Sudah hampir seminggu Qai dan Shak tinggal di Fantraxy. Catryx. Ya, nama kampung yang mereka tinggal bersama keluarga baharu.
Selama mereka disitu, mereka sering juga di bawa berjumpa paksu dan maksu. Ya la, duduk dunia lain mesti la rindu.
Hari² mereka disana berlalu dengan gelak ketawa, sindir menyindir dan telatah mereka sendiri. Tapi pada suatu hari, ada sesuatu berlaku.
***************
"Ryu..diorang dah muncul semula." Panggil Haru tiba-tiba."Heh...x habis-habis la benda ni. Aku ingat dulu dah settle. Ni mana kau tau?" Tanya Ryu.
"Weii..kau lupa ke? Amy kan pasang pengesan kat seluruh kampung ni. Tu la aku tau tu. Ada amaran." Terang Haru.
"Haihh..takleh tengok orang aman betul la..kat mana pulak kali ni?" Tanya Ryu yang dah redha.
"Hurmmm..kat tempat biasa. Hujung kampung...belah barat." Terang Haru sambil meneliti alat di tangannya.
"Ni mesti nk ambil budak tu.." Ujar Ryu sendiri.
"Haihhh..dah tu jom la. Kau Suki?" Tanya Ryu seraya bangun ingin keluar.
"Heh..kau rasa? Lama dah aku tak beraksi." Ujar Suki dengan sinis sambil meletopkan jarinya dan bersama Haru dan Ryu keluar dari rumah.
"Yuki..kau jaga Oki." Pesan Ryu sebelum beredar.
"Okay." Jawab Yuki sambil membelai rambut adik bongsunya yang tidur di ribanya.
**********
Pada masa yang sama Qai sedang berehat di bawah sebuah pokok sambil menunggu Shak."Korang nak pergi mana? Tergesa-gesa nampak." Tanya Qai apabila melihat kelibat Ryu, Suki dan Haru dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ada la...buat apa kau nk tau." Jawab Suki selamba.
Qai pergi ke arah mereka yang terhenti apabila menjawab pertanyaannya. Bengang? Qai tak bengang pon dengan jawapan Suki.
"Ryu korang nk pergi mana ni?" Tanya Qai lagi inginkan jawapan.
"Ada masalah sikit. Kau tak perlu tau." Terang Ryu dan ingin berlalu pergi tapi dihalang oleh Qai.
"Baik kau bagi tau aku." Tegas Qai.
"Haihhh...kau ni kan...memang pantang betul lah.. Okay..okay..ada musuh menyerang kampung..tu yang kitorang nk pergi. So..puas? Now bye..jom kita gerak." Ujar Ryu panjang lebar dan ingin berlalu pergi. Tapi sekali lagi di halang Qai.
"Kau pahal kitorang nak cepat la!" Jerit Suki.
"Aku ikut. Lagi pon boring la." Ujar Qai.
Semua yang ada di situ terkejut dengan kata-kata Qai.
"Pahal pulak nak ikut..dah takda-takda..kau stay..kitorang dah lambat. Plus aku tak nak kau cedera." Larang Ryu.
Tiba-tiba Qai melompat diatas belakang Ryu dan merapatkan bibir dia ke telinga Ryu.
"Bawak aku ikut kalau tak 'masa depan' kau aku cincang." Bisik Qai dan memberi senyuman sinis. Senyuman itu membuatkan mereka bertiga tak sedap hati. Ryu pula menggigil selepas mendengar bisikan shahdu Qai.
"Kita bawak dia..Qai paut dekat aku ngan Haru." Ujar Ryu.
Qai pula memaut tangan dia di bahu Ryu dan Haru.
"Kau betul ke Ryu? Bahaya la.." Tegah Haru.
"Apa boleh buat...dia tak nak mengalah..plus kita dah lambat." Ujar Ryu seraya terbang dengan mereka semua.
"Tch..menyusahkan." Desis Suki.
Shak pula yang hendak menemani Qai terbantut apabila melihat Qai terbang bersama tiga figura itu.
YOU ARE READING
Not A Truly Vampire
FantasiCerita ini mengisahkan perjalanan 'mereka' mendapatkan kebahagiaan dan keamanan yang kekal. Banyak dugaan dan rahsia yang akan diteroka dan dibongkarkan. **** Seorang gadis yang dibuang keluarga dan akhirnya tinggal bersama kawan baiknya.Hubungan du...