Bab 10

29.6K 122 19
                                    


Sofea Amanda terjaga dari tidurnya yang panjang dan lena. Terasa sengal dan lesu badannya. Dia terasa begitu hangat dan selesa. Dalam keadaan mamai dia melihat objek berat menghimpap sebahagian tubuhnya. Terbuntang matanya.

Iya! Dia sudah ingat. Malam tadi merupakan malam hukumannya. Sedih dan pilu memikirkan kejadian semalam. Dia sudah tidak larat menangis. Hanya kekesalan berbekas di hatinya. Lelaki ini telah menodainya buat kali kedua. Dan kali ini memang salahnya namun dia tidak menyangka akan dihukum sedemikian rupa.

Dalam kekesalan , dia memusing tubuhnya menghadap wajah yang dicintai tanpa sedar. Dia selesa dan rasa begitu selamat dan disayangi tika berada dalam keadaan begitu. Dia juga keliru. Dalam tidak sedar , Sofea Amanda tersenyum melihat wajah nyenyak Tuan Adam.

Dia tahu Tuan Adam mempunyai hati yang begitu baik namun Tuan Adam tidak tahu dan tidak mahu menunjukkannya. Mungkin sudah terdidik dalam dunia perniagaan yang tidak boleh baik dengan orang sesuka hati , nanti dipijak kepala kita. Sofea Amanda dihurung rasa bersalah memikirkan tindakannya. Tuan Adam adalah tunangnya dan bakal suaminya. Dia sepatutnya peka dan latih diri untuk mengutamakan tunangnya. Dia lupa akan pesan ibunya beberapa hari lepas.

" Adam tu ibu tengok sangat bertanggungjawab. Kalau Fea tak yakin dengan dia , Fea yakinlah dengan apa yang ibu cakap ni. Dia betul betul cinta dan sayangkan Fea. Ikhlaskan hati Fea terima dia. Cinta selepas kahwin adalah cinta paling indah. Fea percayala. Adam orang yang paling tepat untuk kamu. Ibu yakin sayang. "

" Fea taktau bu. Fea keliru "

" Fea kena yakin dengan jodoh ni. Ibu dengan ayah dengan terbuka hati nak lepaskan kamu kat Adam sebab kami yakin dia boleh jaga kamu , bimbing kamu. Kami pernah jumpa Adam , Fea. Dia sendiri datang bagitau hasratnya kat ibu dengan ayah sebelum hantar rombongan merisik kamu. "

Terkejut Sofea Amanda. Bila agaknya dia pergi jumpa ibu ngan ayah?

" Walaupun masih tunang , ibu nak Fea latih diri perkara asas sebagai isteri. Jumpa sapa , pergi mana bagitau dia. Dia yang akan jaga kamu lepasni. Sekarang pun sebab dia paling dekat dengan kamu. Ibu dengan ayah jauh nak tengok tengokkan kamu. Kamu tu perempuan , macam macam boleh jadi. Jadi buat apa apa , bagitau kami dengan Adam jugak. "

Sofea Amanda mengeluh mengingatkan pesan ibunya. Maafkan Fea , ibu. Fea lalai.

Sofea Amanda kemudian memandang dirinya tanpa seurat benang. Tipu dia tidak sedih namun apakan daya , nasi sudah menjadi bubur. Dia pasrah. Bukan dia tidak melawan. Dia memandang sekeliling biliknya , baju mereka berdua bersepah di atas lantai. Cadar kain turut melorot ke bawah. Sofea Amanda mengeluh lagi.

Jam menginjak jam 9 pagi , nampaknya mereka tidak pergi kerja. Sebelum mengutip pakaian tanpa ditutupi apa apa dan berlalu ke bilik air untuk mandi , Sofea Amanda sempat mengelus wajah tunangnya.

Tanpa Sofea Amanda sedar , Tuan Adam menyaksikan tayangan percuma di pagi hari yang indah dengan senyuman yang disembunyikan.

Nampaknya , Sofea Amanda tidak melawan setelah apa yang dilakukan oleh mereka. Tuan Adam juga mendengar beberapa keluhan keluar dari bibir Sofea Amanda.

----------

Selesai mandi Sofea Amanda bergerak ke almari baju untuk dibawa ke dalam bilik air. Dia terlupa untuk bawa bersama sewaktu hendak mandi. Dilihatnya Tuan Adam masih melepek tidur dengan berbalut comforter separuh badan. Jujur Sofea Amanda akui dia suka melihat badan gagah tunangnya. Namun dia sembunyikan saja. Malu sekiranya diketahui dalam status mereka begini hehe.

Sedang berbongkok memilih pakaian , tiba tiba pinggulnya disentuh seseorang. Terus tegak berdiri Sofea Amanda. Lantas itu , tangan tersebut terus melingkari dan memeluknya dari belakang.

Derita Yang Pulih ( OG )Where stories live. Discover now