" Wonu wonu woNUUU!!!" Suasana kelas itu mula menjadi kecoh dengan suara Seokmin dan Junhui. Mereka terus menerpa datang ke arah meja dimana Wonwoo berada.
Wonwoo nampaknya tidak begitu mengendahkan kehadiran dua orang kawannya itu.
" Yah, kau tengok apa ? Sini."Junhui terus merampas phone dari tangan Wonwoo.
Wonwoo sekadar melepaskan keluhan kerana hal itu sudah biasanya berlaku.
" Cara-cara nak goda seseorang?" Terus terhambur ketawa Junhui sebaik saja membaca perkara yang terpapar di dalam skrin telefon Wonwoo pada tika itu.
" Mana oii? Nak tengok." Telefon Wonwoo kemudiannya berpindah ke tangan Seokmin. Maka, kedengaranlah pula tawa Seokmin sejurus itu.
" Jadi selama ni kau goda Mingyu pakai google ke? Aku ingat kau dah mahir sangat bab-bab mengoda orang ni." Kata Seokmin sambil cuba menahan tawanya dari terhambur sekali lagi.
" Dari kau belajar kat Mr. Google ada baiknya juga kau belajar dari aku. Kalau kau nak tahu aku ni Mr. Multipurpose. Kau nak tahu apa? Cara nak goda seseorang? Cara nak tawan hati seseorang? Ke cara nak buat seks untuk pertama kali? Apa saja yang kau nak tahu aku boleh ajarkan." Junhui menyengih.
" Oii mangkuk , itu serba tahu bukannya serba boleh." Kata Seokmin.
" Eh, dah serba tahu kira serba boleh gak lah. Ke nak try dulu baru tahu aku serba boleh ke tak?" Seokmin terus menghempuk kepala Junhui dengan buku.
" Aku rasa kau patut dapat gelaran Mr. Pervert." Tambah Seokmin lagi.
" Yah, ijae geumanhae!" Wonwoo bersuara cuba menghentikan mereka.
" Tak, sekarang ni siapa yang nak goda dia? Aku atau korang?" Tanya Wonwoo.
"Kau." Jawab Seokmin dan Junhui secara serentak.
" Untuk pengetahuan korang aku cuma nak akhiri dare ni dengan cepat. Aku dah tak sanggup lagi nak goda dia. Ini sangat berat bagi aku." Nadanya mula kendur.
" Apa maksud kau berat ? Kau dah terfall ke kat dia? " Soal Seokmin dalam nada terkejut.
" YAH, eobSEO~!!" wonwoo cuba menafikannya dengan cepat.
" Berat bagi aku sebab kena menipu dia. Sekarang ni dia adalah mangsa dare kita. Kalau dia tahu semua ni hanya sekadar sebahagian dari game..." Wonwoo tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Entah kenapa dia tidak bersedia kalau nanti Mingyu pasti akan membencinya kerana hal ini.
" Jadi kau masih nak teruskan atau tak?" Tanya Junhui untuk kepastian.
" Eh, mestilah. Kalau tak sia-sia jelah aku google tadi dan usaha aku selama ni kalau aku berhenti sampai sini je." Jawab Wonwoo.
" Bagus. So, sekarang ni kau kena tahu yang tadi kitaorang nampak Mingyu dengan seorang yeoja." Kata Seokmin.
Mata Wonwoo terus membuntang besar dan dia lantas berdiri dari tempat duduknya.
" Yah, eoDIYAAA?!!"
.
.
.
♡uWu♡
.
.
.Wonwoo bergegas ke stor dengan diekori oleh Junhui dan Seokmin.
Sebaik saja tiba di stor itu, Wonwoo terus meluru mendapatkan yeoja yang bersama Mingyu pada tika itu dan tanpa sebarang amaran, dia terus menarik rambut panjang yeoja itu.
YOU ARE READING
✅ 𝐆𝐎𝐃𝐀 +Meanie
Teen Fiction✧ 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐠𝐨𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐮, 𝐉𝐞𝐨𝐧 𝐖𝐨𝐧𝐰𝐨𝐨.. BYUNTAE ALERT!!!! *Pernah dipublish sekali lepastu diunpub balik untuk edit. Doakan agar ff ini akan jadi ff yg official ya. Huhuhu. DISCLAIMER🚫 Ff ini hanyala...