Sudah 2 jam lebih perbincangan antara Tuan Adam Arsyad dan Tan Sri Daud di meja bulat pejabat milik Tan Sri Daud paras lutut itu. Sofea Amanda tekun mendengar perbualan tersebut dan mencatat isi penting daripada perbualan antara mereka di buku nota kecilnya. Namun Sofea Amanda agak tidak selesa dengan pandangan Tan Sri Daud pada betis dan lututnya yang terdedah. Tuan Adam juga menahan perasaan geram dengan pandangan tersebut. Bukan dia tidak perasan. Sejak dari mula mereka datang , Tan Sri Daud memerhati Sofea Amanda atas bawah.
Dia tidak menafikan yang Sofea Amanda memakai baju mengikut potongan badannya sedikit harini. Meskipun bajunya tidak ketat , namun dapat dilihat betapa cantiknya badan tunangnya itu dengan skirt agak ketat. Tambahan pula Sofea Amanda memasukkan baju kemejanya didalam skirt , terserlah kerampingan pinggang dan bentuk punggungnya. Sangat mengiurkan , lagi lagi dengan ketinggian Sofea Amanda.
Tidak tahan dengan pandangan jeling jeling miang tersebut , Tuan Adam pantas membuka kotnya dan diletakkan kemas di peha Sofea Amanda. Sofea Amanda hanya diam dan memandang Tuan Adam.
" You seems uncomfortable with those skirt. Dont let animal see your leg otherwise they will bite you. " sinis Tuan Adam bersuara. Kedengaran Tan Sri Daud berdehem
" Terima kasih , Tuan Adam "
Lega Sofea Amanda dengan bantuan Tuan Adam. Terselamat dia dari pandangan buaya tan sri buncit tu. Menyesal dia memakai pakaian sebegini. Sebenarnya Sofea Amanda terlupa bahawa harini ada meeting di luar. Selalunya dia biasa memakai begini kerana tempat meeting di syarikat milik Tuan Adam sangat tertutup. Dengan kedudukan meja separas dada nya sahaja. Bahagian bawah meja mempunyai halangan penuh untuk sebarang tindakan bawah meja. Haih.
Setelah selesai berbincang , tiba tiba telefon Tuan Adam berdering.
" Give me a minutes "
Maka tinggallah Sofea Amanda dengan Tan Sri Daud. Sofea Amanda hanya memandang ke arah buku notanya sahaja dan berharap agar Tuan Adam cepat cepat datang. Dia berasa tidak selamat berduaan dengan orang tua tersebut. Dalam pada itu , dia merasakan sesuatu berat dan kasar menyentuh pehanya. Dia mengangkat mukanya dan melihat entah bila Tan Sri Daud duduk di sebelah kerusi tempat dia duduki. Serentak itu Sofea Amanda menepis tangan tersebut dan terus bangun dari duduk.
" Hey young lady , relax. Abang pegang sikit je "
Abang abah kau. Kau tu pangkat pakcik dah.
" Please Tan Sri , be profesional. You have wife. Dont be like this. " tegas Sofea Amanda.
" Ahaha its not that big deal. I just nak rasa yang fresh. Macam you "
" Behave Tan Sri! Im here for work! " Sofea Amanda mengeraskan sedikit suaranya.
" This part of work. Kerja puaskan i. Ala i nak sikit je. "
" Saya bukan perempuan murah yang Tan Sri boleh buat macamtu! Hormatkan saya macam saya hormatkan Tan Sri "
" Hei I ni client on your company! You kena dengar semua apa i cakap! "
Tan Sri Daud bangun dan ingin menyerang Sofea Amanda namun terbatal kerana Tuan Adam masuk pada waktu yang sangat tepat. Tuan Adam merasakan ketegangan mula mengesyaki sesuatu. Tambahan dengan Sofea Amanda yang sedang berdiri dengan wajah yang pucat berpeluh dan Tan Sri Daud yang berdiri jauh dari tempat duduk asalnya. Dia hanya mendiamkan perkara itu buat masa ini.
" We got to go , Tan Sri. We will continue our meeting next time , maybe. "
Sofea Amanda lega dan terus mengambil beg tangannya berlalu dari situ. Dia membuntuti Tuan Adam sehingga ke kereta. Semasa keluar tadi , dia nampak raut tidak puas hati Tan Sri Daud itu. Tuan Adam tersenyum sinis.
" There have any to tell me? " serius suara Tuan Adam.
Sofea Amanda tahu maksud dari suara Tuan Adam. Sofea Amanda memang sudah hafal setiap jenis suara Tuan Adam yang mempunyai maksud tersendiri. Dan dia sangat memahaminya. Dari suara tersebut , ada perkara yang sedang melampaui batas dan menggugat dirinya. Dia tahu Tuan Adam mengesyaki perkara tadi.
" Yes tapi saya bagitau bila kita sampai office nanti. "
Sofea Amanda ingin memberitahu semua yang berlaku kerana Tuan Adam adalah penyelamatnya. Pelindungnya. Tuan Adam berhak tahu dengan statusnya sekarang. Dia tidak mahu mengecewakan Tuan Adam lagi.
Sekarang masa pekerja pulang. Jadi syarikat pasti tinggal segelintir sahaja orangnya. Itu pun kerana menyiapkan kerja mereka." Okay then "
Mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke office.
Sesampai didalam pejabat milik Tuan Adam , mereka memasuki ruangan bilik rehat yang mempunyai kelengkapan seperti bilik tidur. Di situ terdapat dua almari yang mengandungi pakaian Tuan Adam dan Sofea Amanda. Tuan Adam menggamit Sofea Amanda untuk duduk diatas ribanya yang sedang berlunjur di atas katil. Sebelum itu , Sofea Amanda membukakan stokin di kaki Tuan Adam dan diletakkan dia dalam bakul yang tersedia kemudian membasuh tangan sebelum duduk diriba tunangnya. Pinggang Sofea Amanda dipeluk erat dan kepala Sofea Amandà disandarkan di dada bidangnya.
" Masa awak keluar jawab panggilan , Tan Sri pegang saya. "
Tanpa disuruh Sofea Amanda membuka cerita. Pelukan dipinggangnya di eratkan lagi. Kedudukan mereka sudah dalam pembaringan. Kepala Sofea Amanda berada di atas dada Tuan Adam sambil dipeluk erat. Jujur Sofea Amanda berasa selamat sangat.
" Dari masa kita sampai lagi Tan Sri pandang saya atas bawah. Saya tak selesa dengan cara dia pandang. Nampak gatal. Miang. Masa duduk tu dia asyik pandang peha dan badan saya... hmm ... saya taktau nak cover macam mana tapi terima kasih kat awak sebab bagi saya kot awak. Saya bersyukur sangat masa tu. Saya dah rasa selamat. "
Sofea Amanda membalas pelukan Tuan Adam. Dia sangat cinta dan sayangkan Tuan Adam. Terasa Tuan Adam mencium kepalanya.
" Masa awak keluar jawab panggilan tu , saya baca balik apa yang saya tulis dekat buku nota tu. Sedar sedar dia dah ada kat sebelah saya. Dia pegang peha saya tapi saya cepat cepat bangun. Dia cakap kerja saya kena layan dia jugak , kena puaskan dia jugak sebab dia client awak. Saya tak tahu dia nak buat apa lepas tu tapi nasib baik awak masuk cepat "
Menitis air mata Sofea Amanda menceritakan kejadian tadi. Dia takut. Basah sedikit kemeja Tuan Adam dengan air matanya. Mereka saling mengetatkan lagi pelukan. Menyalurkan rasa sayang dan cinta natara satu sama lain.
" Saya takut "
" Shh its okay. Everything gonna be fine. I will make sure he wont disturb you again. "
" Terima kasih awak "
Sayang awak.
Aku sayang kau Sofea. Kau hak aku.
Masing masing hanya mengungkap kata bermakna itu didalam hati sahaja.
Kemudian dua dua terlena dalam mimpi yang indah.
SORRY LAMBAT SANGAT UPDATE! I BANYAK ASSIGNMENT 😅
YOU ARE READING
Derita Yang Pulih ( OG )
RomanceSupport ye 🥰 Tuan Adam Arsyad Feehan 💖 Sofea Amanda ⚠️ Pembaca Matang Sahaja! ⚠️