SOFEA POV
" Yasmin , aku gerak dulu eh? Aku pergi kejap je ni "
" Ha okay! Leklok weh! Kalau dapat jangan lupa belanja aku makan tau AHAH" laung Yasmin yang berada di dapur.
Sofea segera mengunci pintu dan bergerak pergi.
Hidup berseorangan di tempat orang bukan mudah seorang pelajar melainkan orang tersebut daripada orang berada. Sofea Amanda terpaksa menyusun masa untuk bahagikan masa antara belajar dengan waktu pekerjaannya. Sungguh penat namun apakan daya , dia daripada keluarga yang susah. Dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya lagi lagi adiknya yang sedang menduduki PT3 memerlukan perbelanjaan yang agak besar tambahan pula kakaknya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kapal terbang.
Hari ini , Sofea akan menghadiri temu duga sebagai Personal Assisstant sementara di sebuah syarikat besar memandangkan memang bidangnya. Dia perlu mencari sumber kewangan untuk dibelanjakan pada hari graduasinya mendatang dan untuk keperluan keluarganya.
" Temu duga dijalankan di mana ye? " tanya Sofea kepada receptionist.
" Ikut saya " ramahnya.
Hm baik baik orang kat sini. Alhamdulillah
Sesampai ditempat berkenaan , terlihat beberapa orang sedang menunggu giliran.
Baru nak duduk , tetiba
" Sofea Amanda bt Rizal "
" Ye saya " laung terkejut.
" Sila masuk "
Sesampai di pintu , gadis yang tinggi lampai lebih kurang dirinya memandang sinis.
Eh dah kenapa kau.
Kelihatan seorang lelaki yang segak sedang menyelak sehelai demi helai data peribadinya.
" Duduk " arahnya dingin.
" Terima kasih , encik "
Pandangan Sofea dan pemilik syarikat itu bertembung buat pertama kali. Entah mengapa dia merasa seperti diancam dengan pandangan helang dingin milik jejaka kacak tersebut. Dan pandangannya mengingatkannya terhadap seseorang. Siapa eh?
Tuan Adam Arsyad Feehan POV
Kecil sungguh dunia ini. Tidak dia sangka perempuan yang dia cari selama ini berada di hadapannya. Sekian lama menghilang tanpa jejak , akhirnya muncul dihadapannya kini. Sungguh dia rindu akan gerangan wanita dihadapannya.
Kelihatan seorang wanita memasuki ruang temu duga khas milik syarikatnya.
" Duduk " arah Tuan Adam dingin setelah melihat langkah wanita tersebut terhenti dihadapannya menunggu arahan.
Bagus , kalau yang lain tadi main duduk je. Gedik pulak tu. Murah.
" Terima kasih , encik " lembut suaranya kedengaran.
Dia kembali meneliti data peribadi gadis tersebut. Sofea Amanda bt Rizal. Dia tersenyum sinis dalam diam. Tuan Adam hanya mendengar suara lembut itu berceloteh.
" Okay baik. Melly temu duga settle. " Tuan Adam mengangguk dan memberi arahan kepada Melly.
" Baik Tuan " Melly senyum menggoda.
Dia memandang pemergian gadis pujaannya dengan ekor mata. Setelah itu dia memberitahu Melly untuk memberitahu kepada Sofea Amanda bahawa dia diterima bekerja. Melly hanya mengangguk faham dengan lenggok menggoda untuk menarik perhatian Tuan Adam. Pada masa yang sama dia memendam perasaan benci dan risau dengan kehadiran Sofea Amanda ke sini. Dia merasa sesuatu. Dia merasakan gadis ini saingan barunya untuk dapatkan Tuan Adam Arsyad Feehan.
SEMINGGU KEMUDIAN
" Min!!!! Alhamdulillah weh! Aku dapat! " Sofea menjerit keriangan terhadap sahabatnya.
" Seriusla? Alhamdullilah , rezeki kau weh. Untungla dah ada kerja. Aku taktaula "
" Seriusla! Eleh kau , kau keje jelah dekat company family kau. Cakap harini cakap , esok dah masuk kerja dah " usik Sofea.
Ye , Yasmin daripada golongan bangsawan namun lebih suka hidup berdikari tanpa terlalu mengharapkan keluarganya. Keluarga Yasmin juga banyak membantunya dari dulu hingga sekarang.
" Kau tahukan sebabnya? Aku tanak harapkan family aku je. Dah dah , bila masuk kerja ni?" tanya Yasmin berminat. Yasmin bersyukur kerana sahabatnya berjaya dalam temunduga di syarikat besar tersebut. Syarikat TRYA milik keluarganya merupakan rakan kongsi Feehan Company Berhad , FCB.
" Dia nka aku masuk minggu ni tapi aku mintak masuk minggu depan. Aku takda baju lagi nak pergi kerja ni . Jom teman aku pergi petang ni eh? Aku nka bagitau ibu aku sat" ajak Sofea.
" Okay jom. Ha pergila "
Di BIlik
" Assalamualaikum ibu , ibu sihat? " sapa Sofea.
" Waalaikumussalam, alhamdulillah sihat. Ha Fea , kenapa? Pelik hari biasa macamni call ibu? " tanya Puan Liza.
" Ayah mana ibu? Ayah macam mana bu? Sihat?" tanya Sofea Amanda.
" Ayah kat kebun tengah kemaskan pokok pisangnya " jawab Puan Liza sambil tersenyum.
" Fea nak bagitau yang Fea dah dapat kerja sementara graduasi ni. Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah "
" Alhamdulillah , kerja leklok ye Fea. Jangan main main macam Along kamu tu. Kerja tengok gaji je kerja "
" InsyaAllah ibu , ibu dan ayah doakan Fea ye "
Setelah Sofea Amanda menamatkan perbualan dengan Puan Liza , ibunya , dia lantas melihat home screen telefonnya. Sungguh dia merindui insan insan yang berada di gambar tersebut. Muka ahli keluarganya terutama seklai kedua ibu bapanya dipandang sayu.
Fea janji akan baiki hidup keluarga kita daripada dipandang rendah. Fea janji ibu ayah.
Sofea Amanda lantas mengesat air matanya lalu bergegas bersiap untuk keluar membeli keperluannya ke kerja.
YOU ARE READING
Derita Yang Pulih ( OG )
RomanceSupport ye 🥰 Tuan Adam Arsyad Feehan 💖 Sofea Amanda ⚠️ Pembaca Matang Sahaja! ⚠️