saya dah mengandungkan anak awak! Saya tak nak semua ni!"

"Sayang?! Dengar ni. Aku janji.....aku akan bertanggungjawab. K-kita kahwin? Aku betul-betul cintakan kau, Daehyun. Please, bagi aku peluang terakhir untuk jaga kau dengan anak kita."

Aku memegang wajah Daehyun. Daehyun terdiam. Dia menangis teresak-esak. Dia masih cintakan Jungwoo dari aku. Aku memeluk nya erat kedalam dakapan ku. Aku mencium dahi nya lama. Aku tak sanggup tengok dia menangis lagi.

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now