17

248 34 1
                                    

"Awak, bangunlah." Ujar Daehyun perlahan. Dia menepuk lembut bahu Jaemin supaya lelaki ini bangun dari tidur nya.

Perlahan-lahan Jaemin membuka mata nya. Serta-merta dia memegang kepala nya yang terasa pening. Daehyun segera mencapai segelas air yang berada di atas meja lalu dihulurkan kepada Jaemin.

"Minum air masak ni dulu."

Jaemin meneguk air masak tersebut lalu menghela nafas perlahan. Daehyun menggosok perlahan belakang Jaemin secara lembut. Secara tiba-tiba, Jaemin menekup mulut nya. Dia berlari masuk ke dalam bilik air. Daehyun mengikuti lelaki ini dari belakang dengan wajah yang risau.

"Awak kenapa ni?" Tanya Daehyun perlahan sambil menggosok belakang Jaemin.

Alangkah terkejut nya Daehyun selepas melihat darah yang keluar dari mulut Jaemin. Jaemin terkulai layu di atas lantai.

"J-jae kenapa mulut awak berdarah ni? Awak okay tak? Please jangan buat saya risau macam ni."

"A-aku o-okay."

Bibir Jaemin mengukirkan senyuman tipis. Daehyun segera mencapai tisu lalu mengelap mulut lelaki ini. Perlahan-lahan dia menolong Jaemin untuk bergerak dan menuju ke katil semula.

"Awak tunggu sini kejap, saya pergi ambil ubat."

Baru sahaja Daehyun ingin melangkah, tangan nya dipegang oleh Jaemin. Daehyun pantas menoleh ke arah lelaki ini.

"J-jangan t-tinggalkan a-aku."

"Saya takkan tinggalkan awak, Jaemin. Tunggu nanti saya naik semula."

Perlahan-lahan Jaemin melepaskan tangan Daehyun. Gadis itu terus keluar dari bilik Jaemin. Jaemin hanya memerhati dari jauh. Tanpa dia sedar, air mata nya mula menitis membasahi pipi.

"Maafkan aku, Daehyun."

• • •

Daehyun Pov

"Rasa sakit lagi tak?" Tanya ku perlahan. Jaemin menggeleng lalu tersenyum tipis. Sungguh aku betul-betul risaukan dia sekarang. Wajah dia pun nampak sangat pucat.

Jaemin meraih lembut tangan ku. Aku hanya memandang nya dengan wajah yang sayu. Dia hanya tersenyum. Haih macam mana dia boleh senyum walaupun dia tengah sakit.

"A-aku tak nak kau sedih sebab aku."

"Mana ada saya sedih sebab awak?"

"Kau tak boleh tipu aku, Daehyun."

Aku terdiam seketika. Betul lah apa dia cakap tu. Haih tapi kenapa aku sedih. Apa kena dengan aku ni? Jaemin masih lagi menggengam tangan ku. Haih kalau aku suruh dia lepas, rasa serba-salah pula. Aku tak nak sakitkan hati dia lagipun dia tengah tak sihat.

Perlahan-lahan tangan Jaemin mengusap perut ku secara lembut. Aku mengetap bibir ku perlahan. Dia mengukirkan senyuman tanda gembira.

"Anak Appa nakal tak? Cepat keluar tau, Appa tak sabar nak tengok anak Appa ni." Ujar nya lalu tersengih.

Jaemin mengangkat muka nya dan memandang ku lama. Hairan pula aku dibuat nya. Mata dia nampak sedikit berkaca. Haih takkan dia nak menangis pula. Jangan lah dah lah aku ni kuat emo.

"Janji dengan aku."

"Apa dia, Jaemin?"

"Janji dengan aku yang kau akan jaga anak ni macam nyawa kau sendiri."

"S-saya janji."

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now