Buku kolejnya dihempas kuat ke meja jati itu.Serta merta menarik perhatiab semua penghuni disitu.
"Kenapa tak lawat Aishah?" dia berkata geram.
"Hurm? Kenapa? Kenapa biar dia sorang sorang kat sana?" dia menyoal lagi.
"Kenapa! Cakap lah! Tak kesian ke kat dia? "
"Along, dia bukan budak kecik lagi. Tahulah jaga diri tu" puan Dila berkata.
Akel senyum sinis.
"Jaga diri? Ma, jaga diri? Akel tanya ni eh, haritu kat rumah Aishah buat apa kat tangan dia? Ingat tak? Tak boleh ke siapa siapa luang masa jaga dia kat hospital tu"
"Ramai doktor nurse boleh jaga dia. Tak payah risau lahh.." Puan Dila mencuba untuk meredakan kemarahan Akel .
Akel mula menarik rambut kepala kasar. Cuba, cuba untuk bersbar
"Eiiiirgh! Aishah tu sakit! Kenapa mama ni tak kesian kat dia!"
Terdiam tiga kepala disitu.
"Akel , naik bilik cepat" satu arahan dari encik Adil terus diikut. Tidak betah nak berlama disitu apabila yang tertayang hanya 'muka tidak bersalah'.
"Aishah , setuju la ye.. Nanti dah ok, abah bagi je Aishah nak buat apa" encik Adil cuba memujuk Aishah.
Kini, mereka sekeluarga berada di hospital dimana Aishah ditempatkan.
Disini hanya semata mata untuk memujuk Aishah untuk menjalani rawatan.
"Aishah tak sakitlah!" encik Adil memegang kedua bahu Aishah bila terlihat gadis itu seperti mahu membentak.
"Kalau Aishah tak sakit kenapa Aishah kat sini? Kat hospital? Kalau nak cepat sihat Aishah kena dapatkan ubat. Jumpa doktor. Abah janji nanti abah bagi je Aishah nak buat apa" Aishah hanya menunduk.
Takut akan pandangan mata Puan Dila. Manakan tidak, puan besar itu dari datang tadi hanya begitu.
"Betul ke?" terus encik Adil mengangguk laju.
"Tapi tak boleh la nak advance sangat eh. Biasa biasa tu InSyaAllah abah bagi"
"Kalau Aishah nak kerja? Aishah nak simpan duit."
Encik Adil berfikir sejenak.
"Boleh Aishah... Boleh.. Abah bagi" encik Adil tersenyum gembira. Tak salah dengan pilihannya. Dia yakin Aishah mampu.
"Janji eh?" Aishah menghulur jari kelingking nya. Manakala, abahnya pula hanya mengikut rentak Aishah Raudhah itu.
"Adik saya setuju doktor" kata Akel senafas.
"Alhamdulillah... Kalau macam tu, pihak saya akan siapkan semua dokumen untuk hantar ke doktor Surej secepat mungkin." Doktor Amin mengusap dada. Gembira dengan kenyataan Akel Rayyan itu.
Bila terlihat muka kerut Akel dia tergelak kecil.
"Maafkan saya. Doktor Surej tu doktor bahagian psikiatri. Saya akan bergabung dengan dia untuk Aishah." terus Akel tersenyum lebar.
"Baiklah doktor, terima kasih. Saya nak mintak diri dulu. Maaf ganggu doktor kat pejabat ni" Doktor Amin mengangguk kepala perlahan.
"Assalamualaikum doktor" setelah berjabat salam terus Akel Rayyan keluar dari pejabat doktor muda itu.
YOU ARE READING
Aishah Raudhah || Short Story | √
Teen Fiction" jangan bersedih. aku terima seadanya. " - 𝙄𝙩'𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙥𝙖𝙜𝙚, 𝙬𝙝𝙚𝙣 𝙮𝙤𝙪 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙤𝙣𝙚 𝙬𝙤𝙣'𝙩 𝙗𝙚 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙭𝙩 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧, 𝙗𝙪𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙢𝙪𝙨𝙩 𝙜𝙤 𝙤𝙣. - •Nak padam rasa sa...