01

817 41 6
                                    

• • •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

• • •

Daehyun Pov

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku memegang kepala ku yang terasa sakit dan berdenyut-denyut. Apa yang terjadi? Kenapa aku berasa begitu sakit. Mata ku melilau melihat sekeliling. Tempat apakah ini? Ternyata aku berada didalam sebuah bilik. Ini bukan bilik aku. Di dinding bilik ini juga terdapat percikan darah.

Pelbagai alatan berbahaya disusun diatas almari. Aku mula berasa takut melihatnya. Bilik siapakah ini? Aku terus bangun berdiri dan menuju ke pintu bilik. Aku sedaya upaya cuba membuka pintu bilik ini namun gagal.

"Apa yang aku perlu buat ni?" Gumam ku sendiri.

Mata aku tertumpu ke arah pisau yang terletak elok diatas meja. Pantas aku mengambil pisau tersebut lalu cuba untuk membuka pintu bilik ini. Tiba-tiba, pintu ini berbunyi menandakan ada orang membuka nya dari luar.

Aku berundur ke belakang sambil mengenggam pisau tersebut. Mata ku membulat melihat seseorang yang aku begitu kenal masuk kedalam bilik ini. Dia tersenyum sinis ke arah ku. Serta-merta air mataku jatuh membasahi pipi.

"Kenapa awak buat saya macam ni hah?! Apa salah saya dekat awak?!" Jeritku kepada nya.

"Salah kau! Sebab kau dah berjaya curi hati aku, Daehyun. Aku takkan benarkan sesiapa ambil kau dari aku. Kau hak milik aku. Ingat tu!"

"Lepaskan saya! Awak tak boleh buat saya macam ni, Jaemin!"

Aku mula mendekati nya lalu menumbuk dada nya berkali-kali. Dia kelihatan bengang dengan tindakan aku. Serta-merta pipi ku dicengkam oleh nya. Dia mendekatkan muka nya dengan muka ku. Aku berasa takut melihat renungan tajam dari nya.

"Kalau kau tak nak sakit, kau ikut cakap aku!" Jerkah Jaemin kuat. Terhinjut bahu ku mendengar nya. Aku memejamkan mata ku rapat.

Tanpa aku sangka, dia menolak tubuh ku sehingga aku jatuh terbaring diatas lantai. Belakang ku mula terasa sakit. Air mata tidak berhenti mengalir membasahi pipi ku. Kedengaran suara Jaemin ketawa menyapa telinga ku. Aku memandang nya dengan mata yang berkaca.

"Sayang rehat dulu tau. Oppa nak turun bawah ambil makanan."

Jaemin mengusap rambut ku perlahan. Aku hanya membiarkan nya kerana takut. Aku lemah. Aku langsung tidak mampu melawan nya. Kaki nya melangkah keluar dari bilik ini. Aku memeluk lutut dan menangis.

End Pov

• • •

Daehyun memerhati makanan yang dibawa oleh Jaemin. Nasi putih? Tanpa lauk. Serta-merta Daehyun mengeluh perlahan. Baik tak payah bagi makan je terus. Dia memandang Jaemin yang tersengih melihat nya. Asal mental ke?

"Makan lah sayang, takkan sayang tak lapar?" Tanya Jaemin.

"Saya tak ada selera nak makan."

"Tak ada selera? Tapi dah seharian sayang tak makan ke nak Baby Jaemin yang suapkan?"

Jaemin ketawa kecil. Baby Jaemin? Mahu termuntah Daehyun mendengar nya. Dia hanya menggeleng perlahan. Jaemin mengambil sesudu nasi, dia membuat isyarat supaya Daehyun membuka mulut. Daehyun mengalihkan pandangan nya.

"Degil. Aku suruh makan kau tak nak makan. Mari sini mulut kau!"

Serta-merta sikap Jaemin berubah. Pipi Daehyun dicengkam kuat lalu dia menyumbat nasi kedalam mulut gadis ini. Terus mengalir air mata Daehyun akibat perbuatan kejam Jaemin. Terbatuk-batuk Daehyun dibuat nya. Dia memegang dada nya yang berasa senak.

"S-saya...n-nak air." Pinta Daehyun.

Jaemin mencapai gelas yang berisi air masak. Dia menghulurkan nya kepada Daehyun. Namun siapa sangka? Baru sahaja gadis itu mahu mencapai gelas tersebut, Jaemin terlebih dahulu menyimbah air masak tersebut ke muka Daehyun. Dia tersengih tanpa rasa bersalah.

"S-sampai hati awak buat saya macamni." Kata Daehyun perlahan.

Jaemin bangun dan berdiri. Dia mengusap rambut Daehyun sambil tersenyum. Tak ubah seperti orang gila. Mahu sahaja Daehyun menampar pipi lelaki ini.

"Makan habis tau, Oppa nak tidur dulu. Penat layan sayang yang comel ni."

Jaemin melambai tangan nya kearah Daehyun sebaik sahaja keluar dari bilik ini. Pintu bilik ini juga dikunci. Daehyun menghela nafas berat. Dia membaringkan badan nya ke atas katil. Perlahan-lahan mata nya terpejam rapat. Dia berharap semua ini hanya lah mimpi.

🌷

Psycho » Na JaeminWhere stories live. Discover now