16

250 29 0
                                    

Daehyun Pov

Aku mengerling sekilas ke arah jam. Haih dah masuk pukul dua belas malam tapi Jaemin masih belum balik lagi. Aku jadi tertanya-tanya, dia pergi mana sebenarnya ni. Aku menanti di depan pintu.

Tidak lama kemudian, bunyi enjin kereta menyapa telinga ku. Aku memandang Jaemin yang keluar dari kereta. Dia berjalan terhuyung-hayang menuju ke arah aku. Sekejap jangan cakap yang dia tengah mabuk?

"Sayang~buat apa dekat luar ni?" Tanya nya sambil tersengih-sengih.

Aku menutup hidung bila dia menghampiri ku. Bau alkohol tu membuat kan aku berasa ingin muntah. Dia merangkul pinggang ku secara tiba-tiba. Hampir terjatuh aku dibuat nya.

"J-jaemin awak mabuk ni."

"Hehehehe~mana adalah sayang."

Dia mencium leher ku berkali-kali dan aku cuba menepis nya. Apa aku nak buat ni? Tanpa membuang masa, aku pantas meraih bahu nya dan berjalan menaiki tangga. Berat juga dia ni. Sakit tangan aku dibuat nya.

Sesampai nya di bilik, aku membaringkan badan Jaemin ke atas katil. Aku menghela nafas berat. Dia tak habis-habis sebut nama aku. Biasa lah tu kalau dah mabuk. Baru sahaja aku ingin bangun, Jaemin pantas menarik ku semula sehingga aku terjatuh ke atas katil.

Aku menelan air liur pahit. Dia memegang kedua-dua tangan ku sehingga kan aku tidak dapat bergerak. Dia merenung lama anak mata ku. Aku dah seram dah ni.

"Awak lepaskan lah tangan saya, sakit tau tak." Gumam ku perlahan.

"No."

"Jaemin..."

"I said no, dear. Just stay like this."

Jaemin memeluk badan ku erat. Aku hanya terkaku di dalam dakapan nya sambil memejam kan mata. Dapat aku rasakan hembusan nafas nya di sekitar wajah ku. Perlahan-lahan dia mencium bibir ku secara lembut. Aku membalas ciuman nya tanpa aku sedar. Apa kena dengan aku ni?

Dia melepaskan bibir nya dari bibir ku. Kami berdua mengambil nafas akibat ciuman tadi. Aku memandang lama wajah nya. Kenapa hati aku rasa berbunga-bunga melihat nya? Adakah aku dah mula mencintai nya?

"I love you, Daehyun." Bisik Jaemin di telinga ku.

Aku hanya mengendahkan kata-kata nya dan memejamkan mata ku rapat. Tangan nya tidak lepas memeluk ku. Dapat aku dengar dengkuran halus dari nya. Ya dia dah tidur. Dan kami dibuai mimpi indah.

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now