꧁♡ 𝓖𝓸𝓭𝓪 5♡꧂

2.5K 104 15
                                    

Saat Wonwoo melangkah keluar dari pintu pagar sekolahnya, tiba-tiba ada seseorang memanggilnya.

" Tuan muda Jeon, chakanmal."

Wonwoo menoleh ke arah suara itu. Dia menjeling sekilas sebaik saja melihat wajah pemandu peribadi appanya, Hwang Minhyun.

" Pemandu Hwang kan saya dah kata jangan datang jemput saya." Marah Wonwoo. Dia sememangnya tidak suka datang dijemput oleh pemandunya malah dia lebih suka pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

" Tapi saya kena bawa Tuan muda Jeon pulang juga dengan kereta ni. Ini arahan dari Tuan Jeon. Kalau tak nanti saya yang dimarahinya." Ucap pemandu Hwang, berusaha memujuk Wonwoo.

" Takpe nanti balik saya sendiri yang akan cakap dekat dia. Lagipun bukannya saya tak pernah cakap pada dia yang saya tak suka pulang dijemput." Kata Wonwoo.

" Tapi tahu jelah Tuan Jeon tu. Dia begitu risau nak biarkan tuan muda Jeon balik jalan kaki bersendirian."

" Gwaechanna. Wonwoo akan balik dengan saya." Tiba-tiba seseorang mencelah.

Wonwoo dan pemandu Hwang serentak menoleh ke arah pemilik suara itu.

" Nuguseyo?" Tanya pemandu Hwang.

" Saya kawan Wonwoo."

Wonwo sekadar tercengang, tidak tahu mahu bereaksi seperti apa.

" Kawan? Setahu saya tuan muda Jeon cuma ada dua orang kawan. Seokmin dan Junhui. Maaf tapi saya takkan benarkan tuan muda Jeon pulang dengan orang yang tidak dikenali." Tegas nadanya berkata. 

" Tapi saya bukan kawan biasa Wonwoo. Saya teman lelakinya. Jadi masih ada masalah ke kalau saya nak bawa Wonwoo pulang?"

Terkedu pemandu Hwang mendengar pengakuan Mingyu itu apantah lagi Wonwoo.

" Betul ke dia teman lelaki tuan muda Jeon?" Dia mahukan kepastian dari Wonwoo pula.

" Nae matjayo. Dia teman lelaki saya." Kata Wonwoo lalu tertunduk sedikit kerana malu saat dirinya menjadi tatapan Mingyu.

" A-arraseo. Kalau macamtu saya akan biarkan teman lelaki tuan muda ni saja yang menghantar tuan muda pulang." Kata pemandu Hwang yang malas memanjangkan cerita lagi.

" Kalau takde apa saya minta diri pulang dulu." Dia menunduk hormat 90 darjah kepada Wonwoo.

" Sebelum tu boleh saya tahu siapa nama teman lelaki tuan muda ni?"

" Mingyu." Dengan lantas Mingyu meresponsnya.

Pemandu Hwang sekadar tersenyum kepada Mingyu. Dia meminta diri sekali lagi dan terus pergi dengan kereta mewah milik appa Wonwoo itu.

.
.
.
.
.

" Kenapa awak mengaku pada pemandu Hwang yang awak tu teman lelaki saya?" Semestinya isu ini akan dibangkitkan semula oleh Wonwoo.

" Kalau aku tak buat macamtu kau ingat pemandu kau tu akan biarkan kau balik bersendirian?" Mingyu bertanya tapi matanya masih fokus pada jalan raya.

Wonwoo diam tidak berkutik.

" Tapi awak tahu saya dalam masalah besar kalau pemandu Hwang bagitahu appa saya." Ujar Wonwoo.

" Tu masalah kau bukan masalah aku." Balasnya dalam nada bercanda.

Wonwoo menggigit bibir bawahnya dengan perasaan geram yang cuba ditahan.

" Biar jelah appa kau tahu. Kau akan ada boyfriend juga kan tak lama lagi?" Mingyu mengerling ke sisinya.

✅ 𝐆𝐎𝐃𝐀 +MeanieWhere stories live. Discover now