23

407 41 4
                                    

Jaemin Pov

"Kau ni memang tak pandai buat kerja ke apa hah?! Lain yang aku nak, lain yang kau buat. Haish dah keluar sekarang." Ujar ku dengan nada marah.

Pekerja aku itu hanya menundukkan kepala nya dan terus melangkah keluar. Aku mengeluh berat lalu memegang kepala ku yang terasa pening. Haish aku lupa, aku tak makan lagi ubat.

Sejak aku bekerja di syarikat Appa, hidup aku dah berubah 360 darjah. Semua nya berbeza, sama seperti hidup aku. Tanpa membuang masa, aku terus mencapai ubat yang berada di dalam laci lalu ditelan perlahan-lahan.

Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap, wajah Daehyun bermain-main di fikiran ku. Agak nya apa yang dia buat sekarang? Bibir aku hanya mengukirkan senyuman. Apa lagi, mesti lah dia dah bahagia dengan Jungwoo.

Klik!

Bunyi kamera mengejutkan aku, pantas aku menoleh ke belakang. Haih si Chenle rupa nya. Dia ketawa perlahan sambil melihat gambar aku yang baru ditangkap nya tadi.

"Wah sebiji macam model." Ujar Chenle lalu melabuhkan punggung nya di atas kerusi.

"Kenapa tak cakap dekat aku yang kau nak mari?"

"Aku malas nak kacau kau lagipun aku tahu kau sibuk apatah lagi aku. Dah jom lah teman aku lunch hari ni."

"Kau pergi lah dulu, nanti aku turun. Aku nak selesai kan kerja aku dulu."

Chenle hanya mengganguk perlahan lalu melangkah keluar. Aku pantas menyusun fail-fail yang berselerak di meja ku lalu mencapai telefon bimbit ku.

End Pov

• • •

"Sayang! Cepat sikit nanti lambat!"

Panggilan dari Jungwoo menyapa telinga Daehyun yang sedang sibuk bermake-up, pantas gadis itu mencapai beg berwarna kuning nya dan bergegas menuruni anak tangga.

"Sayang, hati-hati lah sikit. Nanti jatuh macam mana?" Daehyun hanya tersenyum.

"Eleh tadi awak juga yang suruh saya cepat kan? Dah jom, kesian Minhee tunggu nanti."

Jungwoo hanya mengukirkan senyuman tipis lalu memegang erat tangan Daehyun. Mereka berjalan menuju ke kereta.

• • •

"Omma! Appa!" Jerit Minhee dari jauh.

Anak kecil itu berlari menuju ke arah pasangan suami isteri itu. Dipeluk erat tubuh ibu bapa nya itu.

Daehyun dan Jungwoo melabuhkan ciuman di kedua-dua belah pipi anak kecil itu.

"Omma! Nak pergi jalan-jalan dekat taman boleh?" Soal anak kecil itu.

"Mestilah boleh, sayang." Jawab Daehyun perlahan.

"Nanti Appa belanja Minhee ais krim nak?"

"Nak!"

Terus anak kecil itu memeluk erat tubuh Jungwoo  sambil berjalan menuju ke kereta. Daehyun hanya mengeluh perlahan.

Sekelip mata, tangan Daehyun diraih perlahan oleh Jungwoo. Lelaki itu masih bergurau mesra dengan Minhee. Perlahan-lahan bibir Daehyun menguntumkan senyuman. Dia langsung tidak mahu melepaskan tangan lelaki itu.

🌷

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now