12

97 12 2
                                    


Sunyi. Itulah yang digambarkan dikaki lima wad kecemasan ini.

Tiba tiba terdengar bunyi hentaman tapak kasut pada lantai. Terus Puan Dila pusing kepala mencari punca. Dia tutup mata lega melihat kehadiran suaminya,Encik Adil, Akel dan Zayn disitu.

"Aishah macam mana ma?" Akel bertanya. Puan Dila diam seketika.

"Dia dalam wad. Tadi, mama call korang, lepastu mama dengar bunyi prang menjerit.... Aishah...."

"Mama tak tahu kenapa dia macam tu, badan dia panas sangat masa mama angkat dia... Mama, mama takut Kel--" puan Dila tersedu menangis .

"Mama takut... Mama takut kalau tak jumpa dia lagi--- abang--" dia menangis disisi suaminya.

Encik adil, menggosok badan isterinya. Cuba menenangkan walaupun hatinya sendiri tidak keruan.

'Anak aku, Ya Allah.... Selamatkanlah dia..' hati kecil nya berbisik halus.

"Tak, Aishah akan okay , okayy" Zayn berkerut. Dia menahan rasa dihati. Sakit. Sedih. Gemuruh. Semua bercampur satu.





Krakkk

Bunyi pintu dibuka. Terserlah wajah sang doktor. Mereka yang berada disitu terus bangun menerpa kearah Doktor Amin.

Zayn Haikal melihat jam ditangan.

5.37 petang.

Maknya sudah hampir dua jam.

"Maafkan saya tuan puan..." Puan Dila jatuh terduduk. Seperti sudah tahu apa yang bakal dikatakan.

"Aishah tak selamat..."

"Jam 5.30 petang, hari Jumaat, 24 haribulan."

Puan Dila menangis kuat.

Akel Rayyan meraup muka kasar.

Encik Adil ..... Diam terkedu.

Dan,

Zayn Haikal, air mata lelakinya jatuh.




Luna menggenggam tangannya kuat. Sungguh, dia takut. Bersalah.

Kepalanya juga tertunduk memandang lantai. Tidak mampu menatap mata lain yang melihatnya.

Matanya pula masih merah ikutan beberapa jam menangis.

"Maafkan saya mak cik..." Luna pejam mata. Dia cuba untuk kuat.

"Salah saya sebab bagi dia kek tu, saya lupa yang dia ada alergik"

"Saya---- saya-- saya mintak maaf!" Dia tersedu sedu.

Sungguh! Ini semua salahnya!

Dia alpa!

Aishah alergik kacang..... Dan kek yang dia beri..... Kek kacang!

Aishah......

Di ruang tamu itu hanya kedengaran seduan dari tangisan sahaja. Masing masing masih bersedih.

"Tak pe Luna... Mak cik tak salahkan awak.. Mungkin--

Mungkin ini memang masa dia pergi"

Puan Dila senyum nipis. Tipulah kalau dia kata dia tidak bersedih.

Tapi, apakan daya... Dunia ini bukan dia yang punya.

Tiba tiba Zayn bangun dari duduknya. Dia terus berjalan laju menaiki tangga.

Luna yang melihat terngandah. Marah kah Zayn padanya?

Matanya terpejam lagi. Tangisan cuba ditahan sebaik mungkin.

Sakit untuk hadapi realiti.

"Luna, minumlah air ni.. Susah pak cik kamu buat kalau Luna tak minum" puan Dila cuba memujuk Luna. Bukan dia tidak nampak kesedihan diwajah kecil gadis itu..

Terus Luna menggangguk. Diambil segelas teh panas didulang itu. Dihirup perlahan.

Manis. Semanis kenangannya bersama Aishah.

Aishah, gadis itu sukakan minuman panas yang manis... Seperti air yang dihirupnya ini.

Beberapa minit kemudian, Zayn turun ke ruang tamu.

"Nah" dia menghulur sebuah kotak yang tak seberapa besar kepada Luna.

Luna terpinga pinga. Untuk diakah?

"Arwah bagi"

"Terima kasih...."








Assalamualaikum, kawan sejati..

Ya Allah, kau limpahkanlah rahmatMu untuk gadis ini Ya Allah..

Kau limpahkanlah kebahagiaan buatnya. Jadikanlah hari harinya sentiasa diberikan keceriaan.

Luna ,

Apa khabar? Aku sihat Luna.. Don't cry luna.. Kau kuat.. Kau boleh..

Luna ,

Terima kasih... Terima kasih untuk apa yang kau korbankan untuk aku luna.. Masa , tangis , tawa.. Duka ...

Luna ,

Selain Hud Al Malik ,

Kau lah kawak baik aku.. Kau lah kawan sejati aku... Kaulah sahabat aku.. Kau penguat aku... Hilang Hud.. Tapi Allah gantikan dia dengan kau.. Aku beruntung dapat kau dan Hud..

Kau jugaklah kakak aku , adik aku... Keluarga aku..

Aku sayang kau.. Aku sayang Hud.. Tak de siapa pun yang boleh gantikan korang..

Berjanji untuk bersama hingga jannah... Tapi aku takut tidak kesampaian..

Aku berjanji yang aku selalu ada dengan kau... Tapi, mampukah aku?

Luna ,

Kalau kita tidak dapat bersama disini mungkin ke kita akan bersama disana?

Aku takut hilang orang sebaik kau..

Jaga lah hati kau luna.. Jaga iman kau.. Jadilah sekuat kuat manusia. Kuatkanlah hati kau hadapi permainan dunia.. Selok belok dunia.. Berpancaroba. Penuh dugaan. Hadapi dia sebaik mungkin Luna...

From the bottom of my heart, i love you...

Assalamualaikum.. Ya Allah, kau jagalah gadis ini untuk ku.. Berikanlah dia kebahagiaan.. Berikanlah dia kekuatan.. Jauhkanlah dia daripada keburukan dunia ini...

-aishah raudhah

Luna diam. Matanya sudah basah dengan air mata.

Aishah... Aku rindu kau...

Matanya memandang tengah katil. Disitu adanya kotak yang diberi Zayn petang tadi..

Semuanya... Kegemaran dia... Aishah... Polaroid gambar dia bersama Hud dan Aishah ditilik..

Kini, dua kesayangan dia sudah disana..

Oh Allah , please make me stronger to live in this world... Without them..

"Aishah Raudhah... Hud al Malik... Terima kasih untuk semua kenangan didunia ini..."




••

It's hard to turn the page, when you know someone won't be in the next chapter, but the story must go on.

|||||||||

- TAMAT -


Note:
Thank you for reading this awkward story ✿
I luv u ♡

Aishah Raudhah || Short Story | √Where stories live. Discover now