Sejak hari itu, Qai diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Shak. Kehidupannya mula berubah. Dia mula kenal erti kasih sayang keluarga dan mendapat kasih sayang ibu bapa yang sudah lama diimpikan. Keluarga Shak juga yang sebelum ini sedikit sunyi bertambah gembira sejak kehadiran Qai.
Tetapi, mereka perasan yang Qai mula berubah. Dari wajah yang selalu gembira, menjadi wajah yang tidak mempunyai perasaan. Daripada budak yang banyak cakap menjadi budak yang pendiam.
Perubahan Qai itu tidak mendatangkan kesan kepada keluarga Encik Harris kerana walaupun Qai berubah tetapi kemesraan dengan keluarga itu tetap wujud. Tambahan pula Encik Harras dan isterinya mendapat cahaya mata pertama mereka. Makin riuh la keluarga itu dengan kedatangan si kecil.Hari-hari mereka berlalu dengan gelak ketawa, sindir menyindir dan sakat menyakat. Semuanya gembira. Tetapi suatu peristiwa dapat merampas senyuman mereka....
Semasa Shak dan Qai berumur 13 tahun..
"Kenapa Umi...kenapa!! Hik..hik.. Kenapa Umi dan Abi tinggalkan Shak!! Umi dan Abi tak sayangkan Shak ke!!" Shak menangis dan menangis seperti tiada hari esok.
*Seseorang datang menghampiri Shak*
"Dah la tu Shak.. Umi dan Abi dah 2 bulan tinggalkan kita. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Jangan putus asa. Kan kau yang selalu cakap dengan aku." Ujarnya sedikit sebak menahan tangisan.
"Itu lain Qai!..kau tak penah rasa.. Kau tak faham. Umi, Abi..diorang tinggalkan aku sorang-sorang Qai!" Suara Shak yang menangis sedikit tinggi.
"Ya..aku tahu. Aku tak berada kat tempat kau. Tapi kau ingat Shak..aku ni pernah dibuang..walaupun diorang bukan keluarga kandung aku..aku tetap rasa sakit Shak..Sakit. Masa tu siapa yang pulihkan semangat aku? Kau Shak..kau. Kau bawak aku tinggal dengan kau.. Aku mula rasa hidup aku ni bermakna bila tinggal dengan kau!" Suara Qai meninggi dek tak tahan dengan sikap Shak. *Dia mengambil nafas*
"Diorang tak tinggalkan kau sorang-sorang Shak. Kau ada aku. Paksu. Maksu. Si kecil tu pon ada. Takkan kau nak biarkan anak buah kau tu tengok mak long dia macam ni. Cengeng! Macam budak-budak. Kau kena move on Shak. Move on." * tangan Qai naik menunjuk tempat yang terletaknya organ yang berharga buat manusia.
"Umi dan Abi sentiasa ada dengan kau..kat sini Shak. Kat sini. Cuba kau fikir kalau diorang ada..mesti diorang sedih tengok kau macam ni." Ujar Qai sambil megelap air matanya.
"Hik..hik.. Thanks Qai. Aku..aku macam dah takda tujuan hidup lepas Umi Abi meninggal. Aku rasa aku ni sorang-sorang. Aku janji..lepasni aku takkan buat macam ni. Thanks Qai. Kaulah kawan terbaik yang aku pernah ada." Ujar Shak yang mula teransang dengan kata-kat Qai.
"*senyum* it's okay Shak.. Memang tugas aku sebagai kawan. Kalau bukan aku siapa lagi. Dah.. sekarang ni kau tidur. Esok aku nak Shak yang dulu. Shak yang ceria. Bukan macam ni." Kata Qai sambil mengelap air mata Shak.
Sesudah Shak tidur. Qai mengambil keputusan untuk kembali ke biliknya. Sedang dia berjalan menuju bilik..
"Qai macam mana dengan Shak?" Ujar seseorang.
"*air mata di tahan* Ohh Paksu..ingatkan siapa tadi... Shak hurmm dah okay.. Kita tengok esok. Kalau tak okay lagi macam biasa la." Qai senyum.
"Syukur la kalau macam tu" ujar Paksu.
Qai masuk bilik dan menutup pintu.
"Aku tahu Qai..bukan Shak sorang je menangis sekarang ni.. Kau kuat okay." Ujar Paksu tetapi tidak didengari Qai.
Di dalam bilik Qai
"Kenapa orang yang aku sayang tinggalkan aku..aku baru nak rasa bahagia*nafas ditarik panjang*. No Qai.. Kau kena kuat.. Kalau kau lemah Shak pon lemah. Kau dah janji taknak jadi macam dulu so prove it." Ujar Qai menahan tangisnya dengan suara yang direndahkan agar tiada siapa dengar.
![](https://img.wattpad.com/cover/223882956-288-k693210.jpg)
YOU ARE READING
Not A Truly Vampire
FantasíaCerita ini mengisahkan perjalanan 'mereka' mendapatkan kebahagiaan dan keamanan yang kekal. Banyak dugaan dan rahsia yang akan diteroka dan dibongkarkan. **** Seorang gadis yang dibuang keluarga dan akhirnya tinggal bersama kawan baiknya.Hubungan du...