Tanpa sedar , hari ini sudah masuk hari ke-empat Aishah mendapatkan rawatannya."Dah wangi dah kau Sha, kalau tak semalam busuk je!" kata Luna bergurau.
Terus mencebik Aishah dibuatnya. Ada ke patut kutuk dia?
"Aku gurau je lah! Hehehee, aku nak pergi solat Asar kat surau.. Kau tunggu eh?" Luna memegang tangan Aishah yang sedang duduk.
"Okay." sepatah kata sahaja yang diberinya. Oleh itu, terus Luna bersiap siap lalu keluar dari bilik itu. Sempat juga melambai sesaat pada Aishah.
Sekarang, dia hanya seorang. Eh-- dia tersenyum tiba tiba.
"Aishah...."
"Hud, sihat?" melihat lelaki itu hanya mengangguk, dia sudah faham.
"Why should I?" Aishah bertanya.
"For your good sake Aishah..."
Gadis itu mengeluh.
"I hate them. I hate them damn much! I'm sick! Sick of them!"
"All of them!"
"Kau patut balik Aishah... This not you. Kau sendiri tahu aku tak de...." Aishah menangis tiba tiba.
"Kau yang ada dengan aku! Diorang? Aku nak kau Hud!" lelaki itu mengeluh.
"Kau tahu kan? Kau sendiri tahu... Aishah, tolong?" Aishah Raudhah makin kuat menangis.
Bagaimana hendak dia lepaskan lelaki itu?
Zayn Haikal melangkah masuk perlahan lahan. Niatnya tidak mahu menganggu penghuni itu , malangnya si dia telah sedar sedari tadi.
"Aishah , sihat?" Zayn bertanya. Melihat anggukan Aishah buat dia tiada kata. Dia kemam bibir.
"Zayn buat apa kat sini? Mama tak marah ke?" Zayn melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan katil Aishah.
"Buat apa mama marah? Zayn datang sini pun nak lawat Aishah. Rindu" Aishah senyum kecil.
"Kejap je kan masa berlalu , lima hari lagi result spm dah nak keluar. " Zayn berdiam diri.
"Boleh tak Zayn tolong pujuk abah..."
"Pujuk buat apa?" Zayn kerut kening. Apa yang Aishah nak cakap sebenarnya ni?
"Tolong pujuk abah bagi Aishah amik result. Aishah nak pergi sekolah. Aishah rindu kawan kawan Aishah. Kat sini sunyi..." Zayn mengeluh perlahan.
"Nanti Zayn cuba eh? Insyaallah abah bagi Aishah pergi..." Aishah tersenyum mendengar janji Zayn Haikal itu.
"Zayn?"
Zayn yang baru hendak membongkok mengikat tali kasutnya mengangkat kepala.
"Boleh tak kalau Aishah nak ambik gambar dengan Zayn?"
"Ambik gambar? Buat apa? Nak buat lepas rindu ke heeeee" Zayn mengusik. Cuba menjadikan suasana gembira dan ternyata Aishah tergelak mendengar kata katanya itu.
"Entahla , rasa nak ambik gambar. Dah lama tak main snapchat kot?" terus tergelak besar Zayn mendengar gurau Aishah.
"Jangan lah gelak!" Zayn geleng kepala dengan laju. Nafasnya juga tidak teratur. Baginya , tiada pun yang lawak disitu. Tapi...
"Boleh haha boleh Shaaaa" gelaknya masih tidak berhenti.
YOU ARE READING
Aishah Raudhah || Short Story | √
Ficção Adolescente" jangan bersedih. aku terima seadanya. " - 𝙄𝙩'𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙥𝙖𝙜𝙚, 𝙬𝙝𝙚𝙣 𝙮𝙤𝙪 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙤𝙣𝙚 𝙬𝙤𝙣'𝙩 𝙗𝙚 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙭𝙩 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧, 𝙗𝙪𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙢𝙪𝙨𝙩 𝙜𝙤 𝙤𝙣. - •Nak padam rasa sa...