[ FINALE ]
.
.
.
.
.
.Wonwoo ditarik keluar dari kereta dan dipaksa oleh dua lelaki bertopeng tadi untuk mengekori mereka.
Dia tidak tahu kemana mereka membawanya kerana matanya telah ditutup dengan blindfold. Tapi tak lama kemudian dia rasa ada angin yang menampar kuat seluruh muka dan badannya. Kalau tadi dia mampu berjalan dengan teguh sekarang langkahnya jadi tenggelam timbul.
" Kemana korang bawa aku ni?"
Mereka kemudiannya menghentikan langkah Wonwoo. Salah seorang daripada mereka mula meleraikan blindfold yang menutupi matanya.
Wonwoo membuka matanya dan dia bagaikan terpukau melihat pantai itu yang telah dipersiapkan dengan indah dan turut dipenuhi lilin-lilin di sepanjang laluannya membuatkan suasana nampak lebih romantik.
" Yah, Junhui, Seokmin, Minghao apa korang buat kat sini? Jangan kata korang yang culik aku tadi?!" Dia baru saja rasa ingin berterusan marah tiba-tiba Jisoo muncul dengan membawa kek lalu mereka semua menyanyikan lagu selamat hari lahir untuknya.
saengil chukha hamnida
saengil chukha hamnida
sarang haneun -- wonu shi
saengil chukha hamnidaWonwoo menutup mulutnya kerana rasa terkejut dan pada masa yang sama dia rasa sangat terharu. Ternyata mereka tidak lupa akan tarikh hari lahirnya.
Selepas Wonwoo meniup llilin pada kek itu, Junhui,Seokmin, Minghao dan Jisoo memberi laluan kepada seseorang. Kemudian muncul Mingyu yang nampak sangat kacak mengenakan suit lengkap dan dia sedang berjalan ke arah Wonwoo dengan gaya sexy nya. Roar! *tiger hoshi mengaum*🐯
P/s: haa tgk ape tu? Gambar di atas tu jangan scan lelebih k🌚🙈
" Happy birthday sayang." Ucapnya dengan senyuman manis seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Wonwoo memandang mingyu dengan mata yang mula berair dan kemudian dia mencebikkan bibirnya, sedih tapi masih nampak comel. Dia rasa nak menangis lalu terus memukul dada Mingyu. Perasaan marah, tersentuh dan gembira, semuanya sudah bercampur-baur pada tika ini.
" Yah, paboyaaaa! Apa semua ni~? Awak yang rancang? Paboyaaaa~!!" Mingyu tergelak sambil cuba menghentikan tangan Wonwoo dari terus memukul dada bidangnya.
" Do you like my surprise?" Tanya Mingyu.
" Awak tak perlu bersusah payah pun untuk buat semua ni, Mingyu. Lebih baik awak sediakan kejutan ini pada orang yang lebih layak daripada saya." Ujarnya dalam nada sedih bila secara tak sengaja dia terimbas kembali apa yang dia nampak di rooftop sekolah siang tadi.
YOU ARE READING
✅ 𝐆𝐎𝐃𝐀 +Meanie
Teen Fiction✧ 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐠𝐨𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐮, 𝐉𝐞𝐨𝐧 𝐖𝐨𝐧𝐰𝐨𝐨.. BYUNTAE ALERT!!!! *Pernah dipublish sekali lepastu diunpub balik untuk edit. Doakan agar ff ini akan jadi ff yg official ya. Huhuhu. DISCLAIMER🚫 Ff ini hanyala...