Ryu POV
Aku berlari menuju tempat yang Shak katakan. Training Space huh? Bunyi macam best. Tapi apa yang ada kat situ? Apa yang Qai buat kat situ?
Sesampainya aku ditempat yang Shak cakap. Hurmmm... takda apa pun. Pintu ada la. Aku mengambil keputusan membuka pintu itu.
"Perghhhh..santak hebat." Laung ku kagum.
Tempatnya seperti padang sukan tapi berdinding, mempunyai pokok macam padang biasa. Bumbungnya pula transparent. Cantik langit waktu malam.TINGGG
TINGG
TANGG
Sedang aku mengalamun aku tersentak dengan bunyi lagaan pedang. Aku menoleh ke arah bunyi itu. Seorang perempuan dan lelaki sedang berlaga pedang. Dari susuk tubuh perempuan itu, aku mengagak dia ialah Qai. Walaupun tempat ini berlampu, tetapi cahayanya tidak terang. Malap. Menyukarkan aku untuk melihat muka dan pakaian mereka yang sedang bertarung. Aku mengambil keputusan untuk duduk dikerusi yang disediakan di situ.
Cara serangan pedang mereka sangat kemas. Aku melihat dengan penuh kagum.
***************
Qai POVTINGG
Aku menahan serangan dia dengan pedang.
"Uncle ni..dah tua pon kuat eh.." Aku menolak kasar pedang dia.
"Well Qai.. Umur je meningkat tapi aku kuat lagi. Macam orang muda."
"Ceh.."
Aku melibas pedang ke arahnya. Dia dapat mengelak segala libasan dengan mudah. Aku membuat back flip. Mendarat sahaja, aku terus meluru kearah uncle dengan ayunan pedang.
TINGG
"Kau pun apa kurangnya.. Makin kuat.. Pantas..tapi tak meninggi..hahaha.." Kata-kata uncle buat aku eeee..geram.
"Uncle ni..kalau jumpa boleh tak jangan cakap pasal tinggi.." Aku geram betul la asal jumpa je tinggi..adoii..
"Nak buat macam mana benda betul." Tambah uncle.
"Hehh.." Aku merengus dan mengambil nafas panjang. Kekuda dibuka dan aku meluru sekali lagi ke arah uncle.
Kali ni libasan ku agak sukar uncle tepis. Aku mengambil peluang menyepak sikunya dan pedang dia terlepas. Aku sambut pedang itu dan kini kedua-dua pedang berada di leher uncle.
CLAPP
CLAPP"You can beat me little girl.." Ujar uncle dan menepuk tangan. Pedang pula masih berada dilehernya.
"Well..look who the uncle." Ujarku mencampakkan pedang.
"Tangan kosong?" Ujarku sinis dan mengambil tempat.
"Sure..tak penat eh kau." Uncle juga mengambil tempat.
"Well mudakan.. So tenaga tinggi sikit dari uncle." Ujarku sinis.
"Ceh..meh sini kita tengok siapa menang." Ujar uncle meluat dengan kata-kata ku.
Kami bersedia membuka kekuda. Kami meluru ke arah satu sama lain.
DUSHH
Satu tumbukan tepat dihadiahkan dipipiku. Aku segera menyeimbangkan badan.
"Kuat jugak uncle tumbuk. Tapi tu tak bermakna saya akan kalah." Ujarku membetulkan rahang dan meluru ke arah uncle.
"Tch..try me." Ujar uncle menahan tumbukan ku.
Aku tumbuk bertubi-tubi, tapi dapat di tepis dengan kemas.

YOU ARE READING
Not A Truly Vampire
FantasyCerita ini mengisahkan perjalanan 'mereka' mendapatkan kebahagiaan dan keamanan yang kekal. Banyak dugaan dan rahsia yang akan diteroka dan dibongkarkan. **** Seorang gadis yang dibuang keluarga dan akhirnya tinggal bersama kawan baiknya.Hubungan du...