09

309 29 1
                                    

"A-apa jadi dekat saya?" Tanya Daehyun perlahan sebaik sahaja terbangun dari tidur nya. Kepala nya kembali berdenyut laju. Wajah Jaemin dipandang lama.

"Sayang pengsan semalam." Jawab Jaemin.

Daehyun terdiam sebentar. Pengsan? Mungkin dia terlalu penat dengan semua ni. Perut nya juga berasa kurang selesa. Tiba-tiba dia terasa ingin muntah. Pantas dia bangun dan menuju ke bilik air. Jaemin yang melihat nya segera mendapatkan gadis ini.

Jaemin menggosok belakang Daehyun perlahan. Gadis ini memuntahkan segala isi perut nya. Akhir nya dia jatuh terduduk diatas lantai. Jaemin segera mendukung Daehyun lalu keluar dari bilik air. Dia meletakkan Daehyun diatas katil semula lalu memicit kepala gadis ini perlahan.

"K-kenapa dengan s-saya?" Tanya Daehyun tersekat-sekat. Dia menahan untuk tidak muntah.

Jaemin diam. Dia langsung tidak menghiraukan pertanyaan dari gadis ini. Pelik Daehyun dibuat nya. Jaemin masih memicit kepala gadis ini tanpa berkata apa-apa. Daehyun senyap. Pening dia mahu bertanya lagi.

"Sayang kena makan sikit." Ujar Jaemin lalu mengambil semangkuk bubur.

Daehyun menggeleng. Sejujur nya dia langsung tidak berselera untuk makan. Tekak nya asyik berasa loya. Jaemin mengeluh perlahan. Dia cuba memujuk Daehyun semula.

"Makan please. Tak elok kalau perut awak tu kosong."

"Saya tak nak."

"Sayang please."

"Saya cakap tak nak kan!"

Jaemin meletakkan mangkuk bubur ke atas meja semula. Dia mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Muka nya seperti berkerut menahan sakit. Daehyun yang perasan nya mula cemas melihat Jaemin memegang dada nya.

"A-awak kenapa ni?" Tanya Daehyun risau.

"Tak apa. Aku okay." Jawab Jaemin secara perlahan.

"Sayang makan okay. Aku nak turun bawah kejap."

Jaemin bangun dari tempat duduk nya dan melangkah keluar dari bilik. Dia masih lagi memegang dada nya. Hairan Daehyun melihat nya. Kenapa dengan lelaki ini? Daehyun memandang sekilas ke arah semangkuk bubur. Dia segera mencapai mangkuk tersebut lalu menyuapkan bubur kedalam mulut nya. Dia mengunyah perlahan lalu termenung jauh.

• • •

Jaemin Pov

Aku mendail nombor seseorang dengan laju. Mata ku tidak lepas memandang pintu bilik Daehyun. Mana tahu kalau dia keluar secara tiba-tiba. Dada ku yang terasa sakit menyebabkan aku sukar bernafas.

"Hello? Ada apa call aku ni?"

"Bawa ubat tahan sakit sekarang. Cepat! Aku tak boleh tahan lagi."

"Tunggu! Nanti aku datang."

Aku menekan butang merah dan terduduk diatas lantai. Dada ku sakit. Aku langsung tidak dapat menahan nya. Hanya wajah Daehyun berada difikiran ku sekarang. Perlahan-lahan mata ku tertutup rapat dan semua nya gelap.

End Pov

• • •

Jaemin membuka mata nya perlahan-lahan. Dia memandang wajah kawan baik nya yang sedang ralit merawat nya. Keluhan berat dilepaskan. Dia cuba mencari kelibat Daehyun.

"Mujur aku sampai awal. Kalau tak aku tak tahu lah jadi apa dekat kau." Kata Chenle, kawan baik nya.

Jaemin tersengih. Dia cuba untuk bangun. Chenle segera menolong nya. Perlahan-lahan Jaemin menyandarkan badan nya di sofa. Dia mula bertanya kepada Chenle.

"Daehyun ada keluar tak tadi?"

"Tak. Jangan risau, aku dah check tadi. Dia tengah tidur."

Jaemin mengganguk tanda faham. Dia mengeluh perlahan. Bimbang jikalau gadis itu tahu tentang keadaan nya sekarang. Lagipun dia tengah buntu memikirkan masalah nya dengan Daehyun sekarang.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku dah cakap kan pergi buat rawatan tapi kau degil. Sakit kepala aku nak nasihatkan kau apa lagi."

"Ni bukan masa yang sesuai, Chenle. Aku ada banyak masalah sekarang nak selesaikan."

"Kau tak boleh stres nanti makin teruk jadi nya. Jangan salahkan aku kalau kau masuk hospital bahagia balik."

"Nanti lah aku fikirkan."

Jaemin membuat muka. Dia mengalihkan pandangan nya ke tingkap. Chenle pula sedang membebel seorang diri. Makin meluat Jaemin dibuat nya. Sehari kalau tak membebel memang tak sah. Dia mula termenung jauh memikirkan Daehyun. Apa perasaan gadis itu setelah mengetahui hal sebenar?

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now