Rata rata mereka yang berada disitu hanya mendiamkan diri. Kadang kadang terdengar juga esakan kecil.
Si abang termenung dan hanya memandang siling.
Si ibu mengesat air mata.
Si bapa memandang lantai. Sesekali tangan tuanya mengusap mata." maafkan kami. Tapi Allah lebih sayangkan dia puan , tuan. Saya pergi dulu "
Kata kata pengakhiran.
Selepas ini tiadalah dia.
Kubur yang masih merah itu ditatapnya.
"Sudahlah Dila... Dia dah tak ada" suara yang tidak asing itu menyapa pendengarannya.
"Saya sedih bang.. , tapi saya bersyukur sebelum dia pergi saya sempat peluk dia. Saya sempat minta maaf dekat dia bang."
"Tapi saya tak sempat layan dia macam puteri abang. Anak perempuan saya, dah pergi bang-- walaupun dia bukan darah saya.. "
Akel yang duduk dibelakang hanya diam. Baginya ini semua terlalu cepat.
Bila dia terpandang Zayn Haikal yang mengesat air mata, dia menepuk bahu lelaki itu untuk memberi semangat.
"Satu satunya puteri keluarga ni dah tak ada-- betul ke ni?" Makin laju air mata jantan Zayn mengalir.
Keluarga kecil itu duduk setempat diruang tamu itu.
Malam ini diadakan tahlil buat insan itu. Aishah Raudhah.
Siapa sangka , dan siapa yang boleh halang pemergiannya?
"Aishah nak ambik apa tu?" puan Dila yang baru keluar dari tandas berkerut kening melihat Aishah Raudhah yang terbongkok bongkok dihadapan kabinet kecil itu.
"cari ni hah , mak Luna bagi" Aishah mengangkat tinggi mangkuk berwarna hijau tu.
"dia bagi apa?" Puan Dila menghampiri gadis itu.
"dia bagi kek. Mama nak?" melihat Puan Dila hanya menggeleng kepala dia terus mengangkat tangan membaca doa.
Belum sempat dia menyuap sudu ke mulut--
Kringg kringg
Kringg kringg
"Allahu , siapa telefon ni! Terkejut aku!" puan Dila mengusap dada laju. Manakan tidak, tenang tenang dia mengeser skrin telefon pintarnya , tiba tiba bunyi kuat itu menyentakkan nnya
Terus ketawa kuat Aishah terlontar .
"ini lagi sorang ni! Sopan sikit makan tu , dah lah , mama nak jawab call ni dulu" Aishah yang tidak habis ketawa itu hanya mengangguk.
Penat ketawa seorang diri, dia mula meredakan dirinya.
'dasar Aishah , memang gila'
"apalah mama ni, orang belum makan kot.. Hurmm , bismillah" dengan satu lafaz ayat bismillah dia mula menyuap kek itu ke mulutnya.
Kek didalam mulut itu ditelan kasar. Dahinya berkerut.
Di ambil sesudu lagi kek tersebut lalu digigit. Sedap.... Tapi ,
Giginya terketap. Tekaknya panas. Tangan mula memggosok batang leher.
"mama!!! Mama !!!!" Aishah semakin menunduk. Rasa yang disimpan tertahan.
Dia cuba untuk bersuara, tapi keadaan tak mengizinkan.
'mama!!!' suara batinnya menjerit. Dis turum dari atas katil dengan kasar hingga dia terjelepok jatuh. Pada masa yang sama, Puan Dila masuk kedalam bilik tersebut.
"Aishah!! Kenapa ni?!" suaranya cemas. Dia mengangkat gadis itu untuk berdiri. Dibawa gadis itu keluar sambil mulutnya menjerit kuat.
"doktor! Nurse! Tolong! Tolong anak saya!" beberapa orang nurse yang kebetulan jalan disitu terus menerpa ke Puan Dila.
"panggil doktor Amin cepat! Budak bawah dia! Now Aliah!" nurse perempuan yang bernama Aliah itu terus berlari laju keaeah lif yang berdekatan.
Keadaan menjadi hingar bingar. Beberapa pelawat turut cemas melihat situasi itu.
"saya bawa anak puan ke emergency, dan keadaan dia akan diberitahu secepat mungkin ye puan. Harap bersabar ye puan." nurse yang berkata itu terus mengambil Aishah yang dipimpin dengan mengendongnya.
Terus mereka semua berlalu.
"Aishah...... Kenapa macam ni? Ya Allah , kau selamatkanlah dia Ya Allah" doa Puan Dila pada yang Maha Esa.
HAHAHAHHAHAMBARRR INI ANAK HAHAHHA
YOU ARE READING
Aishah Raudhah || Short Story | √
Teen Fiction" jangan bersedih. aku terima seadanya. " - 𝙄𝙩'𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙥𝙖𝙜𝙚, 𝙬𝙝𝙚𝙣 𝙮𝙤𝙪 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙤𝙣𝙚 𝙬𝙤𝙣'𝙩 𝙗𝙚 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙭𝙩 𝙘𝙝𝙖𝙥𝙩𝙚𝙧, 𝙗𝙪𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙢𝙪𝙨𝙩 𝙜𝙤 𝙤𝙣. - •Nak padam rasa sa...